Baru-baru ini Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) akan menetapkan budaya kerja baharu dengan hanya pegawai berkaitan sahaja yang akan mengikuti program dihadiri menteri.
Menterinya, Yeo Bee Yin, berkata ia sekali gus akan membolehkan pegawai kementeriannya yang lain akan dapat menumpukan perhatian kepada tugas masing-masing di pejabat.
Ini bermakna hanya pegawai-pegawai berkenaan sahaja perlu turun bersama menteri. Tidak perlu sekampung turun sehingga rakyat ingin buat urusan pun susah, pegawai tiada yang bertugas di pejabat.
Tidak Perlu Tunjuk Muka, Tingkatkan Prestasi Kerja
Kata Bee Yin, hanya segelintir pegawai kementeriannya yang akan mengikuti beliau apabila menghadiri sebuah program.
Beliau tidak mahu pegawainya tunjuk muka semata-mata menyatakan kehadiran untuk hadir program yang diadakan. Beliau mahu pegawai berkenaan sahaja yang terlibat.
Apa yang beliau tekankan adalah prestasi kerja pegawai-pegawainya sahaja. Hal ini kerana pada bulan pertama beliau ditugaskan sebagai menteri, lebih 80 pegawai turun bersamanya untuk hadir ke sesebuah program.
Bee Yin yang juga Ahli Parlimen Bakri berkata, budaya kerja ini juga diharapkan akan menjadikan kementeriannya lebih efektif pada masa akan datang.
Hapuskan Amalan lapuk Zaman Umno BN
Susulan penegasan Bee Yin ini, rata-rata rakyat memberi maklum balas yang positif dan mereka menyokong apa yang dilakukan menteri berkenaan.
Mereka menyatakan budaya pegawai ikut menteri ini sudah lama diamalkan zaman Umno Barisan Nasional (BN) lagi.
Setiap kali menteri turun berjumpa rakyat atau program kebajikan, yang memenuhi ruang adalah pegawai-pegawai menteri.
Sedangkan rakyat ingin berjumpa menteri menceritakan perihal masalah mereka. Hal ini menyebabkan ada kekangan untuk mereka berjumpa menteri.
Dan amalan lapuk Umno BN ini akhirnya disuarakan oleh Bee Yin dan ia sangat bagus diamalkan di semua kementerian.
Tidak Buang Masa
Tindakan itu juga dilihat sebagai sihat apabila pegawai-pegawai yang tidak diperintahkan untuk ikut menteri dapat menjalankan tugas dengan efektif di pejabat dan tidak membuang masa mereka.
Hal ini kerana sesebuah program yang dijalankan akan mengambil masa yang panjang.
KATA ORANG
Hanya pegawai berkaitan ikut menteri
— Don Faiz™ (@norfaiz) May 12, 2019
Tugas pertama menteri baru ialah mengenalpasti pegawai yang betul bekerja dan yang suka membodek serta memberi Laporan palsu.
— bidaraworld (@bidaraworld) May 22, 2018
Ikut sejarah dinasti qing mereka Yang berintegriti hanya 3/10 sahaja ..good.luck mengenalpasti hehe...
Kakitangan awam yang tak efektif perlu dibuang kerja. Kurangkan size kakitangan awam & ketatkan kemasukan kakitangan awam dengan menjadikan meritokrasi sebagai prasyarat untuk kemasukan.
— moedjadkae (@moedjadkae) February 27, 2019
Pegawai kerajaan byk buang masa dgn meeting. Tapi bab pelaksanaan, byk alasan. Itu ini begitu begini...
— EddyH.Zaid (@eddyhzaid) October 18, 2013