Penyanyi Baby Shima atau nama penuhnya Nor Ashima Ramli mendedahkan individu yang  mengeluarkan komen lucah di laman Instagram miliknya.

Sumber: IG Baby Shima

Pendedahan Shima itu dibuat di laman Isntagramnya pada dua hari yang lalu. Penyanyi yang tengah meletup di pasaran Indonesia itu menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mengeluarkan komen-komen yang tidak sepatutnya.

Tindakan individu berkenaan memang salah dan biadap, tidak patut meninggalkan komen yang berbaur lucah sebegitu.

Kerap Terima Komen Lucah

Menurut Shima ini bukan kali pertama dia menerima komen-komen yang jahat. Sebelum ini, dia pernah membuat laporan polis terhadap seorang individu yang menghantar mesej lucah di laman Instagram miliknya.

Sumber: POPBELA.com

Tambah Shima, dia juga pernah menerima foto lucah daripada seorang lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Namun, ketika itu dia hanya mengambil langkah menyekat akaun laman sosial individu dan sesiapa sahaja yang menghantar mesej seperti itu.

Tetapi kini, tidak lagi, Shima dan pihak pengurusannya akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan perbuatan tidak senonoh itu.

Mereka akan dikenakan tindakan dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, menyebar mahupun berkongsi kandungan yang jelik dan lucah di Internet dan Seksyen 211 berkaitan larangan penerbitan kandungan yang menyinggung di Internet.

“Menari Macam Lucah Takpe Pulak”

Bagaimanapun, rata-rata netizen menemplak Shima yang sepatutnya lebih sensitif dengan gaya pemakaian serta jenis tarian yang dipertontonkan kepada masyarakat.

Kalau Shima tersinggung dengan komen-komen lucah sebegitu sewajarnya dia kena peka dan faham kenapa netizen boleh mengeluarkan komen-komen lucah begitu disetiap gambar yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Walaupun dia seorang artis tetapi itu bukan lesen untuk dia beraksi ghairah di khalayak umum. Dia kena fikir Malaysia ini adabnya adalah ketimuran dan penuh tatatertib.

Shima juga perlu menjaga adab dan maruahnya sebagai seorang wanita, kalau tidak boleh dikecam dan tidak mahu menerima komen-komen lucah, jangan menari yang boleh membuatkan orang lain mengeluarkan kata-kata tidak senonoh.

“Tindakan Shima Beri Pengajaran”

Rata-rata pengikut Shima bersetuju dan menyokong tindakan penyanyi kesayangan mereka itu mengambil tindakan undag-undang terhadap sesiapa yang mengeluarkan perkataan berbaur lucah.

Tindakan itu juga dilihat sebagai memberi pengajaran kepada yang lain supaya tidak membuat perkara yang sama. Sewajarnya pihak yang komen perkara bukan-bukan ini perlu fikir Shima sebagai seorang perempuan.

Simpan sedikit rasa hormat dan menyanjung wanita. Kesian Shima dilabelkan sebagai wanita akhir zaman.

Mereka menuntut Shima agar tidak menarik balik tindakan undang-undang sekiranya ada pihak yang tampil mohon maaf.

Kesalahan Dibawah Akta  Komunikasi dan Multimedia 1998

Sebanyak 47 kertas siasatan telah dibuka oleh MCMC antara tahun 2018 hingga Februari tahun ini dengan lima daripadanya telah dijatuhkan hukuman.

Dalam tempoh yang sama, sejumlah 2,358 proses bantuan teknikal dan pengenalpastian maklumat bagi membantu proses siasatan agensi penguatkuasaan telah dilaksanakan oleh SKMM.

Memetik Bernama, sebanyak 3,407 akaun media sosial palsu termasuk disalahgunakan untuk penyebaran mesej bersifat ekstrimis, kebencian dan fitnah serta 1,163 kandungan berunsur sama telah disusuli dengan tindakan pemadaman dengan kerjasama pihak pengendali platform media sosial antarabangsa.

Dalam tempoh yang sama, SKMM turut membantu menguar-uarkan maklumat bagi menangani 979 berita palsu yang tular di media sosial dan internet, melalui inisiatif portal sebenarnya.my yang dikendalikannya.

 

 

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Siapa salah dalam hal ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN