Minggu lepas, pelakon dan model yang dikenali sebagai Ahya Rosli selamat mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya Shahirah di Bukit Kiara Ekuestrian.
Dalam kemeriahan menyambut kedua mempelai dan ahli baru masuk kedalam keluarga, majlis resepsi tersebut mengundang kontroversi apabila majlis makan beradab pengantin diselangi dengan pertunjukkan yang kurang elok menjadi tontonan tetamu-tetamu yang datang.
Seorang lelaki berpewatakan wanita dikatakan memakai pakaian yang seksi dan menjolok mata, menari tarian yang boleh dikatakan tidak wajar diadakan semasa majlis perkahwinan.
Tambahan pula, tema majlis tersebut ialah melayu tradisional, yang pada logik akalnya jauh sekali untuk menjadikan aksi-aksi yang menghairahkan tersebut sebagai tontonan umum.
Netizen turut mengecam tetamu-tetamu yang hadir seolah-olah menikmati persembahan tersebut tanpa menunjukkan sebarang bentuk protes mahupun tidak setuju dengan tindakan pengantin menyelitkan acara-acara begitu didalam majlisnya. Malah ramai yang turut merakam dan tergelak-gelak sambal menonton tarian tersebut.
Â
Majlis Bukan Ditanggung NetizenÂ
Ahya Rosli juga mengatakan beliau berhak melakukan apa sahaja pada majlis persandingannya termasuk mengundang penari seksi seperti klip video yang tular itu.Â
Jelasnya, dia tidak kisah dengan kritikan netizen kerana persembahan itu sekadar hiburan khas untuk tetamu.
Malah tambahnya, beliau yang mengeluarkan belanja untuk majlis perkahwinannya ini, bukan netizen.
Â
Kubur Asing-asing, Dosa Tanggung Sendiri
Sudah menjadi kebiasaan, segelintir masyarakat tidak lut dengan teguran dan ramai yang semakin leka dengan tingkah dan tindak tanduk mereka sehingga ramai yang sanggup mengenepikan agama.
Semangat liberal dalam diri rata-rata masyarakat sekarang sudah berada di titik yang membimbangkan apatah lagi ia membabitkan bukan sahaja nama dan harga diri malah maruah keluarga juga pasti terpalit.
Lihat sahaja gaya hidup sesetengah masyarakat, yang ingin bebas melakukan apa sahaja dan tidak suka jika kehendak dan perlakuan mereka disekat. Jika ditegur, pastinya alasan ‘kubur asing-asing’ diberikan bagi mendiamkan orang yang menegur.
Memang betullah kubur asing-asing tapi setiap dari kita diberikan tanggungjawab untuk saling menegur walaupun hanya dengan hati.
Â
Satu Keluarga Kena Tempias
Mungkin ramai yang tidak tahu, Ahya Rosli merupakan adik kepada Liana Rosli, pengasas produk kesihatan wanita yang sering tular dengan isu strategi pemasarannya yang lucah dan tidak senonoh melalui lama-laman sosial Instagram miliknya.
Walaupun sering menerima kecaman orang ramai, namun Liana Rosli ataupun lebih dikenali sebagai ‘Kak KM’ masih juga terus memuatnaik gambar-gambar dan video kurang eloknya demi mempromosikan produk ‘kekal dara’ syarikatnya itu.
Ekoran dari kontroversi majlis persandingan adiknya yang ‘luar biasa’ dan sangat liberal, ramai netizen mengajak orang ramai untuk memboikot produk keluaran kakaknya itu sebagai tanda protes dan tidak setuju dengan sikap mereka yang sering dilihat mempermainkan agama dan boleh memesongkan akidah seseorang.
Bukan itu sahaja, ibu kepada kedua-dua adik beradik ini iaitu Normah Damanhuri turut dikecam dan dituduh tidak pandai mendidik anak-anak sehingga masing-masing sering berkelakuan di luar kotak.
Namun begitu, pelakon veteran berkenaan tidak mudah melatah apabila diajukan soalan-soalan tentang tindak tanduk anak-anaknya malah sentiasa menyokong apa sahaja usaha yang dilakukan mereka.
Â
Majlis Perkahwinan Majlis Mohon Keberkatan
Majlis resepsi sesebuah perkahwinan diadakan bertujuan untuk memberitahu orang ramai bahawa ahli keluarga makin bertambah dan bagi mengelak sebarang fitnah jika pasangan tersebut dilihat bersama-sama dikemudian hari.
Selain itu, tetamu-tetamu yang datang juga secara tidak langsung dapat mengenali pasangan ahli keluarga mereka yang baru dan saling mendoakan kesejahteraan si mempelai.
Jadi wajarkah sesebuah majlis yang membawa imej penyatuan dua jiwa yang suci diselitkan dengan pertunjukan-pertunjukan yang tidak senonoh dan tidak bermoral?
Tambahan pula, majlis tersebut bukan sahaja dikunjungi oleh orang dewasa malah kanak-kanak yang secara tidak langsung persembahan menjolok mata tersebut telah mencemar pemikiran anak-anak ini dan mampu menjadi pengaruh yang tidak baik untuk mereka.
Â
Â
Â
KATA ORANG
Ahya rosli, such a attention seekers nie
— Queen Of Darkness|| STILL ALIVE (@nad_kwon88) 7 April 2019
"Bukan saya yang panggil mereka supaya tonton video itu, Kalau baik sangat, jangan main Instagram,Twitter & Facebook, lebih baik duduk dirumah dan mengaji"
— sarah (@serrahashim) 8 April 2019
-Ahya Rosli, 2019.
Okay jom mengaji.. pic.twitter.com/00ld4G0MVU
Up to u la, tpi ingat satu perkara la, kau tu Islam.. Semua ni pinjaman je.. https://t.co/QWosVbeu4x
— [email protected] [email protected] ^/^ (@yapCSL) 7 April 2019
Ye betul lah tu.. Adik kepada kak KM, yang kahwin ni nama dia Ahya Rosli ada juga berlakon lah si Ahya ni.. Tapi rasanya bukan full time pelakon.. Asyik kontroversi je mereka ni.. Memang perangai cari perhatian.. Ahya dan kak KM ni..
— It_Is_Siti (@ctfhyerouse) 7 April 2019