Zaman dahulu, sebelum kita melalui perubahan mendadak dari aspek pembangunan bandar negara kita kaya dengan kawasan hutan yang belum diterokai dan terbiar.

Dan peluang ini diambil oleh datuk dan nenek kita untuk meneroka tanah terbiar tersebut dan menjadikan ia tapak pertanian dan perladangan yang seterusnya menjadi sumber pendapatan untuk mereka menyara keluarga.

Ada juga tanah-tanah yang terletak di lereng-lereng bukit yang dilengkapi dengan sumber sungai dijadikan tempat-tempat komersial seperti pusat peranginan dan pelancongan bagi orang luar.

Namun yang menjadi persoalan, adakah peneroka-peneroka ini mendapat kebenaran untuk mengusahakan tanah tersebut?

Mahupun membina rumah untuk didiami mereka dan ahli keluarga yang lain?

Atau adakah apa-apa bentuk pembayaran yang telah dibuat sebagai pajakan mahupun cagaran bagi menggunakan dan mengusahakan tanah tersebut?

Mengapa sekarang semakin banyak isu rampasan tanah yang dilakukan pihak kerajaan? Sehinggakan adakalanya ‘tuan tanah’ seperti dipaksa untuk keluar dari tanah berkenaan tanpa sebab yang jelas dan munasabah.

Seperti yang berlaku baru-baru ini di Paya Jaras Sungai Buloh, tular video tentang seorang lelaki yang dikatakan tidak memberi keizinan kepada pihak berkuasa untuk meroboh rumah yang dibina oleh ayahnya.

Malah si bapa yang juga didakwa merupakan pemilik geran sah tanah tersebut dan mereka tidak sewajarnya diperlakukan sedemikian.

 

Sudah Lama Di Beri Notis, Pampasan Juga Diberikan

Mengikut penjelasan yang dibuat ADUN Paya Jaras, Y.B Tuan Mohd Kamaruddin bin Othman notis keluar sudah diberi lama namun ramai yang tidak mengendahkan peringatan tersebut.

Tujuan utama untuk mengosongkan kawasan tersebut adalah untuk memberi laluan kepada pembinaan projek tebatan banjir ekoran dari masalah kawasan tersebut yang sering dilanda banjir yang teruk.

Selain dari itu, terdapat ramai penduduk warga asing yang telah membina rumah disitu secara haram tanpa apa-apa kelulusan dari pihak kerajaan.

Malah sebelum ini sudah banyak kali rumah gantian ditawarkan kepada penduduk yang terlibat namun tidak diendahkan kerana rata-rata menganggap tanah tersebut adalah hak hakiki mereka.

 

Terpaksa Berkhemah Kerana Tiada Tempat Untuk Dituju

Perobohan beberapa buah rumah yang telah dilakukan pada Rabu lepas mengundang kritikan orang ramai terutamanya penduduk yang terjejas kerana mereka dibiarkan terkontang kanting tanpa tempat berlindung.

Memang benar pampasan rumah akan diberi, namun rumah yang dijanjikan belum siap dan isu ini dibiarkan tergantung tanpa sebarang penjelasan dari ADUN yang berkenaan. Jadi sementara menunggu dimana penduduk-penduduk yang dihalau keluar hendak menginap.

Gambar Hiasan

Malah ada warga emas yang mendakwa terpaksa tinggal di dalam khemah kerana tidak ada tempat yang boleh dituju.

Isu ini turut mencalar imej kerajaan baru kerana dikatakan langsung tidak mampu bertoleransi dan berunding demi kepentingan semua.

Tapi bukankah pengosongan kawasan berkenaan telah dibuat lama dahulu? Dan benarkah arahan perobohan tersebut datang dari arahan kerajaan yang baru?

 

Pastikan Ada Hitam Putih Sebelum Tuntut Hak

Jika ahli keluarga anda merupakan salah seorang peneroka yang mengusahakan tanah kerajaan, pastikan mereka memohon geran untuk mendapat hak milik tanah tersebut secara sah dan bertulis.

Walaupun prosesnya agak rumit dan mungkin akan memakan masa yang lama, namun banyak kebaikan yang boleh dimanfaatkan di kemudian hari.

Tidaklah anda akan dihalau dari tanah yang diusahakan atas peluh dan keringat sendiri.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN