Kebelakangan ini, berlaku konflik antara penunggang dan syarikat perkhidmatan penghantaran makanan terkenal iaitu Foodpanda sehingga memaksa para penunggang melakukan mogok disebabkan pengenalan skim pembayaran baharu yang diperkenalkan oleh syarikat tersebut.

sumber: ohbulan

Skim baharu tersebut yang telah berkuatkuasa sejak 30 September 2019 yang lalu telah mendapat tentangan daripada penghantar makanan syarikat tersebut sehingga memaksa Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq untuk turut campur tangan bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.

 

Pengarah Urusan Digelar ‘Angkuh’

Umum mengetahui bahawa syarikat Foodpanda merupakan sebuah servis di mana orang ramai menggunakannya untuk memesan makanan melalui aplikasi dan makanan dihantar oleh penunggang motosikal yang berdaftar.

Namun, belum surut kemelut yang berlaku, timbul pula kemarahan daripada penunggang dan juga orang ramai berikutan dari kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah urusan syarikat tersebut, Sayantan Das.

sumber: malaysiakini

Memetik sumber daripada Malaysiakini, Sayantan Das berkata penghantar yang tidak mahu bekerja perlu memberikan atau menukar syif mereka kepada penghantar yang lain agar tidak menjejaskan pendapatan mereka serta mereka tiada masalah dengan mogok yang diadakan.

Disebabkan kenyataan tersebut, tercetusnya kemarahan daripada orang ramai dan Syed Saddiq juga turut tidak melepaskan peluang untuk mengeluarkan kenyataan di laman Twitternya sehingga menggelarkan pengarah Foodpanda sebagai angkuh.

 

Kempen Boikot Foodpanda

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah urusan syarikat tersebut yang telah memaksa orang ramai untuk melancarkan boikot dengan memadam aplikasi syarikat tersebut di dalam telefon pintar. Syed Saddiq turut mengajak rakyat Malaysia untuk memboikot syarikat tersebut.

sumber: twitter Syed Saddiq

Sumber daripada Sinar Harian, cadangan Syed Saddiq yang mengajak rakyat Malaysia untuk memboikot itu tidak mewakili keputusan dari pihak Kerajaan.

Dalam masa yang sama juga, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir turut menyatakan bahawa pendirian Ahli Parlimen Muar itu mungkin ada sebab tertentu dan ia merupakan kenyataan peribadi sahaja.

Netizen yang bersama-sama memboikot syarikat berkenaan bagi membela nasib penunggang syarikat tersebut dengan menggunakan hashtag #boikotfoodpanda.

 

Tetap Kekal Dengan Skim Baharu

Sumber yang diambil daripada Utusan, Foodpanda akan mengekalkan skim pembayaraan baharu untuk penunggang di luar Lembah Klang untuk tempoh sekurang-kurangnya empat minggu sebelum mengambil langkah seterusnya jika dirasakan perlu.

sumber: i am lejen

Pihak syarikat mengatakan skim baharu itu benar-benar memberi peluang kepada penunggang untuk memperoleh pendapatan sehingga 50 peratus. Skim itu turut meningkatkan potensi pendapatan penunggang tanpa menjejaskan kebajikan penghantar makanan di syarikat tersebut.

Pengarah urusan Foodpanda juga mengajak penunggang yang tidak berpuas hati untuk mencuba skim baharu terlebih dahulu sebelum menilainya. Mogok yang berlaku itu juga dikatakan berpunca daripada penyampaian maklumat yang tidak betul mengenai skim tersebut.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN