Di tengah kehangatan isu anti-vaksin negara, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik tidak berhasrat mewajibkan suntikan vaksin sebagai syarat masuk kepada murid untuk bersekolah. Beliau berkata, pihak kementerian mengutamakan pendidikan kepada semua kanak-kanak tanpa berkecuali bagi mendapat akses pendidikan yang sewajarnya.
Isu anti-vaksin tular apabila berita mengenai seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun disahkan meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria di Johor Bahru, Johor. Kanak-kanak tersebut tidak menerima sebarang imunisasi difteria sejak dilahirkan.
Hanya Menerima Vaksin Dibenar Bersekolah-TPM
Rentetan daripada peristiwa itu, pada Jumaat lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan akan mengkaji kemungkinan mewajibkan hanya kanak-kanak yang sudah menerima suntikan vaksin imunisasi dibenarkan memasuki sekolah kerajaan bagi mengatasi masalah-masalah kesihatan yang bakal berlaku. Perkara tersebut turut akan diperincikan lebih lanjut.
Pendidikan Hak KPM-Maszlee
Namun, pandangan berbeza dinyatakan oleh Dr Maszlee. Dalam paparan Facebooknya, beliau berpandangan, isu vaksin dan hak pendidikan merupakan dua isu yang berbeza.
Beliau turut menegaskan bahawa vaksin adalah penting untuk semua anak-anak. Tetapi dalam hal pendidikan adalah menjadi hak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memberikan akses pendidikan tanpa diskriminasi kepada semua pihak.
Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan kenyataan Dr. Maszlee yang seolah-olah memberi kelonggaran kepada golongan anti-vaksin untuk terus mendapat kemudahan kerajaan. Namun, nilai kemanusiaan perlu dipandang tinggi.
Netizen Tidak Bersetuju
Di laman sosial, pelbagai pendapat dinayatakan netizen. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Tetapi kebanyakannya menyatakan tidak bersetuju. Ada yang berpendapat bahawa ibu bapa mereka telah membuat pilihan berkecuali untuk anak mereka maka sebagai rakyat Malaysia wajar hormati pendirian tersebut dan mereka juga wajar menghormati pilihan orang lain untuk tidak membenarkan anak mereka bercampur di sekolah kerajaan.
Kenapa Perlu Menghukum Kanak-Kanak?
Secara peribadi, sekiranya menghukum kanak-kanak yang tidak menerima vaksin, itu merupakan satu kesalahan dan mereka menjadi mangsa penganiayaan.
Tidak wajar menghukum mereka kerana kesilapan sebenar dilakukan oleh ibu bapa mereka. Sebagai langkah yang wajar, ibu bapa tersebutlah yang sewajarnya dihukum bagi memastikan golongan anti-vaksin tidak terus berkembang.
Adalah malang sekiranya kanak-kanak yang berpotensi besar dalam pembelajaran dihalang bagi mendapatkan pendidikan hanya kerana tidak menerima vaksin dari kecil. Sekiranya tidak, mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran dan memalapkan masa depan generasi akan datang.
Kewujudan pelbagai sekolah alternatif merupakan antara satu sebab mengapa golongan terpinggir wajar menerima pendidikan. Peningkatan kadar jenayah dan gejala sosial setempat di Sabah merupakan akibat daripada keciciran mereka dalam mendapatkan pendidikan di peringkat awal.
Sekolah ini diwujudkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan merupakan inisiatif kemanusiaan dalam memberi perkhidmatan pendidikan kepada golongan terpinggir ekoran ketiadaan data peribadi.
Khususnya anak-anak tanpa warganegara yang ibu bapanya datang ke Malaysia dari Indonesia dan Filipina. Janganlah kita meminggirkan lagi golongan tertentu khususnya anak-anak yang tidak berdosa (tidak menerima vaksin) atas kesilapan ibu bapa mereka.
KATA ORANG
This is funny... KKM menegaskan kepentingan dan keperluan vaksin tapi yg ni plak kata tiada cadangan wajib. Korang ni pening ke hangover excited tak habis lagi? https://t.co/5j0qTgEj8D
— cнεтσɱ (@zt000tz) March 5, 2019
Perihal sekolah bukan bawah tanggungjawab KKM.. lgpun melanggar hak asasi kanak2 yg perlu mendptkan pelajaran...
— Jebat_77 (@j3bat05) March 6, 2019
Yup.. Selagi takde akta yg mewajibkan.. KPM tak bleh wat apa2
— BatmanMY (@KelawarMY) March 6, 2019
Bagi ambe, vaksinisasi perlu diwajibkan jika ianya boleh mendedahkan anak2 kepada penyakit berjangkit. Cuma vaksin tersebut perlu dipastikan kandungan agar halal bagi penggunaan umat ISLAM khususnya. "Mencegah lebih baik dari merawat". Wallahua'lam.™
— Abu Fateh™✨ (@AbuFateh2u) March 5, 2019