Kebelakangan ini, pelbagai kejadian jenayah berlaku di mana-mana. Kejadian jenayah seperti pecah rumah, ragut, rompakan bersenjata, dan seumpamanya sering dilaporkan dari hari ke hari.

Sumber:Head Topics

Kejadian jenayah bukan sahaja boleh mengakibatkan kerugian harta benda, kecederaan, malah juga boleh menyebabkan kematian.

Keadaan ini membimbangkan masyarakat kita hari ini, dimana keselamatan mereka semakin terancam.

Bogel Semasa Merompak

Kejadian terbaru berlaku di Gombak apabila seorang lelaki cuba memecah masuk sebuah rumah tanpa sehelai benang dibadannya. Kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Gombak Batu 6, Gombak pada pukul 3 pagi pada Rabu lalu.

Kejadian itu disedari oleh seorang lelaki yang juga penghuni rumah berkenaan yang terkejut dengan kehadiran perompak berbogel itu.

Menurut kenyataan yang dipetik Astro Awani, penghuni rumah berkenaan melihat keadaan dibawah apabila terdengar bunyi dan ketika itulah dia ternampak kelibat seorang lelaki dalam keadaan berbogel cuba mengumpil tingkap depan rumahnya.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Arsad Kamaruddin, mangsa telah menjerit membuatkan suspek melarikan diri ke arah jalan utama sebelum menghilangkan diri.

Masih Wujud Merompak Cara ‘Orang Minyak’ Atau Pihak Polis Ambil Lewa?

Sebelum ini pernah berlaku kejadian yang sama di mana perompak dalam keadaan bogel memecah masuk rumah orang.

Namun, apa yang menjadi persoalan wargamaya kenapa perompak bertindak demikian? Adakah mereka mengguna pakai ilmu ketika melakukan rompakan di rumah orang?

Sumber:Suara Perak

Mereka bimbang jika perompak seperti itu dapat masuk kedalam rumah dan jika ada anak-anak perempuan ia lebih membahayakan keselamatan mereka.

Mereka juga mempersoalkan tahap keselamatan di negara ini. Kejadian rompak, samun, ragut ini sudah banyak dilaporkan, apabila suspek ini dapat meloloskan diri seolah-olah mereka sudah selamat dan pihak polis pun nampaknya tidak ambil kisah.

Samun Dalam Rumah

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila tular sebuah video berhubung rompakan bersenjata melibatkan sebuah keluarga.

Kejadian berlaku di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, Selangor. Menerusi rakaman CCTV, keluarga berkenaan dilihat sedang bersantai di ruang tamu dan meja makan sebelum kediaman mereka diceroboh oleh enam penjenayah bertopeng serta bersenjatakan parang.

Penularan video itu telah meresahkan orang ramai khusunya melibatkan isu keselamatan didalam rumah sendiri.

Dalam rumah pun sudah tidak selamat, apatah lagi diluar kawasan rumah. Malah, ada yang melakukan samun dan rompak dihadapan rumah mangsa walaupun pada waktu siang.

Pukul Separuh Mati

Kalau kita melihat di media sosial banyak kes penduduk yang dapat menangkap suspek yang merompak ini dan mereka ini dipukul sehingga separuh mati.

Sumber:Sabahup2date

Ada kalanya, sesetengah pihak tidak bersetuju tindakan yang dilakukan dan lebih mempercayai pihak polis yang menjalankan tugas mereka. Namun, ada pula sesetengah pihak bersetuju untuk memukul atau memberi hukuman yang setimpal kepada mereka yang melakukan rompakan, ragut dan samun ini.

Adakah tindakan tersebut betul? Pastinya memukul suspek dengan mengambil tindakan sendiri adalah salah, tetapi salahkah mereka ini memberi pengajaran terlebih dahulu kepada perompak sebegini?

Sumber:Informasi Terkini

Tindakan itu juga dilihat berkesan untuk menginsafkan mereka supaya tidak melakukan kerja terkutuk itu lagi. Banyak kes ragut dilaporkan termasuk melibatkan ibu mengandung, warga emas dan sebagainya.

Jika mereka tiada sifat kesian terhadap golongan yang lemah ini, perlukah kita kesiankan perompak durjana ini?

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah masyarakat hari ini menjatuhkan hukum sendiri terhadap penjenayah?
17 votes · 17 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN