Demi kelangsungan hidup, setiap individu wajib berusaha untuk mencari rezeki demi menyara keperluan diri sendiri dan juga keluarga.

Ditambah pula dengan nilai harga barang yang semakin meningkat naik sekarang, menjalani kehidupan di ibu kota mahupun di luar bandar tidaklah mudah bagi sesetengah  rakyat.

Walaupun kita sudah menghampiri ke tahun 2020, namun malangnya kadar kemiskinan di negara masih berada di tahap yang menyedihkan.

Demi kelangsungan hidup, tiada alasan untuk mana-mana individu malas bekerja.

Lebih-lebih lagi apabila sudah mula berkeluarga dan mempunyai zuriat, pastinya mereka perlu bekerja lebih keras lagi kerana ada keperluan asas untuk keluarga yang perlu disediakan secukupnya.

Tapi malangnya, masih ramai individu yang masih tidak bekerja dan hanya mengharapkan ihsan ibu bapa mahupun ahli keluarga yang lain untuk meneruskan kehidupan harian.

Malah, adakalanya duit susu dan lampin pakai buang anak pun terpaksa meminta dengan orang lain.

Apa Puncanya? 

Apakah punca keadaan ini berlaku? Ekonomi meningkat ataupun kita sendiri yang malas untuk mengubah kehidupan?

Sedangkan individu Orang Kelainan Upaya (OKU) juga keluar bekerja dan mencari rezeki menggunakan kudrat yang mereka ada demi menyara diri dan keluarga.

Sumber : Metro

Seperti seorang  pemuda OKU berusia 22 tahun yang terpaksa menjalani kehidupan hariannya dengan bergantung kepada kerusi roda kerana tidak mampu untuk berjalan sendiri dek kerana komplikasi kesihatan yang dihidapinya sejak kecil.

Muhammad Helmi Firdaus dilahirkan dengan masalah kepala besar namun itu tidak menghalangnya untuk keluar mencari rezeki seperti orang lain kerana dia sedar akan keperluan keluarga yang perlu disediakan.

Lebih-lebih lagi apabila abang sulungnya juga merupakan OKU dan menghidapi penyakit autism selain ibunya perlu menjalani rawatan untuk sakit jantung dan buah pinggang setiap bulan.

Jika  pemuda OKU mampu untuk keluar bekerja walaupun berkerusi roda, mengapa masih ada individu yang sempurna dan sihat sibuk mencari-cari alasan?

 

Ekonomi Melambung Alasan Mengemis Bantuan Kerajaan

Sumber : Rojak Daily

Seperti yang kita sedia maklum, pelbagai jenis bantuan disediakan oleh pihak kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan dan memerlukan.

Seperti BRIM, ia merupakan bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan bermula tahun 2012 dan skalanya adalah lebih besar dan hampir 40% peratus dari jumlah keseluruhan warganegara Malaysia menerima manfaat ini.

Ramai yang terkejar-kejar untuk mendapatkan bantuan ini dan ada yang mendakwa sehinggakan terdapat  individu yang  sanggup menipu dan menukar maklumat peribadi mereka agar permohonan mereka tidak ditolak.

Semestinya bantuan-bantuan yang ada sekarang dapat meringankan beban rakyat dan membantu mereka yang betul-betul memerlukan.

Namun malangnya ada individu yang mengambil kesempatan keatas lambakan sumber-sumber bantuan ini sehingga malas untuk berusaha sendiri dalam mencari pendapatan untuk mereka dan keluarga.

Jual jambu tepi jalan pun boleh menjana pendapatan yang agak lumayan jika anda rajin berusaha, berhentilah mencari alasan dan bergantung kepada bantuan semata-mata.

 

Tiada Alasan Bagi Individu Yang Cukup Sifat

Jika individu yang kurang berkemampuan dari aspek fizikal pun masih boleh keluar mencari rezeki, mengapa tidak kita?

Jika anda tidak mempunyai kelayakan dari segi pendidikan, banyak perniagaan kecil-kecilan yang boleh anda usahakan seperti menjual nasi lemak, kuih-muih bahkan makanan ringan sekalipun.

Malah, banyak badan-badan seperti TEKUN dan MARA yang menyediakan pinjaman modal bagi peniaga-peniaga baru ini bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka.

Sumber : Rahsia Perniagaan Internet

Selain itu, banyak juga kelas-kelas pemasaran atas talian yang turut dianjurkan mereka bagi membantu para peniaga untuk memasarkan produk mereka secara lebih meluas dan global.

Malah jika anda bijak merancang perniagaan anda, tidak mustahil untuk anda menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan.

Semuanya terletak atas diri kita sendiri, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN