Semua individu dilahirkan ke dunia dengan keunikan yang tersendiri. Tanda lahir merupakan salah satu keunikan tersebut.

Sumber:Halodoc

Menurut sumber, kira-kira 80% daripada bayi yang lahir mempunyai tanda lahir.

Tanda lahir pada bayi boleh kelihatan seawal kelahiran bayi atau setelah beberapa bulan.

Dan yang paling uniknya, tanda lahir ini boleh datang dalam pelbagai bentuk, warna dan rupa.

Tanda Lahir Topeng Batman

Seorang bayi yang berasal dari Brazil, Luna Tavares Fenner mempunyai tanda lahir yang unik dibahagian mukanya.

Sumber: IG luna.love.hope

Tanda lahir tersebut memiliki bentuk dan corak seperti rama-rama ataupun topeng Batman.

Menurut ibu bapa bayi tersebut, Carol Fenner dan suaminya, Thiago Tavares, tanda lahir yang hampir penuh di seluruh muka bayi perempuannya itu disebabkan oleh perubahan genetik ketika berada di dalam rahim ibunya.

Berbulu Dan Perlu Dicukur Setiap Minggu

Menurut ibu bapa bayi berkenaan, tanda lahir berkenaan turut mempunyai bulu dan perlu dicukur seminggu sekali dan akan terus tumbuh sehingga anaknya membesar.

Sumber: IG luna.love.hope

Walaupun tidak menyakitkan, namun kadang kala ia menjadi gatal dan secara tidak langsung menganggu penglihatan anaknya itu.

Pasangan itu bersyukur mempunyai bayi perempuan yang sangat comel dan sempena mencecah usia empat bulan, ibu bapa tersebut mengadakan majlis istimewa untuk anaknya.

Mereka turut mengenakan topeng batman bersama ahli keluarga yang lain dalam satu majlis yang diadakan dan ia dikongsi di Instagram anaknya itu.

Tanda Lahir Berbahaya Atau Tidak?

Rata-rata masyarakat kita mempersoalkan tentang tanda lahir yang unik ini. Adakah ia tidak berbahaya kepada bayi yang mempunyai tanda lahir sebegitu?

Umumnya tanda lahir tidaklah berbahaya, tapi terdapat beberapa jenis tanda lahir yang perlu diambil berat kerana mungkin boleh membawa mudarat atau petanda kepada penyakit.

Sumber:SirapLimau

Melainkan tanda lahir jenis’port wine stains’ yang sering dikaitkan dengan penyakit glaucoma lebih-lebih lagi yang berada di pipi dan mata.

Tanda lahir timbul yang terluka dan kelihatan melarat kerana tidak berhenti berdarah, kegatalan atau menyebabkan jangkitan perlulah dirujuk segera kepada doktor.

Tanda lahir juga digalakkan untuk dibuang sekiranya mengganggu penglihatan, pernafasan, pendengaran atau kesukaran untuk makan.

Sumber:Hanako Babyshop

Tanda lahir yang biasa seperti tahi lalat dan tompokan coklat gelap terhasil kerana perkembangan sel pigmen yang tidak sekata sahaja.

Ada juga pakar perubatan yang berpendapat bahawa protein plasenta yang terhasil menjadi punca penghasilan tanda lahir pada kulit bayi.

Cetus Kurang Keyakinan Diri

Namun, ada yang berpendapat sekiranya tanda lahir agak ketara, memang menjadi kebiasaan orang sekeliling untuk memandang atau bertanya tentangnya.

Sumber: IG luna.love.hope

Rasanya ibu bapa perlu memainkan peranan untuk menanam keyakinan pada anak bahawa mereka dilahirkan dengan keadaan yang istimewa daripada orang lain.

Ia adalah tanda keunikan dan keistimewaan seseorang. Jangan sesekali menyisihkan diri hanya kerana rupanya yang sedikit berbeza daripada orang lain.

Apa yang merisaukan, bagaimana jika mereka membesar dengan tanda lahir yang ketara seperti dibahagian muka? Apa perasaan mereka nanti? Jika perlu dibuang untuk keyakinan diri, ibu bapa perlu lakukan pada peringkat awal lagi.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda rasa tanda lahir unik ini normal atau tidak untuk bayi?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN