Lumrah hidup bernegara sudah pasti ada tuntutan-tuntutan yang kita impikan tidak akan terlaksana. Maklumlah, dengan masyarakat yang pelbagai latar belakang, sektor ekonomi dan pekerjaan, maka ragamnya juga pelbagai.

Sumber: Twitter

Disebabkan itu sudah menjadi tugas ahli politik yang menjadi pemerintah membawa suara penduduk setempat untuk merealisasikan tuntutan-tuntutan setempat bagi menyelesaikan permasalahan.

Walau bagaimanapun, sekiranya permintaan rakyat langsung tidak didengari oleh pemerintah, maka ada dalam kalangan mereka terpaksa melakukan tindakan-tindakan yang di luar jangka seperti bantahan, pungutan suara, saman mahkamah, demonstrasi dan sebagainya.  

 

Negara Bagi Masyarakat Petani

Tetapi tidak sesiapa yang menjangka dari sebuah bantahan kecil masyarakat petani, mereka telah bertindak secara drastik dengan mengisytiharkan kemerdekaan kawasan dari negara Australia dan mendirikan sebuah negara sendiri. Negara tersebut dikenali sebagai Hutt River.

Sumber: Twitter The Painter Flynn

Berdasarkan artikel iluminasi.com, sejarah negara Hutt River bermula sejak tahun 1970. Negara ini diasaskan oleh HRH Prince Leonard Casley selepas berlaku beberapa insiden pertelingkahan antara kumpulan penduduk dengan kerajaan Australia.

Kerajaan Australia ketika itu mengenakan kuota penjualan ke atas pengeluaran gandum di ladang sekitar Sungai Hutt. Selepas beberapa insiden yang berlaku, Leonard dengan persepakatan bersama penduduk setempat yang merupakan golongan petani, melantik dirinya sebagai Raja Hutt River dan mengisytiharkan kerajaan baru Hutt River. Dengan kewujudan negara baru, mereka tidak lagi perlu lagi membayar cukai kepada negara Australia.

 

Tetap Negara Yang Tidak Diiktiraf

Sumber: Twitter The Painter Flynn 2

Wilayah yang berkeluasan 75 kilometer persegi ini terletak 517 km di utara Perth, berhampiran bandar Northampton, bahagian barat Australia. Dengan populasi penduduk seramai 23 orang, kewujudan negara ini menjadikan ia sebagai sebuah negara di dalam negara Australia.

Tindakan mereka tidak bermakna kemerdekaan yang diisytiharkan sah disisi undang-undang. Ini kerana kewujudan negara tersebut tetap melanggar undang-undang Australia.

Pada Jun 2017 misalnya, Mahkamah Agung Australia Barat telah diarahkan untuk membayar tuntutan cukai sebanyak Aus$ 2.7 juta, manakala Wayne Casley pula diarahkan membayar cukai sebanyak Aus$ 242,000.  

 

Mempunyai Sistem Pentadbiran Tersendiri

Sungguhpun tidak diiktiraf kerajaan Austalia dan negara-negara dunia, Hutt River tetap mempunyai sistem kewangan mereka tersendiri, passport dan setem. Golongan Di Raja Hutt River pula bebas memberikan darjah kebesaran pada sesiapa yang dirasakan layak. Malah, negara ini tetap menerima kehadiran pelancong yang mahu melihat keunikannya.

Sumber: Twitter Grahame

Hutt River mempunyai beberapa hasil utama yang dieksport ke luar negara iaitu hasil pertanian iaitu bunga liar. Sektor pelancongan menjana ekonomi yang penting buat negara kecil ini yang menerima kehadiran pelancong sebanyak 40,000 setiap tahun.

Sumber: Abc News

Disebabkan populasi penduduk yang sedikit, kesemua mereka tetap diberikan tauliah untuk menjadi tentera bagi menjaga perbatasan wilayah mereka daripada dicerobohi musuh. Selepas kematian Leonard Casley, takhta pemerintahan dipegang oleh anaknya Prince Graeme.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah tindakan sebegitu merupakan langkah yang terbaik?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN