Dengar sahaja perkataan berkhatan, ianya sesuatu yang menakutkan bagi kanak-kanak memandangkan mereka mungkin terpengaruh dengan cerita seram kononya berkhatan itu sesuatu yang menyakitkan kerana perlu guna ‘kapak’ ‘pisau’ dan sebagainya.  

Sumber: http://m-update.com

Walaupun proses berkhatan itu adalah perkara biasa yang perlu dilalui semua golongan lelaki dan wanita Islam namun sekiranya silap langkah semasa proses berkhatan, boleh mengundang bencana kerana di negara kita memang sudah banyak kes kanak-kanak mengalami kecederaan yang teruk ketika berkhatan.

Lebih menyeramkan, ada juga kes di mana kepala zakar tidak disengajakan terpotong ketika proses berkhatan sedang dijalankan.

Kes itu sudah lama, tetapi baru hari ini menemui jalan penyelesaian apabila kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes tersebut setelah hampir sembilan tahun!

Dalam kes ini, remaja berkenaan difahamkan telah mendapat pampasam RM150,000 selepas diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Namun, nilai pampasan yang diberikan terhadap remaja terbabit mengundang ketidakpuasan hati pelbagai pihak yang merasakan jumlah itu tidak setimpal.

 

Undang Pelbagai Reaksi

Kejadian yang menimpa remaja ini bagaimanapun telah mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial yang rata-ratanya mempertikaikan jumlah pampasan tersebut sebagai tidak memadai dengan kecacatan seumur hidup yang perlu ditanggung remaja ini.

Sumber: mStar

Tidak kurang juga, ada yang mahu nilai pampasan tersebut perlu diberi sekurang-kurangnya RM1 juta atas trauma yang dilalui remaja serta keluarganya. 

Mana tidaknya, alat sulit yang paling berharga ‘cacat’ begitu sahaja dek kerana kecuaian pihak tertentu. Jadi, sudah pastinya ibu bapa mereka mahu tuntut keadilan sekurang-kurangnya kecacatan yang dialami anaknya itu dapat pampasan yang sewajarnya.

Sudah lah terpaksa menanggung perbelanjaan dan kos tinggi semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang, termasuk perbelanjaan perjalanan dan rundingan dengan peguam yang semuanya berjumlah lebih RM100,000.

Jadi, memang ada keperluan untuk menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, faedah dan kos tersebut.

 

Ambil Iktibar Atas Apa Yang Berlaku

Apa yang berlaku terhadap remaja ini wajar dijadikan iktibar buat semua pihak terutama ibu bapa serta pegawai perubatan itu sendiri kerana malang tidak berbau.

Walaupun risiko tersalah potong ketika sunat jarang terjadi tetapi ianya boleh berlaku pada kanak-kanak yang mana pada waktu prosedur, kebiasannya kanak-kanak kurang beri kerjasama menyebabkan mereka mudah meronta ketakutan dan sebagainya.

Sumber: Free Malaysia Today

Ditambah pula dengan pegawai perubatan yang melakukan prosedur terlalu banyak dalam satu hari juga boleh menyebabkan sunat dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa sehingga boleh tersalah potong.

Jadi, bila hendak sunat ibu apa perlu tenangkan anak-anak mereka supaya tidak meronta dan ikut arahan pegawai perubatan. Bila kedua-dua belah pihak gagal beri kerjasama, beginilah jadinya…

Tidak pasal-pasal anak itu perlu tanggung kecacatan seumur hidup dan pegawai perubatan yang cuai, boleh dikenakan tindakan undang-undang dengan dihukum penjara serta denda jika sabit kesalahan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah jumlah pampasan RM150,000 yang diputuskan ini dilihat relevan?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN