Bagi mereka yang sudah mendirikan rumah tangga selama bertahun-tahun tetapi masih belum dikurniakan zuriat, janganlah mudah untuk mempersalahkan sebelah pihak semata-mata.

Sumber: Yatie Sendayu Tinggi

Namun, kebiasaan dalam hal sebegini, isterilah yang sering kali dipersalahkan apabila gagal memberi zuriat selepas lama mendirikan rumah tangga.

Dakwaan tersebut secara menyeluruh, menggambarkan bahawa hanya isteri sahaja yang tidak subur. Tetapi bagaimana pula dengan suami?

Yang sebenarnya, banyak lagi faktor lain yang mungkin menjadi penyebab mengapa pasangan itu belum dikurniakan zuriat lagi.

Sebelum menuding jari ke sebelah pihak, seeloknya setiap pasangan itu meneliti semula gaya hidup yang mereka amalkan kerana setiap tingkah laku serta amalan mereka itu secara tidak langsung akan mempengaruhi kesan terhadap tahap kesuburan individu terbabit.

 

Usah Salahkan Sesiapa

Setiap pasangan yang sudah berkahwin harus faham bahawa setiap rezeki yang diberikan Tuhan itu berbeza-beza.

Jangan disebabkan pasangan anda tidak berjaya memberikan zuriat, anda terdetik mahu membuka ‘cawangan’ lain pula!

Sumber: Blog Fertiliti Dr Natasha Nor

Tidak kira bagi yang lelaki mahupun wanita, kedua-duanya memainkan peranan penting bagi menjamin kesinambungan keturunan yang menjadi pelengkap terhadap hubungan suami isteri.

Walaupun terpaksa menunggu zuriat serta pelbagai jenis dugaan yang mendatang, setiap pasangan itu perlu menerima dengan hati serta fikiran yang terbuka.

Paling penting, pasangan terbabit perlu mendapatkan khidmat nasihat dan jalani pemeriksaan rapi dengan pakar bagi mengetahui sebab berlakunya masalah itu sebelum menuding jari pada sebelah pihak sahaja.

 

Punca Sukar Dapat Zuriat

Memang tidak dinafikan, salah satu penyebab utama setiap pasangan itu sukar mendapat zuriat adalah disebabkan masalah kesuburan.

Sumber: BumBumCak.my

Dalam hal ini, mungkin ramai yang menganggap sekiranya pasangan itu merokok serta mengabaikan amalan pemakanan yang sihat akan menjejaskan tahap kesuburan seseorang itu.

Namun, banyak lagi faktor lain seperti usia, tahap kesihatan diri serta berat badan, tahap keseimbangan emosi dan mental juga turut sama mempengaruhi kesuburan seseorang tidak kira lelaki mahupun wanita.

Sumber: Kompas Lifestyle

Malah, gelombang atau radiasi ketika menggunakan telefon pintar juga dikatakan antara faktor yang boleh menyumbang kepada ketidaksuburan lelaki!  

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Unit Fertiliti Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr T Komathy, berkata radiasi juga boleh menjejaskan fungsi alat kelamin dan memberi kesan buruk terhadap kualiti sperma.

Hal itu disebabkan, kebanyakan lelaki sering meletakkan telefon bimbit di dalam poket seluar yang secara tidak langsung boleh memberi kesan kepada masalah ketidaksuburan sperma disebabkan radiasi tinggi yang terdapat di dalam alat peranti itu.

 

Sentiasa Amal Gaya Hidup Dan Pemakanan Yang Sihat!

Sumber: usim

Dalam hal ini, tidak kira wanita atau lelaki, kedua-dua pasangan perlu mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.

Amalkan sayur-sayuran serta makanan berprotein tinggi yang lain dan elakkan mengambil makanan segera secara kerap kerana makanan segera tidak mengandungi nutrisi untuk membantu meningkatkan tahap kesuburan.

Sumber: Google

Apa yang paling penting, jalani gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan membuang amalan buruk seperti gemar meminum minuman keras serta mengurangkan pengambilan kafien kerana ia boleh merosakkan kualiti sperma dan risiko mati pucuk.

KATA ORANG

KATA ANDA

Patutkah seseorang itu menuding jari kepada sebelah pihak sahaja sekiranya sukar mendapatkan zuriat?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN