Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila kenyataan berhubung isu khalwat yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa disalah tafsir dalam satu temubual eksklusif bersama sebuah portal media berbahasa Inggeris.
Katanya, kenyataan yang dibuat beliau berhubung pengumuman tiada ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam telah disalah tafsir hingga menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.
Mujahid menegaskan, apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik tempat tertutup adalah bukan urusan kerajaan.
Dalam temubual tersebut, beliau turut dilaporkan mengutuk tindakan memecahkan pintu untuk menahan pesalah khalwat dan berharap ia tidak akan berlaku dalam pembaharuan yang akan dilakukan nanti.
Walaubagaimanapun, isu berkenaan terus menjadi bualan hangat netizen yang rata-ratanya mempersoalkan pengumuman yang dibuat oleh Datuk Mujahid Yusof Rawa tersebut.
Mufti Ulas Penguatkuasaan Jenayah Khalwat di Malaysia
Isu yang tular berkenaan bukan sahaja mengejutkan buat rakyat Malaysia malah beberapa mufti juga terkejut denga kenyataan yang dibuat itu.
Perkara tersebut turut mendapat reaksi Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang turut terkejut dengan kenyataan berkaitan penguatkuasaan jenayah khalwat berkenaan.
Kata beliau, di Malaysia, penguatkuasaan jenayah khalwat sudah dilaksana lebih 50 tahun di mana amalan mencegah maksiat sepatutnya dilaksana di mana-mana kawasan sekalipun.
Dalam pada itu, mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman turut mengulas kuasa penguatkuasaan jenayah khalwat tersebut adalah terletak di bawah majlis agama di negeri masing-masing.
Kata beliau, penguatkuasaan tidak boleh secara sewenang-wenang membuat serbuan atau operasi malah pegawai agama hanya bertindak selepas menerima aduan yang dibuat penduduk lain.
Apa akan jadi apabila penguatkuasaan jenayah khalwat tidak dilaksana?
Isu berkaitan dengan aktiviti maksiat merupakan satu perkara yang sangat serius dalam konteks agama Islam di mana ia perlu dibendung demi menjaga keharmonian di dalam masyarakat.
Bayangkan jika penguatkuasaan jenayah khalwat ini tidak wujud, mungkin akan berlakunya lebih banyak kes pembuangan bayi seperti tiada kesudahannya.
Malah jika tidak dibendung, masalah sosial dalam kalangan remaja juga akan semakin meningkat dalam kancah maksiat yang turut sama mengundang penyakit serius seperti AIDS dan HIV.
Sekarang ini , disebabkan terlalu banyak kes pembuangan bayi dilaporkan, kerajaan mengambil keputusan untuk memperbanyakkan pusat baby hatch atau pusat pelindung bayi bagi menangani kes pembuangan bayi.
Malah, mengikut statistik oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), sebanyak 1,000 aduan berkaitan khalwat dalam tempoh setahun telah diterima pihaknya.
Disebabkan itu, kini banyak Jabatan Agama Islam juga telah menjalin kerjasama bersama beberapa pengusaha hotel termasuk hotel bajet, hotel butik atau bertaraf lima bintang untuk turut sama terlibat dalam membasmi kes khalwat.
Ada juga beberapa penguasaha hotel yang kini dilihat menyambut baik usaha mencegah perbuatan khalwat dengan meminta setiap pasangan supaya menunjukkan sijil nikah sebelum menginap di hotel.
Jika dilihat lambakan masalah gejala sosial di Malaysia ini, memang amat wajar sekali penguatkuasaan jenayah khalwat ini dikuatkuasakan dan terus dijalankan bagi mencegah sebarang perlakuan yang tidak bermoral sekaligus mengurangkan penyakit berbahaya serta kes pembuangan bayi.
KATA ORANG
Madey kata ops khalwat ketuk pintu rumah bukan ajaran islam. https://t.co/aRwQxOo1SK
— HidupMestiBantuOrang (@BangsaHMBO) October 11, 2018
Dah tengok keterangan penuh. Tapi betul la kan ketuk pintu tu takde kalau khalwat dalam ruang privasi melainkan tempat umum.
— Shahirah (@shahirahsurbani) October 9, 2018
Khalwat : siasat dulu, kalu betul dapatkan waran baru ketuk pintu - Kenyataan terbaru Mujahid https://t.co/TZmcSkmRoX
— Berita Viral (@puteraizman) October 8, 2018
Mujahid menafikan kenyataan beliau nak menghentikan operasi ketuk pintu tangkap khalwat.
— Yusre Mize (@Yusre_Mize) October 8, 2018
Apa jadi pula dengan geng2 yang sebelum ni 'backup dan sokong' mahu Mujahid hentikan operasi tu?
Diorang tak nak U-turn balik ke?
Tiadalagi ketuk pintu cegah khalwat. I agree.. x elok bukak aib org, dan tuduhan org berzina tanpa bukti tu lebih teruk.
— serrsyafiq (@SerrSyafiq) October 6, 2018
"Tidak boleh menuduh mereka yang berkhalwat itu berzina selagi tiada empat orang saksi yang melihat secara terperinci proses zina itu berlaku tanpa syak.