kecoh di media sosial apabila seorang pegawai imigresen Malaysia didakwa mengoyak pasport milik seorang pelancong dari Singapura dan menghalangnya memasuki Malaysia.

Mangsa, Muhammad Fauzi memuat naik status di laman sosial miliknya mendedahkan kejadian menimpanya itu.

 

 

Sumber: Press Reader

Dia mendakwa ditahan oleh seorang pegawai Imigresen di kaunter masuk Linkedua, Bangunan Sultan Abu Bakar, Tuas yang mempersoalkan pasportnya yang koyak pada 11.30 malam pada 25 September 2018.

Dia juga mendakwa, pegawai Imigresen itu turut meminta wang sekiranya mahu memasuki Malaysia.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor mengesahkan menerima aduan mengenai dakwaan tersebut.

Pengarah Imigresen Johor Datuk Rohaizi Bahari berkata, aduan diterima pada 12.30 tengah malam sama dan kertas siasatan sudah dibuka.

Netizen melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pegawai imigresen berkenaan dan mahu tindakan tegas diambil.

 

Taktik untuk Dapat Duit Kopi?

Adakah tindakan pegawai imigresen tersebut terdapat muslihat disebaliknya? Adakah ini taktik untuk pegawai tersebut mendapat ‘duit kopi’ ?

Ini kerana pemuda tersebut juga mendakwa pegawai Imigresen itu turut meminta wang sekiranya mahu memasuki Malaysia. Lebih mengejutkan perkara seperti ini bukan pertama kali berlaku.

Sebelum ini juga banyak laporan media boleh dibaca mendedahkan salah laku atau salah guna kuasa pihak berkuasa. Selalu yang kita ketahui polis trafik yang seringkali meminta ‘duit kopi’ untuk mengelakkan pemandu disaman.

 

Betul ke Pasport tu Dikoyakkan?

Kebanyakkan netizen menghentam pegawai imigresen tersebut, tetapi tiada sesiapa yang mendengar penjelasan dari pegawai tersebut.

Betul ke pasport tu telah dikoyakkan atau memang telah terkoyak sendiri? Sekiranya memang pasport pemuda tersebut sudah terkoyak , tindakan pegawai imigresen tidak membenarkan beliau masuk ke Malaysia boleh diterima.

Ini kerana tugasnya adalah memastikan undang-undang dituruti dan dikhuatiri penjenayah terlepas ke negara ini dengan mudah.

 

Perlu Tindakan Tegas Atau Tidak?

Walaubagaimanapun, sekiranya didapati bersalah, perlulah diberikan tindakan tegas tanpa kompromi terhadap pegawai-pegawai imigresen yang menyalahi kod etika ketika melaksanakan tugas dan kalau didapati bersalah buang kerja atau gantung tugas mereka tanpa gaji.

Sumber: Alert TV Malaysa

Ini bukan kes pertama melibatkan pegawai imigresen. Sebelum ini, tular video seorang pegawai imigresen bertindak kasar menampar muka warga asing dipercayai menggunakan pasport ketika dia berurusan di kaunter JIM di Johor.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas lelaki warga Myanmar tidak faham arahan diberikan, walaupun pegawai terbabit sudah menerang hal tersebut berulang kali.

Tetapi pegawai itu dikatakan sudah ditahan kerja dan dikenakan tindakan tata tertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) Pindaan 2002.

 

Perlu Terap Nilai Murni Pada Kakitangan Awam

Jika mereka disemai nilai-nilai murni seperti menghormati masa, bersih, cekap dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab, sentiasa memberi lebih daripada upah atau gaji yang diterima, bersungguh-sungguh dan istiqamah mestilah menjadi sebahagian daripada pegangan setiap masa, mesti perkara ini boleh dikawal.

Dan mereka ini dikira sebagai warga pentadbir juga wajar memiliki keikhlasan dalam menjalankan tugas untuk menjayakan pembangunan negara. Barulah negara dipandang tinggi.

KATA ORANG

Fetch Tweets: Invalid or expired token. Code: 89

KATA ANDA

Apa kata anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN