Sumber: Rotikaya

Baru-baru ini tular isu tentang Safiey Ilias ataupun nama sebenarnya, Saifuddin Ilias yang menolak pelawaan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad untuk mengadakan pertemuan empat mata dengannya.

Mufti Wilayah tersebut melalui lama Facebooknya sendiri membuat surat terbuka yang ditujukan khas buat Safiey Ilias. Beliau menyatakan hasratnya untuk mengajak Safiey berjumpa dan ‘ngeteh’ bersama bagi membincangkan sebarang masalah yang dihadapi Safiey.

Sumber: Rotikaya

Selain itu, Mufti tersebut turut memberitahu tentang gambar ‘berbikini’ Safiey yang disampaikan kepadanya dan mempersoalkan kesahihan gambar tersebut.

Gambar ‘berbikini’ Safiey Ilias yang mendapat kecaman hebat netizen dan perhatian Mufti Wilayah adalah gambar dari percutiannya Langkawi.

Safiey Tetapkan Syarat Jumpa Mufti

Sumber: Viral Kami

Melalui sebuah gambar yang dimuatnaik oleh Safiey Ilias sendiri dilaman instagram miliknya, dia menjelaskan bahawa alasan enggan menerima jemputan mufti adalah kerana takut disalah erti oleh masyarakat.

Ini kerana sebelum ini, melalui sesi perjumpaan secara empat mata yang dilakukan bersama Ustaz Ebit Lew turut menerima kecaman teruk, kerana sesetengah netizen berpendapat bahawa tiada perubahan yang berlaku terhadap dirinya dan masih terus berada dalam keadaan yang sama.

“Lepas itu benda lain lagi orang akan cakap, marketing lah tu nk keluar lagu baru, produk baru. Atau lagi satu penunggang agama. Lepas tu lagi satu, bodoh la dia ni memang hati hitam dah jumpa mufti masih tak berubah”

“Salah ke nak pegi belajar ilmu agama tambah ilmu. Janji kita tahu kita ni berdosa jahil masih terdetik hati nak keluar dakwah tiga hari,” tulisnya.

Sebelum ini, Safiey Ilias pernah dikatakan kembali ke pangkal jalan dan nekad untuk tinggalkan dunia jahiliahnya. Tindakan tersebut dikuatkan lagi dengan tindakannya yang sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk mengeluarkan semula silikon di dadanya.

Sumber: Sweet Nutella

Selain dari isu tersebut, Safiey Ilias juga sering dikaitkan dengan Sajjad Kamaruzaman atau lebih dikenali sebagai Nursajat yang juga dikenali ramai dengan isu ‘transgender’

Nursajat juga merupakan usahawan produk kosmetik “ Let’s Cantik” dan mempunyai bisnes jualan emas yang turut menerima sambutan di kalangan masyarakat.

Kedua-dua individu ini sering kali dikatakan saling berlumba untuk mempamerkan ‘kecantikan’ dan ‘kekayaan’ masing-masing menerusi media sosial mereka.

 

Safiey Kembali Jadi Maknyah Selepas Berhijrah

Sumber: Instagram

Terdapat banyak tanda tanya yang dipertikaikan oleh masyarakat terutamanya netizen tentang keputusan Safiey Ilias untuk berubah menjadi ‘mak nyah’ semula.

Antara spekulasi yang dibuat ialah, perubahannya untuk kembali ke fitrah dahulu hanya untuk meningkatkan popularitinya. Selain itu, sekadar salah satu helah marketing.

Namun begitu, walaupun banyak kecaman yang diterima Safiey untuk setiap tindak tanduknya, masih ada ramai yang mendoakan untuk dia kembali semula ke fitrah secara kekal dan keluar dari kancah kehidupan sebagai transgender.

Safiey Ilias sendiri, dalam melayari kehidupannya sebagai seorang ‘maknyah’ boleh dilihat dengan jelas melalui gaya dan sikapnya yang terbuka dalam menerima kritikan dan tomahan orang ramai.

Dibandingkan dengan zaman dahulu, penerimaan masyarakat Malaysia terhadap isu transgender sangatlah berbeza sekarang. Dulu, golongan transgender sangat takut untuk mengaku tentang diri mereka.

Tetapi sekarang, macam-macam yang boleh dicapai oleh golongan ini. Tanpa ada rasa takut, kadang-kadang mereka lebih yakin dalam menonjolkan diri dikhalayak umum.

Seperti Safiey Ilias dan Nursajat sendiri, dua individu ini merupakan usahawan yang berjaya dan mampu mewujudkan bisnes yang boleh mengaut jutaan ringgit dari segi keuntungan.

Sebagai masyarakat, isu transgender ini perlu diberikan perhatian kerana semakin hari kita boleh nampak peningkatannya. Impak dari segi kesihatan juga mungkin wujud melalui hubungan sejenis yang mungkin dilakukan oleh golongan transgender ini.

Pendekatan yang cuba diambil oleh Mufti tersebut sememangnya tindakan yang rasional bagi membantu golongan seperti Safiey Ilias untuk kembali ke pangkal jalan. Selain itu, ia juga merupakan salah satu cara bagi masyarakat dalam menunjukkan sokongan kepada golongan transgender.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, adakah cara Mufti Wilayah mempelawa Safiey Ilias untuk berjumpa merupakan tindakan yang wajar?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN