Sebagai ketua keluarga, seseorang yang bergelar suami dan ayah mempunyai tanggungjawab yang sangat besar dalam memberi dan menyediakan nafkah kepada isteri serta anak-anak.

Sumber: http://www.klmenjerit.ga

Malah, ayah juga adalah insan yang sanggup berbuat apa sahaja demi untuk membahagiakan anak-anak mereka.

Namun beberapa hari lalu, seorang bapa meluahkan perasaan meminta anak perempuannya yang berusia 16 tahun untuk pulang ke pangkuan keluarga selepas dipercayai melarikan diri dari rumah sejak 10 Jun lalu di Pasir Gudang, Johor. 

Menurut Norizan Bidin yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, walaupun terpaksa berhadapan dengan masalah kesempitan wang, dia sanggup berhutang dengan kenalannya semata-mata untuk memenuhi kehendak anaknya itu. 

 

 

Bukti Remaja Sekarang Terlalu Terpengaruh Dengan Dunia Moden

Soal mendidik anak dalam zaman yang penuh dengan teknologi maklumat dan komunikasi pada hari ini memang tidak dinafikan mencabar.

Lebih mencabar lagi apabila penggunaan telefon bimbit kini dilihat menjadi kemestian buat golongan remaja apabila terpengaruh dengan rakan-rakan lain yang memiliki telefon bimbit serba canggih. 

Sumber: Sayang Sabah

Perlu diingat, lain orang lain cara kehidupan mereka. Ada yang dibesarkan di dalam keluarga ‘senang’ sejak kecil dan ada juga yang dibesarkan di dalam keluarga yang kurang berkemampuan.

Apa-apa pun, janganlah disebabkan terpengaruh dengan cara dan gaya kehidupan orang lain, kita sanggup membebankan ibu bapa kita sendiri yang sudah bertungkus-lumus membesarkan kita sejak kecil.

 

Sokongan Emosi Dan Institusi Keluarga Itu Penting

Dalam hal ini, memang tidak dinafikan banyak kes-kes anak lari dari rumah berpunca daripada pelbagai sebab dan sumber seperti terpengaruh dengan rakan sebaya, terikut-ikut dengan masyarakat sekeliling dan juga kurangnya sokongan keluarga yang menjadi punca golongan ini cenderung untuk lari dari rumah.

Gambar sekadar hiasan

Sekiranya ibu bapa itu tidak dapat memberi apa yang anak mereka mahukan, seeloknya mereka perjelaskan kepada anak sebab-sebab mengapa mereka tidak boleh dapat semua yang mereka mahukan. 

Sebagai anak, mereka juga perlu faham sekiranya ibu bapa tidak mampu untuk memberikan apa yang mereka mahukan, tidak bermaksud mereka tidak menyayangi kita.

Ditambah pula dengan keadaan keluarga yang sedang berhadapan dengan masalah kesempitan wang, ia sebenarnya menjadi dorongan buat anak itu untuk belajar erti susah bagi mendapatkan sesuatu dan bukannya bertindak secara melulu seperti ini. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN