Sumber: The Reporter

Semalam, tular kejadian pemandu kereta wanita dilempang oleh seorang penunggang motosikal lelaki di laman media sosial. Lelaki tersebut dikatakan bertindak melempang mangsa ekoran berang dengan tindakan pemandu kereta Honda terbabit yang membelok tanpa memberikan tanda isyarat (signal).

Kejadian tersebut berlaku di ibu kota di Jalan Dato Keramat. Malangnya, lelaki tersebut gagal mengawal kemarahan sehingga sanggup bertindak secara melulu dengan melempang mangsa sebanyak dua kali. Tindakan mencederakan mangsa secara fizikal bukan suatu tindakan yang wajar.

Keadaan menjadi kecoh seketika, namun berjaya ditenteramkan oleh orang ramai yang meleraikan kejadian tersebut dari menjadi semakin buruk.

Pemandu Cedera Di Bahagian Mulut

Namun begitu, difahamkan bahawa, wanita terbabit mengalami kecederaan di bahagian mulut akibat tamparan kuat dilakukan oleh lelaki terbabit.

Lantaran itu, mangsa kemudiannya tampil membuat laporan polis di balai polis berhampiran.

Jadi Kes Polis

Kesan daripada kejadian tersebut, polis sedang memburu suspek. Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superitendean Noor Azmi Yusoff berkata, suspek dalam kejadian tersebut bertindak menumbuk mangsa sebelum melempang muka wanita terbabit.

Disebabkan itu pentingnya setiap pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan, terutama memberi tanda isyarat ketika hendak membelok atau menukar lorong.

Sumber: Iluminasi

Bukan susah untuk melakukannya, yang penting ringan tulang. Jangan sampai kesilapan diri sendiri menyebabkan orang lain menjadi mangsa, khususnya kepada penunggang motosikal. Ini kerana kebanyakan kemalangan yang berlaku disebabkan kecuaian sering kali melibatkan penunggang motorsikal.

Tindakan Tidak Beri Tanda Isyarat Sememangnya Mendatangkan Kemarahan

Yang pasti tindakan pemandu membelok tanpa memberikan tanda isyarat mengundang kemarahan bagi sesiapa sahaja yang melihatnya.

Sumber: Loanstreet

Bayangkan sekiranya anda berada di persimpangan jalan, anda menanti kereta yang sedang lalu sebelum melintas jalan, namun ternyata kereta terbabit belok  ke bahagian kiri tanpa memberikan lampu isyarat.

Sudah tentu kejadian ini membuatkan anda berasa sangat geram. Begitulah juga dengan perasaan orang lain yang menjadi mangsa.

Perlu Ubah Sikap

Kalau sikap ini tidak diubah, sampai bila-bila konflik dan pergelutan di jalan raya akan berterusan. Teguran ini bukanlah bertujuan mempertahankan suspek, namun puncanya bermula dengan tindakan pemandu yang tidak memberi tanda isyarat. Tindakan suspek melempang dan menumbuk tetap satu kesalahan.

Sebagai seorang lelaki, berang dan marah pada sesuatu perkara sekalipun perlu ada batasnya, tidak perlu bertindak melulu secara fizikal terutamanya kepada golongan wanita. Bertindaklah secara rasional. Jangan kerana mengikut nafsu kemarahan, diri sendiri yang menerima kesan dan akibatnya.

Kesan Amarah Tanpa Dikawal

Lihatlah, disebabkan tindakan secara melulu, kes tersebut sudah menjadi kes polis. Yang pasti, imej sendiri juga tercemar disebalik kejadian tersebut.

Sumber: My Carousell

Maka yang jelasnya, pemandu tidak memberikan tanda isyarat satu kesalahan, dan tindakan suspek yang menumbuk dan melempang mangsa juga merupakan satu kesalahan. Sama-samalah kita mengambil iktibar dari peristiwa yang berlaku.

KATA ORANG

KATA ANDA

Sekiranya anda berada di tempat penunggan motorsikal, adakah anda akan mengambil tindakan yang sama
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN