Pejabat Suruhanjaya Insurans (OIC) Thailand sedang mempertimbang untuk mengenakan caj insurans 20 baht (RM2.70) terhadap setiap individu yang masuk ke negara itu bagi tujuan melancong.

Sumber:MakanLena

Insurans tersebut jika dikuatkuasa hujung tahun ini dapat menanggung kos kematian pelancong sebanyak 1 juta baht (RM134,944.50) dalam tempoh masa sebulan.

Menurut Setiausaha Agungnya, Suthiphon Thaveechaiyagarn, di bawah cadangan itu, setiap pelancong di negara Thailand diarahkan membuat pembayaran di imigresen lapangan terbang.

Jika Gagal Caj, Kena Denda

Dalam pada itu, beliau juga menyeru supaya setiap agensi pelancongan mengenakan caj insuran ini terhadap setiap pelanggan bagi tujuan perlindungan.

Jika gagal mengenakan caj, agensi pelancongan dicadangkan boleh dikenakan denda sebanyak 500,000 baht (RM67,494).

Perkara ini dicadangkan susulan kematian 47 pelancong dari negara China akibat satu kejadian bot karam di Phuket baru-baru ini.

Malaysia Juga Dituntut Buat Caj Insurans

Mengambil maklum perkara tersebut, rata-rata rakyat Malaysia juga menggesa kerajaan untuk mengenakan caj yang sama bagi pelancong yang datang ke negara ini.

Sumber:mynewshub.tv

Lambakan pelancong asing terutama dari China, Indonesia, Thailand dan lain-lain lagi menuntut caj tersebut dilakukan ekoran ramai juga pelancong yang meninggal dunia di negara ini.

Ia juga untuk menampung kos kematian pelancong asing ke negara ini.

Cukai Pelancongan Diteruskan

Cukai Pelancongan yang dikenakan kepada setiap pelancong asing yang memasuki negara ini akan diteruskan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, pelaksanaan cukai berkenaan akan diteruskan memandangkan kebaikannya untuk negara.

Sumber:ismaweb.net

Kerajaan juga mengambil maklum apa yang disuarakan pelancong berhubung cukai ini terutama dalam kalangan ‘backpackers’, namun jika dilihat pada nilai cukai RM10 dan dibandingkan dengan nilai mata wang mereka, ia hanya jumlah kecil untuk dibayar ketika melancong ke negara ini.

Bagaimanapun, kerajaan akan mengkaji semula keperluan pelaksanaan Cukai Pelancongan dalam memastikan ia tidak menjejaskan kedatangan pelancong ke negara ini.

Malaysia melaksanakan Cukai Pelancongan berkuat kuasa 1 September tahun lalu selepas Parlimen meluluskan pelaksanaannya.

Statistik Pelancong Asing Ke Malaysia

Media melaporkan kemasukan pelancong asing ke Malaysia turun 116,105 orang atau 0.4% pada 2018 berbanding 2017.

Mohamaddin Ketapi berkata jumlah pelancong asing ke negara ini pada 2018 adalah 25,832,354 orang berbanding 25,948,459 pada 2017.

Penurunan itu bagaimanapun dapat diatasi dengan peningkatan jumlah perbelanjaan pelancong asing ketika berada di Malaysia.

Sumber:sabahaninfo.blogspot.com

Menurut laporan Prestasi Pelancongan Malaysia 2018 tersebut, antara 10 negara pasaran tertinggi yang menjana pelancong ke Malaysia pada tahun lalu adalah Singapura dengan 10 juta orang, diikuti Indonesia (3.2 juta) dan China (2.9 juta).

Perbelanjaan membeli-belah mencatatkan kenaikan daripada 32.7% pada 2017 kepada 33.4% pada 2018 berbanding perbelanjaan penginapan yang sekadar 25.7% bagi 2018 berbanding 25.6% pada 2017.

KATA ORANG

KATA ANDA

Patutkan Thailand mengenakan caj insurans kepada pelancong luar?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN