Minggu lalu, tular di media sosial mengenai sebuah papan iklan yang memaparkan perkataan Bahasa Inggeris “KTHXBYE” yang dipasang pada jejantas laluan utama Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ).

Sumber: Kosmo

Papan iklan milik syarikat Mamee Monster itu mungkin dilihat unik bagi tujuan pengiklanan namun mengundang padah apabila dikecam netizen yang rata-ratanya menggelarkannya bahasa tersebut sebagai bahasa “WeChat”.

Sebaik tular, papan iklan itu telah diganti kepada perkataan baru “SEMOGA BERJUMPA LAGI, BYE BYE” yang lebih difahami.

 

 

Boleh Buat Iklan Unik, Tetapi Jangan Sampai Rosakkan Bahasa

Tidak salah sebenarnya untuk membuat sedikit “keunikan” pada sesebuah iklan demi menarik perhatian masyarakat, tetapi janganlah sampai merosakkan bahasa kebangsaan kita pula.

Pengiklanan yang unik memang penting untuk menarik perhatian pelanggan pada masa sama membuatkan jenama tersebut menjadi bualan masyarakat tetapi berpada-padalah.

Walaupun cara sebegitu merupakan salah satu teknik untuk menarik perhatian pelanggan tetapi  penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan wajar dimartabatkan secara sempurna tanpa dirosakkan.

Hal ini kerana, sekiranya bahasa itu mengandungi kesalahan ejaan dan tatabahasa yang jelas, ia sama sekali boleh merosakkan keseluruhan penyampaian kerana mesejnya itu tidak jelas kepada pengguna.

Apa yang dirisaukan, sekiranya penggunaan bahasa seperti ini dibiarkan berlarutan, ianya mungkin boleh menjadi ikutan kepada masyarakat terutama sekali golongan muda pada masa kini.

 

Pihak Berkuasa Perlu Tegas

Dalam hal ini, jelas sekali penguatkuasaan yang longgar menyebabkan bahasa Melayu bukan saja terpinggir, bahkan tidak dihormati seperti yang sepatutnya.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai pelaksana dasar sama sekali perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana syarikat dan agensi yang dilihat tidak mematuhi penggunaan bahasa dan ejaan yang betul seperti yang sudah digariskan.

Gambar sekadar hiasan

Sekiranya was-was dengan penggunaan bahasa itu, syarikat tersebut boleh mendapatkan pengesahan penggunaan bahasa dengan merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terlebih dahulu bagi memastikan kesemua ejaan dan tatabahasa yang digunakan adalah betul sebelum dikemukakan kepada PBT.

Akhir sekali, apa yang paling penting, sesuatu iklan yang hendak dipaparkan kepada orang ramai itu juga tidak boleh menggunakan sebarang visual yang kurang sopan atau menyentuh sentitiviti mana-mana agama dan kaum di Malaysia.

Sekiranya gagal berbuat demikian, anda mungkin boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah penguatkuasaan yang longgar ketika ini menyebabkan bahasa Melayu tidak dihormati sehingga ada yang berani menggunakan ayat “WeChat” dalam pengiklanan mereka?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN