Kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan yang mempelawa Tun Dr. Mahathir membawa Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menubuhkan kerajaan baru telah menimbulkan kemusykilan. Ini kerana UMNO baru sahaja menjalinkan hubungan ‘mesra’ bersama Pas pada bulan lalu atas nama Penyatuan Ummah!

Tidak dapat dipastikan masalah apa yang membelenggu mereka. Sama ada Pas tidak mampu memuaskan nafsu serakah UMNO atau mungkin Pas mudah ‘pancut awal’ berbanding UMNO. Ketika ini Bersatu telah dianggap oleh UMNO sebagai ‘bekas janda’ yang sangat menawan.

Sumber: Malaysiakini

Jika dahulu mereka ditalak dengan label-label pengkhianat dan pelbagai rupa, tetapi kali ini mereka didambakan sebagai bidadari syurga. Yang pasti, cubaan UMNO memujuk Bersatu bertujuan untuk memecah-belahkan hubungan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bukan itu sahaja, kenyataan yang dikeluarkan oleh Hasan menggambarkan UMNO berada dalam kemelaratan selepas tidak lagi menduduki kerusi empuk di Putrajaya. Dan ini menyebabkan mereka berangan-angan untuk merampas kuasa walau dengan apa cara sekalipun.

Isu Agama Dan Perkauman Sebagai Modal Perjuangan

Sifirnya mudah, memainkan isu Melayu-Islam sebagai tunggangan, kerana isu itu dianggap sebagai ubat paling mujarab bagi memecah-belahkan perpaduan PH. Tetapi agak pelik apabila kerajaan Melayu-Islam yang ingin dicadangkan turut memasukkan parti-parti komponen BN serta parti dari Sabah dan Sarawak. Adakah parti-parti tersebut Melayu atau dipaksakan untuk beridentitikan Melayu?  

Sumber: Malaysiakini

Jelas, tidak ada mana-mana parti sekalipun mampu mendirikan kerajaan persekutuan Melayu-Islam. Inilah realiti yang semua pihak harus terima. Malah, UMNO sendiri tidak berkeyakinan mereka mampu menubuhkan kerajaan sekiranya tidak melibatkan parti-parti dari pelbagai kaum.

Ajak Bersatu Tapi Mahu Mahathir Lupakan Jawatan PM

Lebih meloyakan apabila UMNO mahu Mahathir berjiwa besar dengan melepaskan jawatan Perdana Menteri. Dalam masa yang sama mereka turut meminta untuk diberikan peranan yang lebih dalam mentadbir kerajaan baharu bersama Pas. Sudah pasti Mahathir tidak sebodoh itu menyetujui syarat yang ditetapkan.

Ini bermakna Bersatu tidak mempunyai nilai dalam gagasan kerajaan baru yang dicadangkan UMNO. Secara jelas, UMNO menunjukkan sifat hipokrit mereka dengan memperkudakan isu Melayu-Islam untuk merampas kuasa.

Sumber: Straits Times

UMNO Kini Berpecah Tiga

Tiada apa perubahan yang boleh dilihat pada UMNO hari ini. Lebih melaratkan apabila UMNO ketika ini terpecah kepada tiga puak iaitu kumpulan bekas presiden, kumpulan presiden, dan kumpulan timbalan presiden.

Justeru, tidak hairan sekiranya pengasas UMNO, Onn Jaafar sendiri pun mengambil keputusan keluar daripada UMNO. Onn tahu masalah yang bakal wujud sekiranya perjuangan UMNO diteruskan. Apatah lagi masyarakat Melayu akan terus terperangkap dalam ideologi perkauman sempit, selain ditindas oleh pemimpin-pemimpin Melayu bernama UMNO. Cukuplah 60 Tahun diberikan kuasa, dan ternyata anda gagal!

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajar atau tidak penggabungan ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN