Sumber: Ihsan PDRM

Bagi mereka yang mempunyai kenderaan, anda pasti pernah mempunyai pengalaman ditahan oleh polis. Tidak kisahlah ketika sedang memandu atau ketika sekatan jalan raya. 

Secara asasnya, pihak polis sama sekali mempunyai kuasa untuk menahan atau memberi arahan seperti memberhentikan sesebuah kenderaan itu jika terdapat alasan yang munasabah.

Namun semalam, malang tidak berbau apabila dua orang anggota polis mengalami kecederaan setelah dilanggar seorang lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah ketika menjalankan sekatan jalan raya di Persiaran Kuala Selangor Seksyen 15, Shah Alam sebelum melarikan diri. 

 

Suspek Di Bawah Pengaruh Dadah

Gambar sekadar hiasan

Selepas pihak polis berjaya memberkas suspek, setelah disiasat, suspek mengaku berada di bawah pengaruh dadah jenis syabu yang menyebabkannya bertindak sedemikian. 

Malah, hasil siasatan yang dijalankan ke atasnya juga mendapati suspek tidak mempunyai lesen memandu selain mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan kes curi kenderaan. 

Jadi, apabila seseorang itu berada di bawah pengaruh dadah, memang tidak dinafikan lagi pengambilan dadah itu mampu menyebabkan penggunanya hilang kawalan sehingga berani melanggar anggota polis yang sedang bertugas. 

 

Penggunaan Pistol Renjat Elektrik Perlu Diperluas Pada Anggota Polis Bertugas

Suimber: DayakDaily

Dalam kejadian yang berlaku ini, rata-rata netizen di media sosial menyarankan kesemua anggota polis untuk menggunakan senjata renjat elektrik (taser gun) sebagai alternatif bagi menangani situasi kecemasan tertentu selain menggunakan senjata api. 

Walau tugasan itu hanya melibatkan sekatan jalan raya sekalipun, penggunaan taser gun ini juga sewajarnya diperluaskan secara menyeluruh pada setiap anggota polis memandangkan situasi jenayah pada hari ini sama sekali boleh berlaku tanpa diduga di mana-mana sahaja. 

 

Bila Waktunya Boleh Guna Pistol Renjat Elektrik?

Difahamkan, sejak tahun 2015 lagi, penggunaan pistol taser gun ini sebenarnya sudah wujud di Malaysia untuk digunakan oleh anggota polis yang sedang bertugas namun alat itu nampaknya masih belum digunakan secara menyeluruh.

Alat ini biasanya digunakan oleh anggota polis untuk menangkap penjenayah atau individu yang bertindak agresif hingga boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri atau orang di sekeliling mereka. 

Hendak gunakan pistol jenis ini juga ada situasinya yang mana senjata ini hanya akan digunakan oleh anggota polis ketika mahu menahan orang kurang siuman yang mengamuk atau suspek yang bertindak di luar kawalan tanpa menembaknya. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Patutkah setiap anggota polis dibekalkan pistol renjat elektrik setiap kali bertugas bagi mengelak kejadian seperti ini daripada berlaku?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN