Tahukah anda, setiap wanita mempunyai otot lantai pelvis yang berfungsi bukan hanya untuk perihal seksual malah ia memainkan peranan penting semasa hamil dan melahirkan.

Malah ia merupakan otot yang membantu mengawal pundi kencing, melalui kebolehan menahan air kencing juga seseorang wanita itu boleh tahu tahap kekuatan otot pelvis mereka samada berada di tahap yang normal mahupun lemah.

Bagi wanita yang sudah berkahwin lebih-lebih yang pernah melahirkan anak, pernahkah anda dengar mahupun mengalami sendiri masalah otot pelvis yang makin lemah dan tidak kuat seperti dulu?

Tidak dinafikan dua proses semulajadi ini iaitu kehamilan dan kelahiran adalah penyumbang utama kepada masalah otot pelvis menjadi lemah.

Dan ianya boleh diketahui dengan mudah apabila si wanita mudah terkencing ketika bersin, ketawa mahupun melompat.

Dan yang paling tidak diingini apabila si suami sudah mula merungut tentang kekuatan kemutan si isteri ketika sedang melakukan hubungan seksual.

Tapi jangan risau, otot pelvis boleh diperbaiki dengan meningkatkan kekuatannya melalui senaman khas seperti senaman kegel.

Dan salah satu alat yang dikatakan berkesan malah sudah digunakan sejak ribuan tahun dahulu ialah Yoni Eggs yang dikatakan dapat membantu menyelesaikan masalah ini.

 

Apa Itu Yoni Eggs?

Yoni berasal dari bahasa sanskrit yang bermaksud ‘sacred womb’, dan Yoni Eggs merupakan ciptaan dari keluarga DiRaja China yang menggunakan telur yang diukir daripada batu jed untuk meningkatkan tenaga seksual wanita diraja, membangkitkan keghairahan dan mengekalkan kesihatan yang luar biasa walaupun usia semakin meningkat.

Alat tersebut akan dimasukkan ke dalam vagina wanita dan dibiarkan sepanjang hari sama ada waktu siang mahupun malam.

Bagi mengelak batu tersebut daripada keluar secara spontan, si pemakai perlu menggunakan otot pelvis mereka untuk ‘memegang’ batu jed tersebut daripada terjatuh.

Dan secara tidak langsung, dari situlah kekuatan otot pelvis dilatih.

Selain itu, ‘Yoni Eggs’ dikatakan mampu mempengaruhi transformasi rohani dan setiap kristal yang digunakan mempunyai sifat unik yang boleh membawa pengaruh dan perubahan positif kepada badan si pengguna dalam pelbagai cara berbeza.

 

Petua Masyarakat Melayu Tradisional

Bagi wanita-wanita yang pernah melalui masalah rahim ‘longgar’ pasti faham betapa tertekannya dalam memikirkan cara untuk memperbaiki aset bernilai tersebut.

Siapa yang tidak tertekan bila Encik Suami sudah mula menegur tentang mahkota mereka itu bukan?

Dan ramai juga yang mendakwa kononnya sikap berpantang yang sambil lewa selepas melahirkan anak adalah punca aset tersebut menjadi longgar dan kurang cengkaman.

Betul atau tidak, terpulang kepada setiap individu untuk menerima dan menilai.

Namun yang pastinya, selain ‘Yoni Eggs’ masyarakat Melayu juga mempunyai pelbagai rahsia inisiatif tradisional yang boleh digunakan dalam mengekalkan kesihatan badan dan menjaga rahim wanita agar kekal sihat dan memuaskan untuk para suami.

  1. Sirih

Sirih merupakan agen antiseptik yang mampu membunuh bakteria jahat dan membantu wanita yang mempunyai masalah keputihan dan faraj berbau. Sama ada anda pilih untuk minum mahupun merendam faraj anda dengan air rebusan sirih. Malah ada yang mendakwa ia mampu membantu untuk mengetatkan faraj mereka dan meningkatkan keghairahan seksual suami dan isteri.

 

  1. Jamu Kunyit

Selain mampu menyelesaikan masalah keputihan, jamu kunyit dikatakan mampu membuat si pengguna kekal awet muda malah turut membantu membuang lebihan angin di dalam badan.

 

  1. Manjakani

Kandungan Tannin yang tinggi dalam manjakani akan menyebabkan tisu otot faraj wanita mengecut sekaligus memberi kesan kelak apabila berlakunya hubungan seksual suami dan isteri. Malah manjakani juga mampu mengelak faraj wanita daripada terkena jangkitan bakteria yang kronik.

Jadi, cara mana yang anda pilih untuk menambat hati Encik suami tercinta?

KATA ORANG

KATA ANDA

Mahukah anda mencuba 'Yoni Eggs' ini?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN