Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi pengalaman pahitnya apabila rumahnya dipecah masuk oleh perompak. Dia menceritakan setibanya dia di hadapan rumah, pintu rumah sudah terbuka dan keadaan rumah sangat bersepah. Dua anak kecil nya telihat di ruang tamu sambil menonton televisyen.

Sumber : facebook

Yang menyedihkan, pengasuh kepada anak-anaknya yang juga merupakan anak saudara kepadanya dijumpai dalam keadaan yang menyedihkan di bilik air rumah mereka. Dengan keadaannya yang terlalu lemah dan teruk tercedera. Lehernya dijerut dengan kain manakala kening dan dagunya dikelar dengan pisau cukup untuk membuatkan mangsa trauma dengan kejadian tersebut.

Sumber : Facebook ( Puan Siti Afipah)

Berdasarkan cerita yang dikongsikan mangsa, perompak tersebut datang kerumah dan memberitahu kereta milik tuan rumah telah dilanggar oleh lori sampah. Pengasuh tersebut kemudian segera membuka pagar rumah untuk melihat kejadian yang diberitahu kepadanya. Dari situlah perompak tersebut terus menyerang dan mengeledah rumah dan mencari barang-barang berharga yang boleh diambil.

 

 

 

Jangan Cepat Panik Dan Mudah Percaya Orang Luar

Melalui perkongsian ini, cukup untuk dijadikan pengajaran bagi semua orang supaya agar lebih berhati-hati  dan peka apabila kita menghadapi situasi seperti ini. Pastinya mangsa tidak menyangka penipuan si penjenayah tentang kereta makciknya hanyalah umpan supaya si mangsa membuka pagar rumah yang berkunci.

Walaupun kawasan perumahan kita lengkap dengan sistem keselamatan seperti pengawal keselamatan dan kamera litar tertutup, tetapi itu tidak menjamin apa-apa dan inisiatif sendiri perlu diambil dalam meningkatkan tahap keselamatan kita dan seisi rumah.

 

Taktik Baru Penjenayah Millenial

Jika dilihat sekarang pelbagai taktik baru yang digunakan oleh penjenayah-penjenayah bagi menjalankan kerja-kerja jahat mereka agar tampak tidak mencurigakan dan berjaya mengumpan mangsa-mangsa yang dikehendakinya.

Yang membimbangkan, penjahat-penjahat ini dengan tanpa rasa belas kasihan sanggup mencederakan dan meragut nyawa mangsa demi kepentingan mereka sendiri. Bilakah ketakutan orang ramai ini akan berakhir? Mengapa jenayah semakin berleluasa? 

Antara taktik terbaru yang sering digunakan penjenayah masa kini adalah contohnya dengan berpura-pura menghadapi kerosakan kereta di tepi jalan dan seterusnya akan menyerang orang yang datang untuk membantu mereka.

Yang selalu menjadi mangsa adalah kanak-kanak dan wanita yang mudah mempercayai kata-kata orang luar dan akhirnya mereka menjadi mangsa rogol, cabul dan kes-kes penculikan yang berkaitan dengan penjualan organ.

 

Sistem Keselamatan Dan Keprihatinan Orang Ramai Perlu Ditingkatkan

Dengan bilangan jenayah yang makin meningkat sekarang penting untuk setiap rumah ataupun Kawasan perumahan untuk mempunyai sistem rakaman litar tertutup. Ini adalah untuk membantu pihak pengawal keselamatan memerhati dengan lebih teliti jika terdapat insiden yang tidak diingini dari berlaku ataupun kawasan perumahan dimasuki individu-individu yang tidak diingini.

Sumber : youtube

Selain itu, jiran-jiran dan orang sekeliling juga memainkan peranan penting dalam membantu menghalang seseorang yang berniat untuk membuat jenayah dari terus berlaku.

Sikap saling menjaga dan prihatin terhadap orang lain pastinya dapat membantu seseorang daripada menjadi mangsa sesuatu kejahatan. Jadi berbuat baiklah dengan jiran-jiran anda dan orang sekeliling.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Andakah anda pernah berhadapan dengan situasi seperti ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN