Bersiar-siar ketika musim panas membuatkan diri terasa mahu membasahkan tekak dengan menikmati pencuci mulut yang sejuk seperti aiskrim.

sumber: callestickfarm

Apabila berkunjung ke pasaraya atau pusat membeli belah pasti akan terjumpa pelbagai jenis kedai yang menjual pelbagai jenis aiskrim yang diletakkan dalam bekas cawan ataupun kon aiskrim.

Tetapi jika anda perasan, sesetengah kedai yang menjual aiskrim, tertera label gelato di ruangan menu. Mungkin anda tertanya, apakah perbezaaan antara gelato dan juga aiskrim? Jika dilihat seperti tiada beza walau sedikit pun?

 

Perbezaan Ais Krim Dan Gelato

Dilihat seakan-akan serupa dan tiada perbezaan, namun kedua-duanya mempunyai rasa yang berbeza dan cara pembuatannya juga berbeza.

sumber: tastemade

Bagi aiskrim, ia diperbuat daripada tenusu seperti krim kemudian dicampurkan dengan perasa dan juga pemanis. Campuran ini kemudiannya disejukkan dengan mengacau sambil dikurangkan suhunya untuk mencegah berlakunya pembentukan kristal ais.

Secara tradisi, suhu dikurangkan dengan meletakkan campuran aiskrim ke dalam sebuah bekas yang dimasukkan campuran ketulan ais dan garam. Selalunya aiskrim lebih tahan lama berbanding gelato.

sumber: walks of italy

Gelato pula ialah perkataan yang diambil dari bahasa Itali yang bermaksud “aiskrim”. Namun yang membezakannya dengan aiskrim ialah diperbuat daripada susu bukan sejenis krim, air, gula dan juga buah-buahan segar dan diputar lambat berbanding dengan ais krim yang menyebabkan susunya tidak mengembang menjadi krim.

 

Dikatakan Pencuci Mulut Kegemaran Raja Tang

sumber: facts and details

Sehingga kini, masih tidak dapat dipastikan dari mana bermulanya pembuatan aiskrim ini. Namun ada yang mengatakan aiskrim ini mula dicipta oleh masyarakat China terdahulu dan menjadi persembahan untuk Raja Tang dari Dinasti Shang.

Aiskrim yang dibuat dari susu kerbau, tepung dan ais telah membuatkan Raja Tang menggemari pencuci mulut ini. 

Seiring dengan peredaran zaman, berlaku revolusi dalam pembuatan aiskrim bermula dengan memasukkan tenusu dari lembu dan akhirnya menggunakan kuning telur seterusnya ia menjadi makanan istimewa yang dikhaskan untuk golongan elit pada masa dahulu.

Walau bagaimanapun, aiskrim tidak lagi menjadi pencuci mulut yang popular sehingga abad ke-19 apabila kemajuan teknologi dalam industri tenusu dan teknik penyejukan membolehkan pengeluar menghasilkan dan mengedarkannya dengan lebih murah dan dalam kuantiti yang banyak.

sumber: thegraphicsfairy

Bukan itu sahaja, mesin aiskrim pertama telah dicipta pada pertengahan abad ke-19 dan gelato pula pertama kali dibuat ialah di Itali, walaupun terdapat kekeliruan di mana ia berasal. Ada yang percaya ia dibuat pertama di Sicily sementara yang lain pula percaya ia berasal dari Florence.

 

Yang Mana Satu Lebih Sihat?

Menurut The Food and Drug Administration (FDA) , menyatakan ais krim sebagai produk tenusu yang mengandungi sekurang-kurangnya 10 peratus kalori yang boleh didapati dari lemaknya.

sumber: la piccola fontana

Sebaliknya, gelato kebiasaannya mempunyai kandungan lemak yang lebih rendah iaitu sekitar empat hingga sembilan peratus sahaja, namun ia tetap mengandungi gula yang banyak berbanding ais krim.

Dalam keseronokan menikmati aiskrim dan juga gelato, perlu diingatkan bahawa kedua-duanya tetap mengandungi kadar gula yang tinggi. 

1/2 cawan (78 gram) hidangan aiskrim boleh mengandungi 210 kalori dan 16 gram gula. Untuk hidangan gelato (88gram) pula mengandungi kira-kira 160 kalori dan 17 gram gula.

Mengambil terlalu banyak kalori dan juga gula boleh meningkatkan risiko seperti penyakit jantung, obesiti, kaviti dan diabetes. Alangkah lebih baik untuk anda mengehadkan pengambilannya untuk kesihatan yang optimum.

KATA ORANG

KATA ANDA

Antara aiskrim dan gelato, yang mana satu menjadi pilihan anda?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN