Jika disebut mengenai Felda ramai yang akan terbayang suasana kampung tersusun yang lengkap dengan segala prasarana. Keadaan rumah yang besar, mewah tidak menggambarkan seperti persekitaran perumahan-perumahan kampung lain pada masa kini.

Rumah-rumah di Felda boleh dikatakan telah berubah 360 darjah berbanding mula-mula dibuka dahulu. Ini kerana sangat sukar untuk mencari rumah asal peneroka Felda yang berlantaikan kayu dan berdindingkan papan. Malah di beberapa kawasan Felda telah didirikan kawasan penempatan tersusun untuk generasi kedua mereka.

Sumber: DJ Love History

Legasi Idea Tun Abdul Razak

Mungkin ramai yang sudah mengetahui idea penubuhan Felda dan tanah rancangan Felda telah diusahakan oleh Bekas Perdana Menteri Kedua, Allayarham Tun Abdul Razak. Langkah ini dilakukan berikutan ekonomi negara pada ketika itu masih dalam keadaan lemah selepas beberapa tahun merdeka.

Dalam masa yang sama, segala hasil komoditi negara seperti getah dan minyak sawit masih dimonopoli oleh syarikat-syarikat milik British seperti Guthrie. Justeru, memandangkan kawasan pedalaman Semenanjung berhutan dan tidak diteroka, Tun Abdul Razak telah mencadangkan pembukaan kawasan-kawasan baru untuk pertanian komoditi secara besar-besaran.

Sumber: Sebenarnya.my

Komoditi Getah Dan Kelapa Sawit

Pada peringkat awal, Felda memberi fokus kepada komoditi getah sebagai industri utama sebelum bertukar kepada komoditi kelapa sawit pada eran 1960-an. Difahamkan tanah rancangan Felda pertama telah dibuka pada tahun 1958, di Lembah Bilut, Bentong.

Mereka yang menjadi peserta felda terdiri daripada golongan miskin yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, tidak berharta dan bertanah. Mereka inilah yang menjalankan segala jenis pekerjaan di peringkat awal pembukaan tanah felda bermula daripada menebas hutan, menanam dan menorah.

Dalam masa yang sama, negara masih berada dalam keadaan berjaga-jaga ekoran ancaman serangan komunis yang masih berterusan di dalam hutan. Dengan senario politik ke arah kekirian, sesuatu perkara perlu direncanakan.

Menyedari hal ini, Tun Razak telah membuka tanah rancangan Felda Sungai Koyan dengan menempatkan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai penghuni felda. Pada mulanya, ramai yang menganggap pembukaan tanah rancangan berkenaan adalah semata-mata untuk menghargai jasa pahlawan negara.

Sumber: Malaysiakini

Rahsia Di Sebalik Sungai Koyan

Namun begitu cerita di sebalik pembukaan kawasan tersebut adalah bertujuan untuk menjadikan kawasan Sungai Koyan sebagai wilayah penampan komunis. Ia berikutan Sungai Koyan merupakan laluan emasĀ  yang strategik kerana menjadi laluan penghubung ke Cameron Hinghlands, Perak dan Kelantan. Perletakan bekas tentera telah menjadikan kawasan tersebut seolah-olah seperti kem mini tentera.

Hutan di banjaran negeri Pahang bukanlah suatu yang asing bagi komunis. Kebanyakan mereka pada waktu itu memulakan gerakan-gerakan bersenjata di sekitar Temerloh sebelum beransur-ansur mengundur ke bahagian utara tanah air. Dikatakan juga terdapat gua tertentu di kawasan Pahang yang dinamakan sebagai gua Shamsiah Fakeh yang menjadi kawasan perlindungan komunis.

Sumber: Utusan

Hutan Ditebang Komunis Berundur

Dengan wujudnya wilayah penampan di Sungai Koyan, hutan-hutan di kawasan sekitar ditebang menyebabkan pihak komunis kehilangan kawasan strategi dan kawasan belindung, seterusnya berundur ke utara tanah air sehingga ke sempadan Malaysia-Thailand.

Berdasarkan laporan Utusan Malaysia, seramai 278 veteran angkatan tentera telah ditempatkan sebagai peserta Felda. Ia disahkan oleh Pengerusi Tetap Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) cawangan Felda Sungai Koyan, Ismail Ali. Menurutnya penduduk asal Felda Sungai Koyan terdiri daripada veteran tentera dari seluruh negara termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, ini merupakan strategi serampang dua mata yang digunakan oleh Tun Abdul Razak. Selain memastikan komoditi getah dan minyak sawit negara terus berkembang, beliau melemahkan gerakan-gerakan komunis yang masih berada di dalam hutan dengan pembukaan tanah rancangan Felda dengan menempatkan veteran-veteran tentera.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda pernah mengetahui tentang kisah ini?
7 votes · 7 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN