Sebut sahaja Sekolah Henry Gurney di Teluk Mas, pasti ramai yang sudah terbayang akan nasib pelajar yang dimasukkan ke sekolah itu.

Sumber: Berita Harian

Mana tidaknya, sekolah ini lain daripada sekolah lain yang mana ia menempatkan golongan remaja yang diperintahkan oleh Mahkamah Juvana supaya ditahan untuk pemulihan.

Namun perlu diingat, walaupun pelajar di sekolah ini pernah terpalit dengan sejarah silam namun tidak semestinya mereka ini tidak mempunyai masa depan yang cerah seperti anak-anak lain.

Mereka juga berhak untuk mendapatkan pendidikan dan diberi peluang kedua untuk berubah menjadi yang lebih baik.

 

KBS Buka Peluang Jadi Atlet

Walaupun pelajar-pelajar ini seringkali dilabel sebagai individu yang mempunyai masalah disiplin disebalik cerita-cerita  yang tidak baik, tidak semestinya mereka ini tidak boleh terus maju ke hadapan.

Sumber: Kosmo

Banyak sahaja, bakat-bakat yang perlu diserlahkan memandangkan pelajar di sekolah ini juga rata-ratanya berumur 14 hingga 21 tahun dan masih muda.

Jadi, rugi sekiranya bakat muda yang ada dalam diri mereka ini tidak diserlahkan sebaiknya di dalam acara sukan tertentu yang pastinya boleh menyumbang kepada pembangunan sukan negara.

Untuk pengetahuan umum, pelajar Henry Gurney sebelum ini diberi peluang beraksi pada temasya Sukan Malaysia (Sukma).

Malah, ada juga yang mampu meraih pingat emas dalam acara tinju.

Sumber: Facebook Syed Saddiq

Maka tidak hairanlah, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia memberi ruang dan peluang kepada pelajar Sekolah Henry Gurney di sini untuk bersaing bagi merebut tempat dalam pasukan kebangsaan dan bergelar atlet negara  melalui projek rintis bersama Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) yang bakal dilaksanakan bulan depan.

 

Bukan Alasan Untuk Tidak Boleh Berjaya

Walaupun pelajar di sini sering dianggap sebagai sampah masyarakat dan dipenuhi dengan pandangan serong serta ejekan, namun, tiada siapa percaya bahawa mereka sebenarnya boleh berjaya apatah lagi berubah menjadi manusia yang lebih sempurna.

Sumber: Berita Harian

Sekiranya kerajaan mahupun pihak sekolah tidak memberi ruang untuk mengubah diri mereka, sampai bila mereka akan jadi seperti itu?

Apa yang dilakukan oleh KBS ketika ini adalah satu langkah permulaan yang baik untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar ini mengenai kehidupan di luar dengan menyuntik semangat positif bagi mengubah fikiran mereka untuk menjadi insan yang berjaya.

Malah, kelebihan yang diberikan oleh KBS ini tidak harus disia-siakan kerana ia bukan sahaja boleh mengubah nasib diri pelajar itu tetapi juga mengubah nasib keluarga mereka.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah KBS memberi peluang kepada pelajar Henry Gurney untuk bersaing bagi merebut tempat dalam pasukan kebangsaan dan bergelar atlet negara ?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN