Kini semakin ramai pihak berusaha menonjolkan semula pemakaian tanjak dalam masyarakat kita hari ini.

Sumber: FB Tanah Melayu

Trend pemakaian tanjak dalam kalangan anak muda sekarang juga dilihat satu perkembangan positif dan mengembalikan semula martabat Melayu.

Sumber: FB Tanah Melayu

Tetapi, adakah yang memakai tanjak ini benar-benar memahami apa maksud sebenar disebalik pemakaian tanjak ini atau mereka sekadar berfesyen mengikut musim semata-mata?

“Tanjak Bukan Fesyen Suka-Suka Nak Pakai”

Tetapi lain pula pendapat Sasterawan Negara Ke-14, Prof Dr Siti Zainon Ismail. Beliau menjelaskan pemakaian tanjak atau turut dikenali dengan nama lain seperti destar bukan fesyen dipakai untuk suka-suka.

Sumber: BebasNews

Memetik Malaysiakini, pemakaian tanjak perlu dijaga mengikut adab dan adat tertentu kerana keistimewaan tanjak terletak pada perlambangan dibawa, iaitu penganugerahan kepada si pemakai.

Ulas Zainon, untuk membudayakan kembali tradisi pemakaian orang Melayu itu, wajarlah ia digayakan serba lengkap dengan sepersalinan.

Sumber: Berita Harian

Ada betulnya juga apa yang diperkatakan oleh Sasterawan Negara Kita itu, mungkin ia nampak tidak sesuai jika tanjak dipakai dengan pakaian harian.

Sewajarnya pihak yang hendak pakai tanjak itu tahu maksud tanjak dan kenapa ia dicipta.

 

“Tak Guna Pakai Tanjak Kalau Gagal Galakkan Persaudaraan”

Boleh dikatakan sebilangan besar anak muda Melayu memakai tanjak tidak kira dimana sahaja mereka berada. Dan ia dilihat terletak molek sahaja di kepala masing-masing.

Seseorang itu  tidak boleh menganggap tanjak hanya sekadar perhiasan atau fesyen semata-mata terutama di zaman moden ini.

Sumber: Pinterest

Menurut Zainon, seseorang yang bertanjak  atau bertengkolok  tidak akan membawa apa-apa makna sebenar jika mereka gagal menggalakkan persaudaraan yang memang penting.

Sumber: FB Tanah Melayu

Katanya, pada masa sama pemakai tanjak juga perlu memahami bahawa apa yang dikenakan di kepala masing-masing bukan ‘alat’ untuk menyerlahkan apa yang terkandung dalam hati.

Kalau pakai semata-mata untuik menjatuhkan bangsa lain, tidak ada guna pakai tanjak ia boleh mencemarkan martabat orang Melayu.

Kembalikan Rasa Cinta Terhadap Pakaian Tradisional

Penggerak ‘Hari Tanah Melayu Kembali Bertanjak’, Nur Ahmad Faiz Mohd Adni berkata, kempen memakai tanjak pada hari Malaysia bertujuan mengembalikan rasa cinta orang ramai terhadap pakaian tradisional Melayu.

Sumber: FB Tanah Melayu

Menurut kenyataan di laman sesawang dikenali sebagai Tanah Melayu, antara lain kempen tersebut ialah untuk mencetuskan semula jati diri Melayu yang berakhlak tinggi, mengenal diri, berfikiran halus dan berjiwa pemimpin.

Bagaimanapun, ada pihak yang menyatakan kempen tersebut berunsur politik terhadap beberapa pemimpin politik tertentu.

 

“Ada Inisiatif Martabatkan Melayu”

Rata-rata netizen menemplak kenyataan Zainon yang dilihat sangat tidak menyokong apa yang dilakukan masyarakat tentang pemakaian tanjak kebelakangan ini.

Sumber: FB Malaysiakini

Netizen menyifatkan Zainon cuba membantutkan usaha yang dilakukan rakyat terutama anak-anak muda dalam mengembalikan semula semangat Melayu. Mungkin mereka tidak memakai sepersalinan mengikut adab.

Namun, pemakaian tanjak ini antara salah satu inisiatif untuk mengenali  identiti asal mereka.

 

“Fesyen Bermusim”

Namun, ada juga dalam kalangan netizen yang melihat pemakaian tanjak pada hari ini adalah sebagai fesyen semata-mata.

Apabila ada orang menggerakkan budaya pemakaian tanjak ini mestilah ramai yang akan ikut dan lama kelamaan ia akan hilang begitu sahaja.

Sumber: FB Malaysiakini

Ramai anak muda memakai tanjak untuk dijadikan sebagai perhiasan di kepala. Mereka tidak tahu pun apa maksud atau keperluan sebenar memakai tanjak.

Mungkin penggerak pemakaian tanjak ini perlu menjelaskan maksud sebenar pemakaian tanjak. Ekoran dari kempen pemakaian tanjak ini, ramai pula yang mengambil kesempatan menjual tanjak yang siap pakai pula.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda rasa Tanjak ini fesyen atau martabatkan Melayu?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN