Setiap pasangan yang sudah diijab kabul, pasti akan mengadakan kenduri kahwin atau walimatul urus dengan mengundang kaum kerabat, saudara mara, jiran tetangga dan kawan-kawan sama ada secara kecil-kecilan atau secara besar-besaran.

Majlis kenduri kahwin bertujuan untuk mengumumkan pernikahan disamping menzahirkan rasa gembira pasangan serta keluarga kepada orang ramai.

sumber: fuzainy

Sudah pasti sebelum berlangsungnya majlis, pasangan akan membuat persiapan seperti menempah baju pengantin, persiapan pelamin, serta yang paling penting adalah persiapan dalam menyediakan juadah kepada tetamu yang hadir.

Tetapi apabila tiba waktu majlis berlangsung, perkara-perkara yang tidak diingini berlaku akan menjadi igauan ngeri bagi pasangan pengantin serta ahli keluarga.

 

Apa Yang Ditawar Tak Sama Bila Dapat!

Majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi memori terindah telah bertukar menjadi mimpi ngeri apabila sepasang pengantin telah diperdaya oleh pihak katering setelah mereka gagal dalam menyediakan hidangan untuk tetamu dan juga pengantin seperti yang dijanjikan.

Terbaru, kejadian yang menimpa pengantin iaitu Nur Ellina Mohd Rodzai, berusia 25 tahun yang berasa cukup kecewa kerana hampir 1000 orang tetamu hadir termasuk tetamu kenamaan (VVIP) ternanti-nanti hidangan makanan dan minuman biarpun jam telah menunjukkan pukul 1 tengahari.

sumber: sinar

Bukan pihak keluarga hanya menanggung malu terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM8000 daripada jumlah RM9,150 yang patut dibayar.

Mereka telah menempah pelbagai jenis lauk dan semua yang telah dijanjikan itu tidak kelihatan serta lauk untuk hidangan makan beradap juga tidak begitu sempurna.

Lagi mengecewakan apabila kek dua tingkat yang mereka tempah hanya digantikan dengan kek biasa yang boleh didapati di mana-mana kedai kek.

Kejadian ditipu pihak katering dan perancang perkahwinan bukanlah suatu perkara yang baru di Malaysia, malah sudah menjadi satu “sindiket” dalam mengaut keuntungan.

 

Perlu Bijak Dalam Merancang

Persiapan dalam melangsungkan majlis perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah dan memerlukan masa yang cukup untuk memastikan perjalanan majlis tidak terganggu.

Untuk mencari syarikat yang menawarkan perkhidmatan perancangan perkahwinan lagi-lagi untuk katering, perlu membuat perbandingan serta bertanya kepada mereka yang ada pengalaman berurusan dengan pihak katering.

Jika di kampung-kampung, suasana gotong-royong dalam menyediakan juadah serta menghias dewan majlis telah menjadi kebiasaan serta dalam masa sama mengeratkan lagi silaturahim.

Semoga kejadian seperti ini perlu dijadikan iktibar dan berhati-hati dalam membuat perjanjian dengan pihak yang menguruskan majlis perkahwinan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah perlu untuk pihak berkuasa senarai hitamkan syarikat-syarikat menjalankan perkhidmatan dalam persediaan majlis perkahwinan yang dilaporkan mempunyai masalah?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN