Susu merupakan keperluan wajib bagi kanak-kanak bermula dari hari mereka dilahirkan sehinggalah mencecah usia 2 tahun.

Ini kerana kandungan yang ada didalam susu sangat penting dalam membantu pembesaran dan perkembangan si anak agar tidak mengalami masalah-masalah kesihatan seperti pembesaran yang terbantut.

Malah susu juga penting untuk pembentukan gigi yang sihat dan tulang yang kuat agar dapat menampung peningkatan berat badan yang akan dialami mereka.

Namun, realitinya ramai bayi dan kanak-kanak di seluruh dunia tidak mendapat sumber susu yang mencukupi kerana faktor kemiskinan dan kekurangan bekalan.

Lebih-lebih lagi apabila anak-anak malang ini berasal dari negara-negara miskin dan susu pula dijual dengan harga yang mahal sehingga membuatkan ibu bapa mereka tidak mampu untuk menyediakan keperluan asas ini.

Sumber : Kompas

Susu Diganti Kopi

Seperti di Indonesia, seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 14 bulan terpaksa diberi air kopi bagi menggantikan susu setiap hari kerana ibu bapanya tidak mampu untuk membeli susu ekoran pendapatan mereka yang hanya cukup untuk menyediakan makanan harian buat mereka sekeluarga.

Ibu bapa mana yang tidak mahu memberikan yang terbaik untuk anak, namun adakalanya mereka terpaksa akur dengan keadaan hidup dan terpaksa menyesuaikan dengan apa yang mampu untuk dibeli sahaja.

Ramai yang tidak setuju dengan tindakan kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut kerana kandungan kafein yang terdapat di dalam serbuk kopi ditambah pula dengan kandungan gula yang dicampur di dalam kopi berkenaan akan meninggalkan kesan buruk kepada kanak-kanak itu kelak.

Namun, kedua ibu bapa itu mendakwa anak mereka membesar dengan sepatutnya dan kekal aktif seperti kanak-kanak lain tanpa menunjukkan sebarang tanda masalah kesihatan buat masa ini.

 

Kesan Pengambilan Kafein Untuk Jangka Masa Panjang

Pengambilan kopi lebih-lebih lagi di pagi hari tidak dinafikan mampu membuatkan seseorang menjadi lebih bertenaga untuk memulakan hari mereka.

Malah ada sesetengah orang yang hanya mampu untuk keluar bekerja mahupun melakukan aktiviti harian hanya selepas mengambil secawan kopi. Ianya sudah menjadi seperti rutin harian.

Namun tahukah anda kesan buruk pengambilan kopi dalam jangka masa panjang? Menurut kajian yang pernah dilakukan, kopi mampu membuatkan seseorang mengalami masalah insomnia dan mampu membuatkan kadar degupan jantung meningkat secara mendadak.

Secara amnya, setiap orang hanya dicadangkan untuk mengambil 2.5 cawan kopi setiap hari, dan jika anda meminum kopi melebihi sukatan yang dicadangkan mahupun melebihi 6 cawan sehari maka bersedialah anda untuk berhadapan dengan risiko masalah kardiovaskular kelak.

Jika kesannya begitu serius terhadap orang dewasa, bayangkan kesannya kepada kanak-kanak pula?

Kopi sebagai minuman harian untuk kanak-kanak pastinya bukanlah idea yang baik. Menurut pakar nutrisi, Kristen Koskinen, seperti orang dewasa, kandungan kafein dan gula yang tinggi mampu membuatkan seorang kanak-kanak itu menjadi hyperaktif dan boleh menganggu rutin harian mereka.

Malah menurut laporan American Academy of Pediatrics (AAP), lebih dari 70% kanak-kanak di Amerika mengambil kopi berkafein setiap hari dan ianya menjadi punca utama mengapa sejumlah besar kanak-kanak di negara itu mengalami gangguan tidur.

 

Kenapa Tidak Menyusu Badan Sahaja?

Orang ramai turut mempertikaikan mengapa si ibu tidak menyusu badan sahaja kerana pastinya susu badan ibu adalah percuma bahkan nutrisi dan kebaikkannya adalah jauh lebih banyak dari susu tepung.

Namun mungkin mereka tidak tahu, bagi menghasilkan susu si ibu tersebut sendiri memerlukan nutrien harian yang mencukupi bagi meransang penghasilan susu yang berkualiti untuk si anak.

Dan ianya akan jadi lebih mustahil jika ibu mengalami tekanan mahupun masalah kesihatan yang serius.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN