Dengar sahaja kubur, pasti akan digeruni ramai yang mana ia menempatkan individu yang sudah meninggal dunia malah kawasan tersebut juga dikatakan mempunyai banyak makhluk halus serta mistik.

Namun, lain pula bagi sekumpulan sukarelawan yang menggelarkan diri mereka ‘Skuad Badar’ terkenal dengan menjadikan kawasan tanah kubur sebagai kawasan untuk mentarbiyah pasangan yang ditangkap berkhalwat ke sana.

Sumber: The Malaysian Insight

Tindakan unik yang dilakukan Skuad Badar yang membawa pasangan ditangkap khalwat ke kawasan tanah perkuburan itu dikatakan dapat membantu mengurangkan aktiviti tidak bermoral masyarakat Islam di sekitar Sungai Petani, Kedah.

Namun, sehingga ke hari ini, tindakan yang dilakukan mereka selepas hampir dua tahun diasaskan itu mengundang kritikan pelbagai pihak yang mempersoalkan kaedah tarbiyah mereka termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Anggota Parlimen Sungai Petani Johari Abdul yang mengatakan tindakan tersebut sebagai keterlaluan.

 

Motif Sebenar Skuad Badar?

Sumber: The Malaysian Insight

Sebelum ini, kita mungkin hanya mendengar atau melihat tindakan sebegini hanya dilakukan di dalam drama Melayu atau paling tidak pun dalam drama komedi.

Namun, tindakan tersebut benar-benar berlaku di Malaysia walaupun ia dianggap sedikit aneh dan menghiburkan.

Mana tidaknya, mana-mana pasangan yang dicekup melakukan maksiat di rumah tumpangan, taman awam, hotel murah selepas didapati tidak mempunyai hubungan suami isteri yang sah akan dibawa terus ke tanah perkuburan untuk diberikan sesi kaunseling.

Walaupun kedengaran aneh dan menyeramkan, usaha yang dilakukan mereka itu dilihat mampu membanteras kegiatan maksiat sekaligus menyelamatkan kewujudan anak luar nikah hasil daripada aktiviti yang tidak bermoral.

Bagi penduduk yang menetap di Sungai Petani, ada diantara mereka yang rata-ratanya memberikan sokongan terhadap kumpulan sukarelawan itu dalam usaha mahu mengurangkan maksiat.

Tetapi, apa yang menjadi kesalahan di sini, aktiviti sukarela yang dilakukan kumpulan tersebut sebenarnya salah di sisi undang-undang kerana mereka tidak mendapat persetujuan serta keizinan daripada pihak berkuasa agama atau penguatkuasa persekutuan malah tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

 

Tindakan Tersebut Dikecam Pelbagai Pihak

Sumber: mStar

Bukan sahaja Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Anggota Parlimen Sungai Petani Johari Abdul sahaja yang mengecam tindakan mereka malah Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Koya turut sama mengecam tindakan tersebut.

Latheefa mendakwa, ahli skuad tersebut dilihat menyamar menjadi pihak berkuasa ketika melakukan pemeriksaan di hotel selain mendakwa mendapat keizinan pihak pengurusan masjid bagi mengganggu kehidupan peribadi individu.

Katanya lagi, beliau terkilan dan kesal dengan tindakan tersebut yang dilihat mempertikaikan kegiatan mencegah kemungkaran itu.

 

Mencegah Maksiat Adalah Tugas Kerajaan

Usaha murni yang dilakukan kumpulan Skuad Badar yang terdiri dari anak muda pelbagai latar belakang dan usia itu tidak salah kerana mereka secara sukarela mahu berganding bahu mencegah maksiat sepertimana yang dilakukan Pejabat Agama Islam Daerah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Namun di sini, adalah lebih baik sekiranya tugas tersebut diberi kepada penguatkuasa agama di mana Pegawai Penguatkuasa Agama mempunyai kuasa membuat tangkapan kes khalwat kerana mereka telah diberi kuasa oleh Pejabat Agama Islam Selangor Daerah masing-masing.

Di dalam undang-undang sedia ada juga sudah dimaklumkan bahawa orang awam tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan mana-mana tangkapan terhadap pasangan berkhalwat.

Sumber: weehingthong.org

Bagaimanapun, orang awam masih boleh membantu penguatkuasa agama dengan menyalurkan maklumat lengkap kepada mereka dalam usaha menjalankan tangkapan tersebut.

Dalam kes ini, Pegawai Penguatkuasa Agama, Pegawai Polis, Pegawai Masjid termasuk Imam Tua, Imam Muda dan Bilal, Penggawa, Penghulu, dan Guru Agama Bertauliah boleh tanpa perintah daripada Hakim dan tanpa waran menangkap mana-mana individu selepas dipercayai mempunyai kesalahan atau satu aduan yang munasabah hasil maklumat dari orang awam.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajar atau tidak penangkapan khalwat dilakukan oleh sukarelawan tanpa mendapat keizinan daripada pihak penguatkuasa agama walaupun mereka mempunyai niat baik untuk mencegah gejala maksiat?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN