Hari ini rakyat dikejutkan dengan berita kenaikan tarif air yang akan dilaksanakan secara berperingkat untuk tahun ini.
Kenaikan ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier Jayakumar berkata, kenaikan tarif sumber asli tersebut perlu dilaksanakan bagi menjaga kepentingan pengguna untuk mendapatkan air berkualiti serta menjamin industri tersebut dari sudut perkhidmatan.
Kenaikan Tidak Bebankan Rakyat
Menurut Xavier Jayakumar lagi, kenaikan ini dikatakan tidak akan membebankan rakyat dan kementerian akan berunding dengan semua kerajaan negeri untuk membincangkan tarif air ini.
Menteri kata tidak membebankan? Kenaikan apa yang tidak membebankan? Setiap barang yang naik, perkhidmatan yang naik sangat membebankan rakyat.
Mana janji kerajaan PH untuk kurangkan beban rakyat? Semakin hari semakin teruk rakyat dibebankan.
Nampaknya tiada beza kerajaan PH dan juga kerajaan BN sebelum ini.
Naik Tarif Air Dorong Banyak Sektor Naikkan Harga Barang Dan Perkhidmatan
Tindakan menaikkan tarif air berkemungkinan akan turut mendorong kepada peningkatan harga barangan, jualan dan perkhidmatan terutama di sektor peruncitan, perhotelan dan perniagaan.
Rata-rata peniaga akan menaikkan harga ini kerana untuk menampung kos mereka akibat kenaikan tarif air ini.
Peniaga mungkin akan dilabel sebagai ‘cekik darah’ gara-gara menjual makanan dan minuman dengan harga tinggi sedangkan mereka tidak tahu kos sebenar yang perlu ditanggung akibat kenaikan tarif tersebut.
Kurangkan Kos Sara Hidup Rakyat Dahulu
Jelas dapat dilihat kehidupan rakyat masih tidak berubah walaupun kerajaan sudah berubah apabila banyak barangan dan perkhidmatan menunjukkan kenaikan.
Alasan yang digunakan peniaga kerana cukai SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan), mereka terpaksa naikkan harga barang dan ia dikenakan juga pada rakyat walaupun kerajaan sudah menyatakan cukai itu untuk satu peringkat sahaja iaitu peringkat pengilangan.
Harga barang pun ada turun dan naik, ia berubah-ubah setiap minggu seperti telur dan lain-lain.
Tahap gaji juga masih rendah walaupun kerajaan sudah tetapkan sebanyak RM1,100 sebulan. Hidup di bandar kosnya adalah amat tinggi. Di luar bandar juga apa kurangnya.
Rakyat minta kerajaan mencari penyelesaian untuk mengurangkan kos hidup rakyat, bukannya mencari jalan memerah duit rakyat.
Ia tidak ubah seperti kerajaan BN sebelum ini juga. Tiada pendekatan yang lebih baik dilakukan untuk rakyat hidup lebih senang.
Kerajaan sepatutnya mengambil kira soal beban kewangan ditanggung rakyat akibat peningkatan kos sara hidup pada masa kini sebelum membuat keputusan untuk menaikkan tarif air.
KATA ORANG
Pelik bin ajaib macam masa yb cakap harga barang tak naik dulu la, sampai skrg kami dok pikiaq lagi ni
— Pali (@Pali973) January 10, 2019
Sampai sekarang masih pelik bin ajaib dengan "Harga barang turun kerana GST".
— the.izz.s (@theizzs) January 10, 2019
Kenaikan yang manageable la bingai.
— France My @$$ (@Icerd2Ratify) January 10, 2019
Kadar harga air di Pulau Pinang dijangka naik 20% hadiah rakyat mengundi mengangkat DAP/PH menang PRU14 har har har
— Ghazali Resab (@ResabGhazali) January 9, 2019