Sehingga ke hari ini, ramai ibu bapa dilihat masih mengeluh mengenai harga pembayaran yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang dikatakan mahal serta membebankan.

Sehinggakan ada daripada mereka membuat keputusan untuk tidak membayar dan ada juga yang tidak mahu mengambil tahu mengenai yuran berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Disebabkan perkara itu, timbul desakan beberapa pihak yang mencadangkan agar Kementerian Pendidikan menetapkan harga siling yuran berkenaan mengikut kemampuan setiap ibu bapa terutama kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

Bagi mereka yang tidak memiliki anak yang ramai, mereka mungkin tiada masalah untuk membayar yuran PIBG walau harganya tinggi tetapi bagaimana pula dengan mereka yang mempunyai anak ramai dan masih bersekolah?

Mengambil kepada setiap permasalahan itu, adakah wajar sekiranya kerajaan menyediakan satu garis panduan had yuran yang perlu dibayar ibu bapa dengan mengambil kira kepada kedudukan, jenis sekolah serta keupayaan ibu bapa pelajar itu sendiri sama ada di sekolah menengah, rendah mahupun di luar bandar.

 

Yuran PIBG Tidak Wajib Tetapi Ia Adalah Sumbangan Ibu Bapa

Sumber: OhBulan

Dalam hal ini, mungkin ada ibu bapa yang keliru akan mengenai yuran yang wajib dibayar serta yuran PIBG yang merupakan sumbangan ibu bapa itu sendiri.

Meskipun yuran PIBG hanya dikenakan sekitar RM50 di sekitar Lembah Klang, namun masih ada ibu bapa yang menganggap yuran tersebut mahal.

Malah, ada juga yang menganggap yuran PIBG tersebut selalunya tidak memberi manfaat kepada anak-anak mereka.

Namun yang sebenarnya, kenaikan yuran PIBG yang dikenakan oleh pihak sekolah itu bukan sekadar suka-suka memandangkan pihak sekolah perlu menanggung kos yang lebih besar bagi pembelajaran dan pengajaran murid.

 

Yuran PIBG Bantu Pelajar dan Sekolah

Sumber: CARI Infonet

Apabila ibu bapa secara sukarela membayar yuran PIBG itu, tindakan mereka itu telah mengurangkan sedikit beban pihak sekolah dari segi penganjuran aktiviti kecemerlangan, kem motivasi dan akademik pelajar.

Bagi sekolah yang mendapat gelaran sekolah berprestasi tinggi, pastinya ramai ibu bapa di luar sana berpusu-pusu untuk mendaftarkan anak ke sekolah berkenaan sekaligus menjadikan pihak sekolah menerima lebih banyak pelajar setiap tahun.

Sumber: The Malaysian Insight

Jadi, apabila mereka menerima ramai pelajar, sudah pasti tugasan guru juga akan lebih bertambah untuk menguruskan penfailan profil setiap pelajar itu.

Walaupun ada tanggapan yang mengatakan yuran tersebut dibuat secara suka-suka namun sebaliknya, yuran tersebut adalah dilaburkan untuk kebaikan anak mereka sendiri.

Misalnya, setiap yuran PIBG yang dikutip itu, ia pasti akan digunakan untuk memajukan pelajaran dan mengadakan kemudahan-kemudahan asas atau menaiktaraf bangunan sekolah.

Sumber: Kodok Info

Jika musim peperiksaan, pihak sekolah akan menggunakan yuran yang disumbangkan oleh ibu bapa dengan mengadakan ceramah motivasi yang menjemput penceramah luar, mengadakan pondok bacaan, membeli buku untuk perpustakaan, membina dewan, bangunan tambahan sekolah, kawalan keselamatan sekolah, sewa lokar, bayaran kelas tambahan sepanjang tahun, yuran kelas komputer, yuran majalah, yuran pusat sumber dan beberapa bayaran lain.

Selain itu, jika ada lebihan, pihak sekolah juga akan menggunakan yuran PIBG dengan menganjurkan pelbagai aktiviti seperti Hari Kantin, Hari Terbuka, dan sebagainya.

Kesimpulannya, walau macam mana pun tanggapan ibu bapa terhadap yuran PIBG yang dikatakan membebankan itu, yang pastinya duit yang dikutip itu tetap digunakan untuk tujuan pembelajaran dan kebajikan anak-anak di sekolah.

Jika ada ibu bapa yang mampu, apa salahnya kita ringankan beban pihak sekolah demi masa depan anak-anak mereka juga.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah Kementerian Pendidikan mempertimbangkan cadangan beberapa pihak untuk menetapkan harga siling bagi pembayaran yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berdasarkan kemampuan setiap ibu bapa?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN