Seperti mana yang kita ketahui, semua graduan di Universiti pada masa kini disasarkan untuk menguasai Bahasa Inggeris pada tahap B2 iaitu bertutur dengan fasih mengikut skala Common European Frame Work of Reference for Languange (CEFR).

Tidak kira graduan itu merupakan graduan dari Universiti Tempatan mahupun Universiti Swasta, setiap daripada mereka sudah pasti perlu mempraktikkan penguatkuasaan bahasa Inggeris ketika di kampus tidak kira untuk komunikasi harian, ketika ujian mahupun ketika membentangkan tugasan di hadapan pensyarah.

Walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia, namun penguatkuasaan terhadap bahasa Inggeris tidak boleh diabaikan memandangkan majikan pada masa kini lebih cenderung untuk mengambil pekerja yang fasih berbahasa serta menulis dalam bahasa Inggeris.

Namun, adakah disebabkan sikap majikan masa kini yang dilihat terlalu memilih kemahiran serta penguatkuasaan bahasa Inggeris menjadi antara punca ramai graduan gagal mendapatkan pekerjaan yang diidamkan mereka?

 

Betul Ke Majikan Terlalu Memilih Penguatkuasaan Bahasa Seseorang Graduan Itu?

Sumber: Maukerja.my

Baru-baru ini, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris berkata, kebanyakan graduan gagal ketika ditemuduga disebabkan kurang keyakinan diri kerana tidak fasih berbahasa Inggeris.

Katanya, perkara utama yang ditumpukan oleh industri atau syarikat terkemuka adalah kemahiran berkomunikasi terutama penguasaan bahasa Inggeris dan jika graduan gagal berbuat demikian, potensi untuk mendapat kerja agak sukar.

Sudah nama pun majikan, sudah pasti mereka meletakkan harapan tinggi terhadap bakal pekerja mereka.

Sekarang ini pun, jika seseorang itu ingin memohon pekerjaan, 60 peratus perkara melibatkan surat menyurat atau sesi temuduga pasti akan menggunakan bahasa Inggeris.

Itu bergantung kepada sektor yang graduan itu pilih. Jika mereka memilih syarikat besar yang sememangnya memerlukan tahap penguatkuasaan bahasa Inggeris yang tinggi, jadi tidak mustahil majikan amat memandang graduan yang fasih berbahasa Inggeris.

Melihat kepada keadaan sekarang ini, istilah graduan yang terlalu bersandar kepada dokumen-dokumen yang hanya nampak bagus tidak boleh diamalkan lagi memandangkan majikan juga amat mementingkan penguatkuasaan graduan terhadap bahasa Inggeris.

Ada graduan yang hanya nampak bagus pada dokumen dan personalitinya, namun penguatkuasaan bahasa Inggeris mereka masih berada pada tahap rendah sekaligus menyukarkan pihak majikan untuk mengambil mereka bekerja.

 

Kemahiran Berkomunikasi Serta Penguatkuasaan Bahasa Inggeris Penting

Sumber: upm.edu.my

Ramai yang kata graduan kita hanya cantik pada keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) tetapi lemah dari segi penguatkuasaan bahasa serta perkembangan semasa mereka masih berada pada tahap lemah.

Selain daripada penguatkuasaan bahasa dan pencapaian akademik, kemampuan berkomunikasi dengan baik terutama apabila graduan itu fasih berbahasa Melayu dan Inggeris, ia sekaligus memberi peluang besar kepada seseorang graduan itu untuk diterima bagi apa-apa jawatan yang dipohon mereka.

Majikan pada masa kini dilihat amat signifikan kepada setiap graduan supaya mereka mampu menguasa dua bahasa utama tersebut dengan baik. 4

Jika di peringkat Universiti, graduan boleh memilih untuk mempelajari bahasa ketiga iaitu bahasa Mandarin, Arab, Korea, Jepun, Jerman, Perancis, Itali dan banyak lagi untuk memberi nilai tambah kepada seseorang graduan itu.

Di sini kita dapat lihat setiap Universiti berlumba-lumba untuk memberi pendidikan yang terbaik kepada graduan mereka supaya apabila tamat pengajian, segala ilmu dan bahasa yang dipelajari itu akan membolehkan mereka bekerja di mana-mana sektor pekerjaan sekalipun.

Jadi, sebagai graduan, jadikan masa sepanjang tempoh pengajian di Universiti sebagai platform melatih diri dengan menguasai ketiga-tiga bahasa tersebut kerana ia sememangnya penting untuk masa hadapan kelak.

Tanpa memiliki kemahiran berkomunikasi ini, pastinya graduan akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan walaupun mempunyai segulung ijazah dan diploma yang cemerlang.

KATA ORANG

Kerja Sambilan Dari Rumah (RM2500) : Translator/Perkhidmatan Penterjemah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dan Sebaliknya. ift.tt/2Xee0t8 Translator ID : [email protected] Kadar Khidmat Penterjemahan : - Bahasa Inggeris  ke Bahasa Melayu  : RM30 /100 muka surat Bida…

test Twitter Media - Kerja Sambilan Dari Rumah (RM2500) : Translator/Perkhidmatan Penterjemah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dan Sebaliknya. https://t.co/sThkc80Itp

Translator ID : hanom26@gmail.com

Kadar Khidmat Penterjemahan : -

Bahasa Inggeris  ke Bahasa Melayu  : RM30 /100 muka surat

Bida… https://t.co/OlNVJxZeY0

KATA ANDA

Wajarkah pihak majikan mementingkan penguatkuasaan bahasa Inggeris terhadap setiap graduan yang mahu mendapatkan pekerjaan?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN