Tular sebuah video di media sosial, seorang juruwang wanita yang sedang menjaga kedai mini di Bayan Lepas, Pulau Pinang ditampar seorang lelaki kerana tidak dibenarkan membeli minyak masak (1kg) lebih daripada dua paket.
VIDEO
https://www.youtube.com/watch?v=gCLcS7yZ6dE&has_verified=1
Menurut wanita berkenaan, lelaki tersebut mahu membeli minyak masak sebanyak tiga peket sedangkan setiap pelanggan hanya dibenarkan membeli dua paket sahaja minyak yang diberikan subsidi tersebut.
Akhirnya, wanita itu, Athirah Mohd Aziz dikatakan ditampar dengan kuat. Video dia ditampar dipercayai berlaku pada jam 8.40 pagi selasa lalu.
Berang Ditegur
Menurut Athirah, lelaki itu pada mulanya berlegar-legar didalam kedai berkenaan dan ingin membeli tiga paket minyak masak, tetapi dihalang kerana hanya dua paket sahaja dibenarkan untuk seorang pelanggan.
Akibat itu, lelaki berkenaan tidak berpuas hati dan berang kerana disekat untuk membeli lebih dari dua paket minyak masak.
Lelaki itu kemudian telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada juruwang wanita itu dan memukul di bahagian belakang kepala mangsa sambil mengungut mangsa ketika beredar.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan, berkata akibat kejadian itu, wanita berkenaan mengalami sakit di belakang kepala.
Polis Sedang Memburu Lelaki Berkenaan
Pihak polis dilaporkan sedang memburu seorang lelaki. Akhbar The Star memetik, Superintendan A Anbalagan sebagai berkata, polis telah mengenalpasti lelaki yang menampar jurujual berusia 29 tahun itu.
Menurutnya, polis akan menahannya dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan.
Sebab Dihalang Beli Tiga Paket Minyak Masak Paket
Untuk rekod, ketika ini hanya minyak masak daripada komoditi sawit yang dipaket seberat satu kilogram diberikan subsidi 60 sen oleh kerajaan pada harga RM2.50.
Sementara bagi minyak masak masak daripada komoditi sawit yang dibotolkan tidak mendapat sebarang subsidi.
Netizen Mahu Lelaki Itu Terima Hukuman Sama
Susulan kejadian yang menimpa wanita berkenaan, rata-rata netizen mahu lelaki berkenaan diberikan hukuman yang sama seperti dia perlakukan terhadap wanita berkenaan.
Ia sebagai satu pengajaran supaya lebih mengormati kaum wanita dan hak mereka.
Malah, ada yang mencetuskan kejadian itu sebagai sentimen perkauman dimana lelaki berkenaan adalah berbangsa Cina dan wanita itu adalah Melayu.
Mungkin kerana ketika ini isu perkauman masih hangat diperkatakan sehingga netizen mengaitkan begitu.
Tetapi , ini adalah isu keganasan terhadap wanita bukannya isu perkauman, dan ia tidak sepatutnya diperbesar-besarkan.
Sikap lelaki itu yang patut dipersalahkan dan tidak perlu melibatkan kaum dan bangsa.
KATA ORANG
https://t.co/IGn6J0YxIA
— Sam (@sam336699) January 10, 2019
Good! Jgn kurang ajar dgn perempuan Melayu.
Lelaki tampar jurujual wanita pasar mini ditahan polis
— Norihan Nordin (@Norihanordin) January 10, 2019
Lately ni banyak sgt samseng🤨 pic.twitter.com/39I0hYW426
Dia ingat Msia ini The People Republic of Cina kah yg dia buat sesuka hati tampar wanita Melayu tu
— Ghazali Resab (@ResabGhazali) January 9, 2019
Lelaki cina and wanita bertudung, auntie cina and cashier tudung, melayu tampar pekerja restoran huaaaa these days
— 🐾 Alison (@ShazmimShaufix) January 10, 2019