Sejak Jumaat lalu, tular di media sosial mengenai seorang pemandu Grab, Mohd Hanafiee Jaafar, 27, yang dilaporkan hilang selepas gagal dihubungi ahli keluarga dan rakannya.

Sumber: bazookapenaka.my

Bagaimanapun semalam, misteri kehilangan lelaki terbabit akhirnya terungkai apabila pihak polis menemui mayat yang mati dibunuh di kawasan semak berdekatan pantai di Shahbandar, Tuaran, Kota Kinabalu.

Hasil siasatan polis, mangsa dipercayai telah disamun dua penumpang terakhir yang terdiri dari warga tempatan dan warga asing yang menggunakan perkhidmatan Grab tersebut pada jam 4 pagi.

Sumber: Astro Awani

Tragedi yang menimpa mangsa ini telah menjadi bualan hangat netizen yang bersimpati dengan anak-anak muda yang berdepan bahaya ketika mencari rezeki dengan memandu kereta Grab.

Tidak kurang juga yang mencadangkan kerajaan supaya melakukan sesuatu bagi mengelakkan kejadian seperti ini daripada terus berulang.

 

 

Letak Dinding Penghalang Di Tengah?

Sumber: Driver Shields

Bila bercakap mengenai soal keselamatan, ada yang mencadangkan pihak Grab supaya meletak dinding penghalang di bahagian tengah seperti yang dilakukan teksi sebagai langkah keselamatan bagi mengelak kejadian samun.

Biarpun dalam aplikasi Grab itu tertera saringan maklumat peribadi penumpang, adakalanya ia masih belum mencukupi untuk melindungi pemandu daripada menjadi mangsa si penjenayah.

Bayangkan berjuta-juta pengguna menggunakan aplikasi tersebut, jadi adalah mustahil bagi Grab untuk membuat saringan ke atas setiap penggunanya yang datang dari pelbagai negara.

Hendak taknak, pemandu Grab perlu berhadapan dengan pelbagai jenis latar belakang penumpang yang sememangnya sukar dijangka.

 

Hadkan Limit Waktu Untuk Bawa Penumpang

Sumber: CNBC Indonesia

Ada yang menggunakan perkhidmatan Grab untuk meraih pendapatan sampingan bagi memperoleh wang tambahan.

Malah, ada juga yang menjadikannya sebagai pekerjaan tetap yang dianggap paling mudah untuk dilakukan.

Namun, perlu diingat dalam pada keterujaan mencari rezeki adakalanya kita juga perlu memikirkan soal keselamatan.

Sekarang ini, sudah banyak kes melibatkan pemandu Grab mati dibunuh akibat samun.

Dan rata-rata kesemua kes itu berlaku pada waktu malam dan pagi buta yang menjadi pilihan penjenayah mencari mangsa.

Sumber: CNBC.com

Di Singapura, syarikat Grab di negara republik itu mengambil tindakan proaktif dengan menghentikan perkhidmatan GrabHitch antara jam 1 hingga 5 pagi. 

Jadi, adakah Malaysia juga perlu laksana cara sebegini? 

Zaman sekarang ini, penjenayah semakin bijak untuk mencipta helah dalam memerangkap mangsa seterusnya melakukan serangan kerana terdesak mahukan wang serta barangan berharga lain.

Apa-apa pun, kejadian seperti ini harus dijadikan iktibar buat orang ramai khususnya kepada pemandu Grab sendiri untuk lebih berhati-hati ketika mengambil penumpang lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Tidak salah untuk membawa Grab sehingga waktu pagi sekalipun, tetapi fikirkanlah juga risikonya.

 

Kes Yang Pernah Terjadi Sebelum Ini 

Sumber: Kosmo

Pada 24 Jun 2018, seorang pemandu Grab ditemui meninggal dunia dipercayai dibunuh, di dalam kereta miliknya di kawasan parkir Taman Selayang Makmur, Selayang, Gombak. 

Mangsa, Aiman Nosri, 27, yang berasal dari berasal dari Nilai, Negeri Sembilan, dijumpai di tempat duduk belakang kereta Perodua Myvi dalam keadaan terlingkup dengan bahagian kepala mengenai lantai kenderaan itu, manakala kakinya di atas dalam kejadian jam 8.20 malam. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, perlukah Grab memasang dinding penghalang di bahagian tengah penumpang bagi mengelak kejadian samun?
8 votes · 8 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN