Tardigrades atau dikenali sebagai beruang air (water bear) adalah salah satu makhluk yang paling menarik di bumi dan kini di bulan juga.

sumber: the times of israel

Pada bulan April yang lalu, kapal angkasa Israel, Beresheet telah terhempas disebabkan berlaku kerosakan pada enjin utamanya.

Berdasarkan wired.com, para saintis telah mengangkut tardigrade ke dalam Beresheet bersama-sama dengan sampel DNA manusia dan apabila kapal angkasa tersebut terhempas, beribu-ribu tardigrade yang terhidrasi mungkin berserak di atas permukaan bulan.

 

Kapal Angkasa Israel Terhempas

Sebelum tengah malam pada 11 April, semua yang ada di pusat pengendalian misi Israel Aerospace Industries di Yehud, Israel, menyaksikan pelancaran Beresheet di papan layar. Namun beberapa saat sebelum pendaratan yang dijadualkan, angka-angka yang tertera di skrin terhenti dan pusat kawalan pula terputus hubungan dengan kapal angkasa tersebut seterusnya tidak lama kemudian ia terhempas dipermukaan Bulan.

sumber: forbes

Kapal angkasa ini membawa perpustakaan lunar yang pertama, sebuah arkib berukuran DVD yang mengandungi 30 juta muka surat maklumat, sampel DNA manusia dan ribuan tardigrade mikroskopik yang mampu bertahan dalam semua jenis keadaan sekalipun di angkasa.

sumber: wired.com

Tetapi apabila Israel mengesahkan bahawa kapal Beresheet telah terhempas, persoalan yang timbul ialah adakah tardigrade yang di bawa bersama di dalam misi tersebut mampu bertahan di ruang angakasa?

 

Mengapa Tardigrade Mampu Hidup Di Ruang Angkasa?

Tardigrade merupakan haiwan mikroskopik yang mampu bertahan dan hidup selama bertahun-tahun tanpa makanan atau air. Terdapat kira-kira 1,000 spesis Tardigrade di dalam dunia dan mempunyai saiz sebesar sebutir pasir.

 

 

Hidupan unik ini mampu bertahan dalam apa jua keadaan ekstrem sekalipun dan saiznya yang kecil menjadikannya sukar untuk dibunuh. Tardigrade juga mampu hidup lebih lama adalah disebabkan Cryptobiosis yang bermaksud ‘hidup tersembunyi’ dan berhibernasi dalam bentuk yang sangat melampau. Hidupan ini juga mampu menurunkan metabolisma badan sehingga 0.01% untuk terus kekal hidup.

Bukan itu sahaja, tardigrade ini juga mampu bertahan dalam suhu yang membeku atau membakar manusia dengan mudah. Walaupun tanpa sut angkasa, hidupan ini mampu bertahan sehingga 10 hari lamanya disebabkan mempunyai ketahanan terhadap tekanan udara di angkasa lepas dan radiasi cahaya UV adalah 100 kali ganda lebih daripada manusia.

sumber: ESA

Hal ini dibuktikan pada tahun 2007, sekumpulan pasukan penyelidik Eropah telah menghantar sekumpulan tardigrade hidup untuk mengorbit bumi di luar roket FOTON-M3 selama 10 hari. Apabila tardigrade ini pulang ke bumi, mereka mendapati 68 peratus daripadanya masih hidup.

 

Tiada Misi Menyelamat

Menurut thenews.com, ahli astrobiologi NASA, Cassie Conley menyatakan bahawa masa kelangsungan hidup tardigrade ini bergantung kepada keadaan tapak impak dan suhu yang terdedah kepada mereka. Tardigrade ini juga mampu bertahan dalam suhu setinggi 150 darjah Celcius dan serendah -272 darjah Celcius walaupun dalam beberapa minit.

Sekiranya tardigrade ini tidak terbakar dalam letupan tersebut, hidupan ini mungkin dapat bertahan dalam tekanan kecil pada permukaan Bulan dan suhu yang melampau. Tetapi untuk menjadikannya terus aktif, membesar dan membiak, tardigrade ini sememangnya memerlukan air, udara dan juga makanan.

sumber: nasa

Walaupun hidupan ini mampu hidup selama beberapa tahun lamanya, tiada misi untuk ke bulan yang dirancang sehingga program Artemis NASA pada tahun 2024 di kutub selatan. Misi untuk membawa balik tradigrade juga agak mustahil kerana misi ini agak jauh dari tapak kemalangan Beresheet.

 

Tardigrade Dalam Siri TV Star Trek

Bagi mereka yang mengikuti dan peminat bagi siri televsyen Star Trek, pasti menyedari kehadiran tardigrade di dalam siri Star Trek: Discovery yang ditayangkan di siaran televisyen CBS dan juga Netflix.

sumber: the incomparable

Namun disebalik siri televisyen tersebut, CBS dan juga Netflix telah disaman oleh pemaju permainan video Mesir, Anas Abdin kerana mendakwa mereka telah mencuri ideanya untuk menghasilkan siri televisyen Star Trek: Discovery itu.

 

 

Di dalam hantaran di blognya pada 18 Oktober 2017, dia telah menuduh CBS dan mana-mana yang terlibat dengan pembikinan Star Trek: Discovery kerana telah mengambil idea dan juga watak-watak dari permainan videonya yang belum dikeluarkan iaitu Tardigrades dan menggunakan dalam siri tersebut.

sumber: metro.co.uk

Permainan video Tardigrades ialah permainan yang berkisahkan tentang tamadun yang wujud pada 20,000 tahun yang lalu dan mendapati bahawa dengan melalui penggunaan tardigrade gergasi, mereka mampu melakukan perjalanan ke mana-mana sahaja di alam semesta.

 

 

Jika peminat Star Trek meneliti dengan secara terperinci, jalan cerita siri tersebut seakan sama seperti yang didakwa oleh Abdin. Siri tersebut merupakan kisah kapal yang bernama Discovery yang melakukan penerokaan ke mana sahaja di alam semesta dengan menggunakan alat yang dikenali sebagai ‘Spore Drive’ dengan bantuan tardigarde biru gergasi yang bernama ‘Ripper’.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda pernah melihat atau mengetahui tentang tardigrade sebelum ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN