Pencarian kerja sebelum ini adalah berdasarkan JobStreet, Maukerja, Linkedln JobsMalaysia dan pelbagai lagi pautan telah memudahkan rakyat Malaysia khususnya golongan anak muda untuk mendapatkan pekerjaan.

Namun begitu, dengan kecanggihan teknologi masa kini telah menyebabkan kewujudan satu perisian Artifical Intelligence (AI) yang dapat membantu menyelesaikan masalah pengangguran pada ketika ini.

Sumber: Rafizi Ramli

Perisian tersebut telah dibangunkan oleh Pengasas Invoke Malaysia, Rafizi Ramli bersama-sama sekumpulan saintis data dan jurutera perisian sejak bulan September tahun lalu.

Perbincangan yang dilakukan bersama anak muda dan syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) adalah untuk mengetahui punca-punca pengangguran yang berlaku dan mencari solusi pembangunan modal insan yang lebih baik.

Sumber: Idntimes

Tujuan

Sesi temuduga terbesar yang diwujudkan tersebut adalah bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia sama ada yang menganggur ataupun yang menginginkan peluang pekerjaan lebih baik bagi mencari bidang pekerjaan yang sesuai dengan minat dan kepakaran mereka.

Kebiasaannya calon (melalui portal kerja sedia ada) tidak memenuhi syarat-syarat seperti latar belakang pendidikan atau kemahiran.

Sumber: Daily Rakyat

Kadar Pengangguran Belia Sangat Tinggi

Berdasarkan laporan Berita Harian September tahun lalu, Ketua Ekonomi AmBank Research, Dr Anthony Dass, berkata pengangguran golongan muda Malaysia kekal pada kadar 10.8% iaitu peratusan lebih tinggi jika dibandingkan dengan Singapura (4.6%), Thailand (5.9%), Vietnam (7.9%) dan India (10.5%).

Sebab Tidak Mendapat Pekerjaan Diingini

Kebanyakan calon merasakan mereka tidak mendapat maklumat yang mencukupi  berkenaan kekosongan jawatan yang terdapat dalam pasaran. Kesannya, mereka hanya memohon kepada beberapa kekosongan dari syarikat-syarikat besar atau jawatan kerajaan yang mengakibatkan persaingan yang tinggi.

Sumber: Dev Era Baru. Com

Selain itu, calon juga tidak mendapat latihan yang sewajarnya sebagai persediaan sebelum memasuki pasaran kerja.

Walaupun prestasi temuduga calon boleh diperbaiki namun mereka tidak dapat mengagak keperluan pasaran kerja. Lebih malang lagi, tiada sebarang sistem yang mampu memberi maklum balas kepada calon secara berterusan bagi menambahbaik kebolehpasaran mereka.

Diharapkan dengan wujudnya platform ini dapat membantu rakyat Malaysia khusunya golongan muda untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka, di samping membantu syarikat-syarikat SME yang menjadi nadi ekonomi negara mendapat tenaga kerja yang sepadan dengan keperluan syarikat.   

Pendaftaran Percuma

Penganjuran Sesi Temuduga Terbesar Dalam Sejarah Negara itu sudah bermula sejak 15 Februari secara percuma dan makluman berkenaan temuduga tersebut pernah diwar-warkan pada 29 Januari lalu menerusi hantaran di Facebook dan sebaran berita di Malaysiakini.

Rafizi mensasarkan ratusan ribu rakyat Malaysia menyertai temuduga terbesar dalam dalam tempoh terdekat bagi memastikan teknologi AI yang digunakan dapat ditambah baik.

Untuk maklumat lanjut, berkenaan temuduga ini boleh didapati di laman adnexio.my dan bahan promosi di media sosial di https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan/

KATA ORANG

KATA ANDA

Kekurangan maklumat berkenaan keperluan pasaran kerja menyebabkan ramai yang gagal temuduga. Adakah anda setuju?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN