Tidak dinafikan bahawa di dalam kehidupan setiap manusia pasti memiliki seorang tokoh atau individu yang terkenal yang dikagumi serta dijadikan sebagai idola.

Kini, sudah menjadi satu fenomena di mana peminat terlalu taksub dengan individu yang mereka minati sehingga sanggup berbuat apa sahaja yang mampu memuaskan hati mereka.

 

Terlalu Taksub Sehingga Lupa Batas

Terdahulu, rakyat Malaysia pernah dikejutkan dengan aksi gadis bertudung yang berpelukan dengan artis kumpulan pop Korea (K-Pop) di dalam satu persembahan konsert.

sumber: ohmymedia

Namun, baru-baru ini, tular di media sosial dan menjadi topik perbincangan yang hangat dalam kalangan netizen berkenaan seorang gadis bertudung berpelukan dengan penyanyi terkenal iaitu Shawn Mendes.

Gadis tersebut dikatakan ‘bertuah’ kerana berpeluang bertemu dengan artis kesayangannya itu secara terus dan diberikan peluang untuk beramah mesra serta bergambar dengannya.

 

Kapsyen Di Instagram Undang Kecaman

Gambar tersebut dikongsi di laman Instagram milik gadis tersebut sehingga menjadi tular dan dikongsi semula di media sosial oleh segelintir netizen yang mempertikaikan perlakuannya.

 

View this post on Instagram

Alhamdulillaaahh.. Thank Allah, @linetoday and @pkentertainment.id that has given me a chance to met him in person.. Hell yaa!! My dream came truuueee guys!!😭😭😭💖💖💖. • • • — Our Conversation — Shawn’s Crew: let’s come in Me: Ohh okay thankyou *Met shawn* Me: Heyy Shawn, How are you? Omg shawn I love you so much *HuggingShawn* Shawn: Hey Honeyy, I’m good *HuggingMe* *took a picture* Shawn: Oh my god.. I love your shirt Me: Aww thankyouuu Shawn, I love youuu *HuggingShawnAgain* and *ShawnHuggingMe* :’) Shawn: Can I take a picture that shirt? Me: Suree suree, but my phone was in my friend.. Shawn: It’s okay, just take a picture by my phone Me: Aahh okayy okayyy *ShawnTookMyPicture* Shawn: Ahh I love that shirt Me: Thankyouu shawnnn, I love youuu:’) *HuggingShawnAgain* and *ShawnHuggingMeAgain* :’) Me: Okayy, bye Shawn hope you get an amazing day here *I’mWalkingOut* Shawn: waitt waitt, can I share this picture? Me: omg! ofcourse.. but can you tag me? :’) *Shawn’sCrewLaughing* Me: Hahahah sorry sorry😂 *ShawnGaveHisPhone* *I’mTypingMyUsername* Shawn: Do you wanna change the filter? Me: Ahh noo, it's okay.. Shawn: Like this? Me: Yeaa yeaa like this it's okay.. Thank you shawnnn byee byee👋🏼😊. • • • THIS WILL NEVER BE FORGOTTEN😭😭😭 BYEE I’M LITERALLY DIED ON THAT SPOT🤧🤧🤧

A post shared by H a n n a🌻✨ (@hannsal.a) on

 

Sudahlah berpelukan, gadis tersebut menambah kemarahan netizen dengan meletakkan kapsyen pada gambarnya yang dilihat seperti mempermainkan agama Islam.

Kemarahan netizen pada awalnya adalah disebabkan penampilan gadis tersebut yang bertudung dan pelukan erat itu agak keterlaluan tetapi ia ditambah pula dengan kapsyen yang menunjukkan dia menzahirkan rasa syukur apabila melakukan aksi tersebut

Sudah pasti timbul kecaman dan kemarahan oleh kerana gadis tersebut dilihat seperti mempermainkan agama dan menzahirkan rasa syukurnya itu tidak kena pada tempatnya.

 

Apa Itu ‘Celebrity Worship Syndrome’?

Memuja selebriti atau individu berpengaruh bukanlah suatu perkara baru yang terjadi di dalam masyarakat dunia. Di dalam dunia psikologi, mereka yang memuji selebriti atau individu secara keterlaluan dikenali sebagai ‘Celebrity Worship Syndrome’ (CWS).

sumber: zimbio

Menurut sumber daripada bharian.com, pakar motivasi dan kaunseling, Hushim Salleh berkata, CWS yang tidak diketahui ramai ini turut menjadikan seseorang itu mengalami halusinasi, kemurungan dan hidup dalam khayalan seolah-olah artis tersebut mengenali atau membalas cinta mereka.

Namun, perkara ini sering diambil ringan oleh ibu bapa kerana minat yang melampau terhadap artis bukanlah sesuatu yang janggal sejak zaman dahulu.  

Tidak hairan jika terdapat kes peminat yang sanggup bertindak mencederakan diri atau membunuh diri kerana kecewa dengan berita perkahwinan artis kesayangan misalnya.

Bukan itu sahaja, mereka juga sanggup menghabiskan wang sehingga beribu-ribu ringgit semata-mata untuk memenuhi minat mereka itu.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda pernah obses dengan mana-mana artis?
8 votes · 8 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN