Sumber: Id.techinasia

Di Indonesia, bas merupakan perkhidmatan pengangkutan utama masyarakat setempat untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi lain dalam jarak yang jauh. Boleh dikatakan syarikat bas di Indonesia antara syarikat bas yang tersibuk dan terpadat di rantau Asia Tenggara.

Tidak Dapat Tampung Jumlah Penduduk

Masakan tidak, perkhidmatan ini disediakan untuk menampung keperluan seramai 200 juta penduduk seluruh Indonesia.

Tidak pelik sekiranya terdapat bas ekspress yang melakukan perjalanan destinasi jauh mengambil penumpang melebihi kapasiti maksimum yang dibenarkan. Hal ini sudah tentu mengundang ketidakselesaan.

Jelas, keperluan penduduk terhadap keperluan perkhidmatan pengangkutan masih tidak dapat dipenuhi. Lihat sahaja di Indonesia, perkhidmatan pengangkutan darat masih jauh ketinggalan dari apa yang diharapkan.

Terpaksa Mengejar Trip Perjalanan

Kesannya, permintaan perkhidmatan bas tinggi di kebanyakan kawasan. Masalah kekurangan bas telah menyebabkan setiap pemandu terpaksa mengejar masa untuk memastikan mereka berjaya menyasar beberapa trip perjalanan setiap hari.

Disebabkan kekurangan bas, kebanyakan penduduk di sesuatu daerah atau tempat terpaksa menunggu bas dalam jangka masa yang agak lama ekoran kelewatan bas untuk tiba di stesen bas.

Berdasarkan video yang dipaparkan, jelas dapat dilihat pemandu bas di Indonesia memandu dengan situasi yang sangat berbahaya. Boleh dikatakan mereka seolah-oleh seperti raja di jalan raya. Pemandu bas, langsung tidak ada kesabaran dalam menggunakan jalan raya.

Kenderaan Kecil Terpaksa Mengalah

Ia menyebabkan pengguna jalan raya yang lain khususnya kenderaan bersaiz lebih kecil seperti motorsikal, kereta, van dan lori kecil terpaksa mengalah sekiranya bertembung dengan bas ekspress dan bas pelancong yang sedang memotong.

Sumber: Berita Harian

Banyak Berlaku Kes Kemalangan

Kesannya, kes-kes kemalangan maut sering berlaku. Misalnya, pada Februari tahun lalu, bas yang membawa 40 penumpang melanggar sebuah motosikal ketika sedang menuruni bukit di kawasan Subang, wilayah Jawa Barat. Bas tersebut berpusing beberapa kali yang mengorbankan seramai 27 orang.

Kes-kes kemalangan maut melibatkan bas membawa secara laju turut dicatatkan di beberapa kawasan yang lain. Misalnya pada September tahun lalu, seramai 21 orang maut apabila bas yang membawa pelancong tempatan terjunam ke dalam gaung ketika sedang menuju ke wilayah Sukabumi.

Itu tidak mengambil kira kondisi bas yang tidak diselenggara mengikut jadual, pemandu yang tidak mempunyai lesen memandu yang sah dan sebagainya. 

Sumber: Youtube

Penumpang Sendiri Terpaksa Ambil Langkah Waspada

Walau bagaimanapun, berdasarkan kes-kes tersebut ia tidak bermaksud semua pemandu bas di Indonesia memandu secara berbahaya. Masih terdapat pemandu bas yang memandu secara berkhemah, tetapi angkanya sangat sedikit.  Akibatnya, penumpang sendiri terpaksa mengambil langkah berwaspada sepanjang menaiki perkhidmatan bas.

Yang pasti, keadaan perkhidmatan bas di Malaysia jauh lebih selamat dan sempurna jika dibandingkan dengan Indonesia.

Sekiranya anda berhasrat untuk melancong ke Indonesia, seeloknya pilih pengangkutan yang lebih selamat dan selesa untuk perjalanan anda dari satu destinasi ke satu destinasi.

KATA ORANG

KATA ANDA

Sanggupkah anda menaiki bas di Indonesia
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN