Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan seorang lelaki yang dikatakan berjawatan sebagai timbalan pengarah Insitut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu yang dilihat berang dan bertindak menendang beberapa buah motosikal di kawasan surau pusat kemahiran itu.

https://www.facebook.com/thefullamak/videos/814339658906626/

Kejadian itu bagaimanapun mendapat kecaman yang hebat daripada netizen yang menganggap perbuatan itu adalah biadab dan tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang pegawai yang berpendidikan.

Merosakkan harta benda orang lain perlu diberikan hukuman supaya kejadian seperti itu tidak akan berulang lagi.

 

JTM Ambil Tindakan Kes Pertama Kali Berlaku Di ILP

Jabatan Tenaga Manusia (JTM) akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas seorang pegawai yang terlibat dalam insiden menendang motosikal pelajar di pusat kemahiran berkenaan.

Sumber:My Malaysian Post

Dalam kenyataan media, JTM melahirkan rasa kesal dan memandang serius berhubung video membabitkan seorang pegawai yang tular di media sosial itu.

Jabatan sedang membuat siasatan terhadap kes ini dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai berkenaan supaya kejadian sama tidak berulang.

Sejak penubuhan JTM, ini insiden pertama seumpamanya dan tidak pernah berlaku di mana-mana ILP, termasuk di Kota Bharu.

Sumber:MalaysiaGazette

Tindakan itu dilakukan demi menjaga intergriti dan imej kesemua 32 Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang terdiri daripada ILP, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) sebagai pusa latihan yang melahirkan ramai tenaga mahir negara.

Sementara itu, Pengarah ILP Kota Bharu, Zainudin Ahmad dilaporkan berkata, pegawai berkenaan kini diarahkan bercuti sementara siasatan dalaman dilakukan.

Katanya, kesalahan itu tidak boleh dipersalahkan kepada pegawai berkenaan seratus peratus.

Zainudin menyatakan pegawai berkenaan tidak pernah ada masalah sebegitu sebelum ini dan beliau seorang yang baik. Mungkin ada sesuatu yang berlaku kepadanya sehingga pegawai itu bertindak sedemikian.

Sumber:YouTube

Mungkin itu sudut pandangan orang yang mengenali pegawai berkenaan, tetapi sudut pandangan masyarakat luar sebaliknya. Tindakan itu tidak boleh diterima walau apa pun yang berlaku kepadanya.

Sikap profesional itu perlu ada, jangan menyalahgunakan jawatan itu untuk bertindak sesuka hatinya pula.

 

Mohon Maaf Khilaf Yang Dilakukan

Bagaimanapun, media tempatan melaporkan pegawai berkenaan tampil memohon maaf atas perbuatan tersebut dan menyifakan ia berlaku di luar kawalan.

Tetapi netizen masih tidak dapat menerima tindakan yang dilakukan pegawai berkenaan. Sesuka hati rosakkan harta orang lain kemudian minta maaf.

Sumber:FB Malaysiakini

Jika tiada tindakan yang keras oleh pihak berwajib, mereka bimbang keadaan ini pastinya akan berulang dan lebih mencemarkan pusat kemahiran berkenaan dan juga memberi impak kepada pusat kemahiran di tempat lain juga.

Sekadar memberi cuti sepanjang tempoh siasatan tidak akan menginsafkan pegawai berkenaan. Perlu tindakan yang lebih keras supaya pegawai berkenaan tidak menggunakan jawatan tertingginya itu untuk melakukan tindakan diluar kawalan.

Takkan setiap kali ada masalah, pergi tendang motosikal pelajar-pelajar pula.

 

Pelajar Langgar Peraturan

Difahamkan kejadian itu berlaku apabila dijadualkan untuk pendaftaran pelajar lama dan ILP menetapkan peraturan sebarang kenderaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam dan perlu diletakkan di luar.

Kalau pun begitu, perlukah menendang motosikal pelajar yang parkir di dalam kawasan pusat kemahiran itu? Sekadar beri surat amaran atau denda sudah memadai.

Pengawal di hadapan pintu pagar sepatutnya melarang perkara itu, kalau pelajar itu degil barulah tindakan diambil dengan sewajarnya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah sikap biadap pegawai pendidik ini boleh diterima kerana kesalahan yang kecil?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN