Baru-baru ini telah menjadi topik yang hangat diperkatakan netizen, berkenaan seorang bekas penyanyi kumpulan InTeam iaitu Suhaimi Saad dan juga merupakan suami kepada Ina Naim tidak menghantar anak mereka ke sekolah.

Dahulunya, kecoh tentang Suhaimi membuang ubat hospital dan tidak mahu mengambil vaksin dan kini nama Suhaimi Saad kembali menjadi buah mulut netizen.

Netizen Berang Dengan Tindakan Suhaimi

Hal ini terjadi apabila Suhaimi memuat naik status di media sosial berhubung sebab beliau  tidak menghantar anak-anak ke sekolah seterusya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang membaca statusnya itu.

sumber: facebook MOSUS

Rata-rata netizen begitu marah dengan tindakan Suhaimi terhadap anak-anaknya yang tidak diberikan pendidikan secara normal seperti kanak-kanak lain.

Ada juga netizen yang menganggap Suhaimi ini sudah “tidak waras” dan “gila” kerana perbuatannya itu.

Bagi Suhaimi, sekolah cuma satu platform dan tanggungjawab untuk mendidik bukan tugas guru sebaliknya adalah tugas ibu bapa itu sendiri.

Walaupun dikecam teruk dengan tindakannya, Suhaimi tetap tabah dan tidak menghiraukan apa yang netizen perkatakan.

 

Pelaksanaan Pendidikan Wajib Di Malaysia

Pada 2003, Kementerian Pendidikan telah melaksanakan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah dimana kegagalan ibu bapa untuk memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib adalah merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang. Jika disabitkan dengan kesalahan, ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

sumber: www.moe.gov

sumber: www.moe.gov

Tetapi sehinga kini, masih terdapat ibu bapa yang tidak menghantar anak-anak ke sekolah dan peraturan ini dipandang seperti tidak memberi apa-apa kesan kepada mereka.

Terbaru, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching telah mengatakan bahawa pihak kerajaan sedang mengkaji semula Akta Pendidikan untuk mewajibkan murid-murid melengkapkan persekolahan dari darjah satu sehingga tamat tingkatan lima.

sumber: theworldnews.net

Akta Pendidikan sebelum ini hanya mewajibkan murid-murid melengkapkan persekolahan dari darjah satu sehingga darjah enam sahaja.

Pihak kementerian juga memperkenalkan Program Ziarah Cakna di mana ia bertujuan untuk mengetahui dan memahami masalah yang dihadapi oleh ibu bapa sehingga tidak boleh menghantar anak-anak ke sekolah dan merangka tindakan yang boleh diambil.

Selain itu, program ini juga untuk mengenalpasti jenis bantuan yang boleh disalurkan kepada keluarga untuk terus memastikan anak-anak tidak mengalami keciciran dalam pendidikan.

Suhaimi Ada Alasan Kenapa Tidak Hantar Anak Sekolah

Walaupun begitu, Suhaimi memberi penjelasan kenapa tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah. Antara alasannya ialah, dia tidak percaya dengan sistem pendidikan yang sedia ada dan pendidikan di sekolah tidak banyak membantu anak-anaknya memahami serta mengamalkan Islam dengan baik.

Selain itu, kos sara hidup yang tinggi juga menjadi faktor, di mana dia akan terpaksa buang duit membayar tol, isi minyak, beli buku dan keperluan sekolah anak-anak.

Walaupun begitu, ada netizen mengatakan bahawa menghantar anak ke sekolah adalah tanggungjawab ibu bapa, walaupun tidak kaya dan hidup susah, pelbagai bantuan persekolahan telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan anak-anak tidak  mengalami keciciran pendidikan.

sumber: facebook MOSUS

sumber: facebook MOSUS

Ulas Suhaimi berkenaan isu ini, dia mengatakan orang lain tidak perlu sibuk-sibuk untuk mengatur hidupnya dan dia tidak akan ikut cara orang lain kerana anak dia adalah tanggungjawab dia.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah pendidikan di sekolah tidak menjamin keteguhan agama anak-anak?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN