Disebabkan tidak berapa lama lagi negara kita bakal menyambut hari kemerdekaan ke-62, rasanya tidak salah sekiranya kita mengimbas semula kisah-kisah yang lalu. Apabila menyentuh soal kemerdekaan, kebiasaannya orang ramai akan bercerita tentang detik-detik laungan kemerdekaan atau peristiwa yang pernah mereka alami semasa zaman penjajahan.

Sumber: Eisen

Kisah-kisah penindasan, penyiksaan, kesengsaraan semasa era sebelum merdeka menjadi bualan hangat di meja kopi. Maklumlah, apabila golongan tua yang bercerita biasanya akan memakan masa yang lama. Nada yang digunakan ada kalanya gembira, sedih, tegas dan sebagainya.

Sebagai generasi muda, perkara itu perlu diingati dan harus menjadi iktibar yang berguna kepada kita semua dalam memastikan kemerdekaan negara terus terpelihara. Dalam masa yang sama, ia dapat menyemai semangat-semangat patriotism dalam diri dan generasi-generasi yang akan datang.

Selama 62 tahun merdeka sudah pasti terdapat tema yang digunakan untuk menyambut sambutan kemerdekaan pada setiap tahun. Tema yang diperkenalkan pula adalah bertujuan untuk memberi penerangan kepada rakyat Malaysia apa yang kerajaan mahukan disebalik sambutan kemerdekaan yang dilakukan.

Sumber: Twitter

Sejak Bila Tema Kemerdekaan Diperkenalkan?

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, tema hari kemerdekaan mula diperkenalkan pada tahun 1970 semasa era pentadbiran Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-2. ‘Muhibah dan Perpaduan’ merupakan tema hari kemerdekaan pertama yang digunakan diikuti dengan ‘Masyarakat Progresif’ pada tahun berikutnya.

Penggunaan tema hari kemerdekaan telah diteruskan tahun demi tahun sehinggalah ke hari ini. Tema ‘Keranamu Malaysia’ telah menjadi tema kemerdekaan yang paling lama digunakan iaitu selama tujuh tahun, bermula dari tahun 2000 sehinggalah pada tahun 2006.

Tema ‘1 Malaysia Janji Ditepati’ Mendapat Reaksi Kontroversi

Dalam masa yang sama, terdapat juga tema kemerdekaan yang menjadi kontroversi dalam kalangan rakyat Malaysia. Bagi mereka yang mengingati persitiwa yang berlaku pada 7 tahun lalu, kerajaan telah memperkenalkan slogan ‘1 Malaysia Janji Ditepati’ sebagai tema hari kemerdekaan pada tahun 2012.

Sumber: Perak Today

Slogan ini telah mendapat tentangan ramai pihak khususnya daripada Pakatan Rakyat (PR) yang menjadi gabungan pembangkang yang besar pada ketika itu. Malah, beberapa NGO dilaporkan turut sama menolak penggunaan tema yang seakan berkisar soal politik berbanding kenegaraan. Tentangan ini disusuli dengan desakan dan bantahan

Disebabkan isu tema kemerdekaan tidak ditangani dengan baik oleh kerajaan, dalam masa yang sama pihak kerajaan juga berkeras untuk mempertahankan slogan yang digunkan, ia membawa kemelut baru di beberapa buah negeri.

4 Negeri Boikot Guna Tema Kerajaan Pusat

Sebanyak 4 buah negeri yang ditadbir PR iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan telah sepakat untuk tidak menggunakan tema kerajaan Pusat. Mereka telah mengemukakan tema kemerdekaan sendiri.

Sumber: Selangorkini

Memetik laporan mstar, terdapat tiga tema yang telah digunakan di negeri-negeri terbabit. Kelantan menggunakan tema ‘Menerajui Perubahan’, Kedah memilih ‘Terus Berbakti’ manakala Pulau Pinang dan Selangor telah menggunakan tema ‘Sebangsa Senegara Sejiwa’.

Difahamkan ini merupakan pertama kali dalam sejarah terdapat percanggahan tema sambutan hari kemerdekaan dalam kalangan negeri-negeri di Malaysia. Malah setiap tema yang diperkenalkan disusuli dengan logo.

Sejak daripada peristiwa itu, kerajaan persekutuan tidak lagi menggunakan slogan berunsur politik sebagai tema menyambut hari kemerdekaan.

Ia bukan sahaja menimbulkan perbalahan, dalam masa yang sama mencemarkan sambutan hari kemerdekaan yang sepatutnya diraikan secara patriotik oleh semua pihak. Menurut Datuk Mustafa Ali, lagu dan tema kemerdekaan seharusnya mencerminkan semangat patriotik.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah tindakan yang dilakukan oleh negeri-negeri terbabit?
9 votes · 9 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN