Bagi mereka yang bergelar pelajar mahupun yang kerap kali menggunakan bas ekspres sebagai pengangkutan utama untuk pergi ke satu destinasi, anda pasti akan kecewa apabila mengetahui tambang bas ekspres mungkin akan dinaikkan sehingga 30 peratus.

Sumber: Berita Harian

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar yang mengatakan bahawa Kementerian Pengangkutan kini sedang mempertimbangkan kenaikan kadar tambang bas ekspres.

Hal itu berikutan hasil semakan mendapati kenaikan kadar tambang kali terakhir dibuat pihaknya adalah pada 2009 iaitu kenaikan sebanyak 31 peratus.

Sehingga ke hari ini, tambang bas ekspres secara keseluruhannya adalah sebanyak 9.3 sen sahaja selepas berlaku kenaikan daripada 6.5 sen kepada 8.5 sen sekilometer selain surcaj 0.8 sen sekilometer yang dikenakan sejak 2015.

Cadangan yang mahu dibuat oleh kementerian itu bagaimanapun dilihat tidak disambut baik oleh masyarakat dengan ada yang mempertikaikan kenaikan tersebut yang mana tambang bas ekspres ketika ini dilihat sudah memadai dan tidak perlu untuk dinaikkan.

 

Kementerian Timbang Kenaikan Tambang Untuk Bantu Pengusaha Bas Ekspres

Sumber: mStar

Sebagai pengguna, kita pasti berasa tidak puas hati dengan cadangan untuk mempertimbangkan kenaikan tambang bas ekspres itu bukan?

Mungkin bagi kita, dengan keadaan ekonomi yang dilihat kurang stabil dan semakin mencabar ketika ini, seeloknya semua barang perlu diturunkan harga untuk mengurangkan beban pengguna terutama kepada kumpulan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

Tetapi adakah kita juga mengambil kira akan nasib yang dihadapi pengusaha bas itu sendiri yang mana mereka juga turut sama mendapat tempias seperti apa yang dihadapi oleh pengguna.

Sumber: Mingguan Wanita

Apabila melihat kepada gaji pemandu bas yang agak rendah ditambah pula dengan waktu bekerja yang melebihi lapan jam itu juga mungkin menyebabkan kementerian mahu membantu pengusaha bas dengan mempertimbangkan cadangan itu kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat ini.

 

 

Kenaikan Tambang Dilihat Mampu Tingkat Mutu Perkhidmatan Bas Ekspres

Sumber: Roket Kini

Kadar kenaikan tambang bas ekspres bukan sahaja dilihat dapat meningkatkan mutu perkhidmatan bas ekspres malah ia juga dilihat dapat mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Di Malaysia sahaja jika dilihat pada musim perayaan, kes kemalangan yang melibatkan bas ekspres pastinya akan menjadi perbualan hangat masyarakat sehingga ada yang gerun untuk menaiki bas dan memilik perkhidmatan seperti kereta api dan sebagainya.

Sumber: Sinar Harian

Tidak terkecuali juga, punca utama yang menyebabkan berlakunya kemalangan itu juga disebabkan ada beberapa syarikat bas ekspres yang mengambil mudah langkah mengawasi dan pemeriksaan terhadap bas serta pemandu mereka.

Ada juga yang memberi alasan kenaikan tambang bas ekspres yang dikenakan kini dilihat masih tidak mencukupi untuk mereka menyelenggara bas serta faktor-faktor teknikal yang lain.

Malah, ada juga pengusaha bas yang dilihat hanya mahu mengaut keuntungan semata-mata hingga terlepas pandang mengenai keselamatan para penumpang mereka.

Dalam perkara ini, tidak kira sama ada kadar kenaikan tambang bas ekpres dinaikkan atau dikekalkan, pengusaha bas perlu komited dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) demi keselamatan penumpang dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Pengguna juga tidak perlu khuatir kerana sebarang keputusan kerajaan berhubung kenaikan tersebut akan mengambil kira kepentingan rakyat dan operator bas.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah kenaikan tambang bas ekspres dinaikkan dalam lingkungan antara 10 sehingga 30 peratus?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN