Hujung minggu lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dalam satu hantaran di laman sosial Facebooknya mempersoalkan mengenai harga telur yang masih lagi tinggi tahun ini.

Sumber : Facebook Datuk Seri Najib

Ini kerana pada hujung tahun lalu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub membuat pengumuman bahawa pengeluar telur ayam bersetuju mengurangkan harga sebanyak 2 sen.

Najib turut membandingkan telur ayam gred AAA, gred C dan Gred E dengan bulan April 2018 yang harganya dikatakan masih tinggi sekitar 48 hingga 52 peratus.

Menurut Najib harga telur sekarang masih 40 sen untuk gred AAA, 37 sen untuk gred C dan Gred E 32 sen.

Katanya sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu harga telur di ladang bagi gred AAA adalah serendah 27 sen, gred C berharga 24 sen dan gred E berharga 21 sen.

 

Harga Telur Bergantung Banyak Faktor

Walaubagaimanapun, Jabatan Perkhidmatan veterinary (JPV) menyifatkan perbandingan yang dibuat Najib Razak berkenaan harga telur itu  sebagai tidak berasas.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar itu berkata harga telur di peringkat ladang bergantung kepada kos input iaitu makanan ayam, gaji pekerja, kos ubatan dan factor luaran yang lain.

Sebagai contoh, 70 peratus kos operasi bergantung kepada makanan ayam. Makanan ayam diimport dan harganya bergantung pada kadaran tukaran wang yang turun dan naik

Katanya lagi, kos ini boleh dan akan berubah jika ada kejadian penyakit dan bencana lain seperti kemarau, jerebu dan banjir.

 

Harga Telur Zaman Najib Lagi Mahal

Sementara itu, disebabkan perbandingan harga yang dibuat Najib, Jabatan Perkhidmatan Veterinar turut membidas bekas perdana menteri itu dengan membuat perbandingan harga telur pada tahun ini dan pada zaman pemerintahan Najib pada 2015.

Dalam satu kenyataan, katanya, mengikut data perbandingan sama yang digunakan Najib, jelas menunjukkan harga telur pada tahun ini lebih murah dari zaman Najib pada 2015 itu.

Berdasarkan sumber data JPV, harga telur di ladang tahun ini untuk telur gred AA adalah 34 sen sebiji, gred A 33 sen, gred B 32 sen, gred C, 31 sen, gred D 29 sen dan gred E 26 sen.

Harga itu katanya lebih rendah berbanding empat tahun lalu iaitu gred AA 42 sen, gred A 41 sen, gred B 40 sen, gred C 39 sen, gred D 38 sen dan gred E 36 sen.

Bagaimanapun katanya, Jabatan melalui kementerian akan terus berusaha memastikan penghasilan telur ayam yang cukup untuk rakyat Malaysia dengan harga kompetitif.

Malah, JPV melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan terus berusaha untuk memastikan penghasilan telur ayam yang cukup untuk rakyat Malaysia dengan harga yang kompetitif.

 

Najib Bidas JPV

Ekoran kenyataan JPV bahawa zaman Najib memerintah pada 2015 harga telur lebih mahal dari tahun ini, Najib bidas semula kenyataan tersebut.

Najib mengakui bahawa harga telur meningkat pada 2015 tetapi katanya hanya untuk satu bulan setengah sahaja dan bulan berikutnya harga telur seperti biasa.

Najib tetap menegaskan dari data JPV, harga purata telur untuk tempoh Mei hingga Disember 2018 (selepas PRU14) adalah lebih mahal berbanding harga 2015. Malah bagi tahun 2019 setakat ini adalah lebih mahal berbanding harga 2015.

Katanya lagi, Menteri Pakatan Harapan perlu terima realiti bahawa harga telur telah naik tinggi dan terima kenyataan bahawa kerajaan PH telah gagal mengawal harga telur walaupun sebelum ini pernah mengumumkan harga telur telah turun 2 sen pada akhir tahun lepas.

KATA ORANG

KATA ANDA

Anda sebagai pembeli, adakah harga telur mahal selepas PRU14?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN