Membesarkan dan mendidik  anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah. Sama ada  untuk ibu mahupun bapa masing-masing wajib memainkan peranan mereka dengan betul agar anak-anak dapat membesar dalam persekitaran yang sepatutnya.

Tidak dinafikan ada anak yang sukar dikawal sama ada dari segi percakapan mahupun perlakuan mereka.

Ada juga yang terlalu agresif sehinggakan mereka tidak teragak-agak untuk menyakiti rakan sebaya mereka mahupun ahli keluarga sendiri.

Namun, pernahkah anda terfikir mengapa si kecil itu bersikap sedemikian? Daripada mana perlakuan itu ditiru? Adakah ia sikap semulajadi yang sudah ada di dalam diri mereka sejak azali?

Faktor Anak Ageresif

Menurut Dr. Nor Anita Megat, ada beberapa faktor yang mendorong anak-anak kita untuk bersikap agresif dan sebab yang paling utama adalah sikap ibu bapa yang selalu bersikap kasar ketika berkomunikasi dengan ahli keluarga.

Selain itu, kemahiran mengawal kemarahan  yang lemah juga boleh menjadi penyumbang kepada masalah ini.

Jika ibu dan bapa sering menunjukkan sikap  cepat melenting apabila menghadapi sesuatu masalah, anak-anak juga akan terikut-ikut dengan cara sebegitu.

Jika ibu dan bapa yang sudah dewasa juga masih belum pandai menguruskan emosi, macam mana si anak mahu mendapat contoh yang baik untuk belajar mengawal emosi dan kemarahan mereka?

Selain itu, permainan atas talian yang berunsurkan keganasan juga boleh mempengaruhi cara anak kita melihat sesuatu benda.

Malah jika anda sering ‘menghidangkan’ anak-anak dengan drama-drama mahupun filem-filem yang berunsur keganasan, kekejaman mahupun ada unsur seram ia juga mampu menganggu emosi mereka untuk menjadi tidak stabil.

Kerana itu sebagai ibu bapa, kita wajib tahu perkara yang sesuai untuk kita tontonkan kepada anak agar tidak tersalah memberi pendedahan.

 

Ibu Bapa ‘Role Model’ Terbaik Anak

Walaupun ramai ibu bapa sering bersikap kasar dan tidak menunjukkan teladan yang baik untuk anak-anak, namun bagi si kecil ibu bapalah orang yang paling hebat untuk mereka.

Pernah tak anda marah dan pukul anak-anak sehingga berbirat badan namun akhirnya pasti si kecil akan datang juga  kepada anda minta  dipeluk dan dibelai seperti selalu.

Didikan yang baik bermula dari rumah, jika si ibu dan ayah tahu  bagaimana untuk berkomunikasi dengan anak-anak mereka, pastinya dapat membentuk hubungan yang lebih baik dan positif antara mereka.

Masyarakat dan orang ramai sering menjadikan ibu bapa sebagai punca kerosakan akhlak anak-anak muda yang kononnya gagal mendidik mereka dengan betul.

Walaupun ianya merupakan kenyataan yang perit utuk ditelan, namun ada kebenarannya di situ.

Ada ibu bapa yang bersikap terlalu mengawal anak mereka sehinggakan anak-anak tidak mempunyai ruang untuk melontarkan pendapat sendiri.

Namun ada juga ibu bapa yang terlalu kondusif sehingga langsung tidak kisah akan perihal anak mereka dan dibiarkan untuk berdikari dari usia yang terlalu muda.

Jika sudah ada anak, pandai-pandai la belajar untuk menjaga mereka. Jangan sampai diambil semula oleh Allah baru nak menyesal.

 

Kata-kata Ibu Satu Doa, Guna Kuasa  Ya Latif

Bagi yang beragama Islam, ada pelbagai tips yang dikongsi para ustaz dan ustazah berkaitan topik keibubapaan yang boleh diamalkan dalam membentuk peribadi  anak-anak.

Sikap kanak-kanak yang sedikit nakal dan aktif adalah perkara biasa dan tidak perlu  diambil sebagai perkara yang terlalu negatif.

Sebagai ibu, setiap kata-kata yang keluar dari mulut mereka adalah doa. Dan jika anda mengeluarkan kata-kata yang tidak baik kepada anak anda pastinya ia akan memberi kesan psikologi yang tidak baik kepada mereka.

Zikir Ya Latif merupakan zikir pelembut hati, jadikanlah ia amalan harian anda dan niatkan untuk si anak. Mudah-mudahan kesannya sampai kepada mereka.

Mengamalkan Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN