Mungkin ramai pernah mengalami kehilangan kunci kereta yang disebabkan oleh kecuaian diri sendiri.

sumber: the financial express

Kos untuk menggantikan kunci yang telah hilang sememangnya mahal mengikut jenis kereta dipakai lagi-lagi yang menggunakan sistem tanpa kunci ini.

Baru-baru ini telah tular tentang seorang wanita dari Amerika Syarikat yang menggunakan tangannya sahaja untuk membuka kereta miliknya.

 

Kunci Kereta Tidak Lagi Hilang

Seorang wanita yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat iaitu Amie DD nekad untuk menanam sebuah cip Radio Frequency Identification (RFID) di tangannya.

sumber: mirror

Dia yang merupakan seorang jurutera perisian melakukan perkara tersebut kerana mahu membuka dan menghidupkan kereta jenama Tesla Model 3 miliknya dengan mudah tanpa menggunakan kunci.

 

 

Di dalam siaran (channel) YouTube miliknya, dia menunjukkan proses mengimplan cip RFID ke dalam tangannya oleh seorang yang profesional di sebuah kedai tindik. Pada percubaan pertama, dia gagal untuk membuka keretanya kerana tangannya mengalami bengkak disebabkan implan yang dilakukannya.

Namun setelah beberapa hari, dia telah berjaya membuka dan menghidupkan keretanya dengan menggunakan tangannya sahaja. Tetapi, perkara yang paling penting baginya ialah dia tidak lagi risau jika terlupa atau kuncinya hilang selepas ini.

 

Teknologi Imbas Cap Jari Lebih Baik

Mungkin tindakan menanam cip di dalam tangan merupakan cara yang lebih selamat bagi Amie DD, tetapi terdapat juga cara yang tidak perlu menyakitkan anggota badan anda untuk mengelakkan kunci kereta hilang.

sumber: zdnet

Seperti contoh kereta jenama Hyundai yang telah menggunakan teknologi buka dan hidupkan kereta menggunakan cap jari pada model SUV Santa Fe seperti yang terdapat pada sebuah telefon pintar.

Mungkin timbul persoalan berkenaan dengan keselamatan menggunakan teknologi ini. Tetapi pihak Hyundai menyatakan sistem rekaan mereka mempunyai teknologi ‘capacitance recognition’ yang mampu mengesan perbezaan dalam tahap elektrik pada bahagian berbeza di hujung jari yang mampu mencegah penggunaan cap jari palsu.

 

Kereta Tanpa Kunci Lebih Mudah Dicuri

Menurut sumber dari careta.my, kecurian lebih mudah berlaku kepada mereka yang menggunakan kereta tanpa kunci dan ia didatangkan lengkap bersama dengan sistem penghidup kenderaan tanpa kunci (push start button).

sumber: shutterstock

Mereka yang ingin mencuri hanya menggunakan peranti yang harganya cuma RM150 yang boleh didapati secara dalam talian dengan hanya menggodam maklumat pengenalan frekuensi radio kereta tersebut.

Bukan itu sahaja, sebuah peranti yang digunakan itu mampu membuka hampir setiap kereta yang tidak menggunakan kunci ini.

Mereka yang memiliki kereta yang menggunakan sistem tanpa kunci (keyless) dinasihatkan untuk lebih berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa kecurian berikutan terdapat lambakan peranti penggodam frekuenci yang mudah didapati di negara ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah sistem tanpa kunci ini selamat digunakan?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN