Ramai di antara kita kebiasaannya akan berkumur selepas menggosok gigi bukan? Bukan apa, memang dari kecil lagi kebanyakan dari kita sudah diajar untuk berkumur bagi membuang lebihan ubat gigi yang terdapat di dalam mulut.

Sumber: ProfHariz.com

Lihat sahaja di drama atau filem Mat Salleh, kita dapat lihat ramai yang menggosok gigi kemudian meludahnya sahaja tanpa perlu berkumur.

Baru-baru ini, timbul soal jawab dalam kalangan pengguna Twitter yang menyatakan bahawa kita sebenarnya tidak perlu berkumur selepas menggosok gigi untuk memastikan keberkesanan Fluorida dalam ubat gigi.

Bagaimanapun, timbul persoalan yang mana ada yang risau sekiranya tidak berkumur dan tertelan ubat gigi itu, tidakkah ia berbahaya?

 

Adakah Ia Berisiko?

Mungkin ada merasakan tindakan sebegini pelik dan risau sekiranya tidak berkumur dan tertelan sedikit ubat gigi itu, tidakkah ia akan memberi kemudaratan pada tubuh badan kita disebabkan toksik?

Sumber: Google

Sekiranya tertelan ia tidaklah mendatangkan kemudaratan asalkan sukatan ubat gigi itu dilakukan dengan betul yakni sebesar kacang pis dalam sekali penggunaannya.

Bagi kanak-kanak, sukatan yang sama juga perlu digunakan dalam kalangan kanak-kanak untuk mengelakkan fluorosis (masalah gigi berkarat atau bertompok putih akibat pemgambilan fluoride berlebihan) terjadi.

Walaupun tidak berbahaya namun sekiranya anda mendapati terdapat tindak balas atau kesan selepas tertelan ubat gigi, perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

 

Mengapa Perlu Diamalkan?

Yang sebenarnya, tindakan tidak berkumur selepas menggosok gigi ini sebenarnya baik untuk diamalkan bagi mengekalkan lapisan perlindungan pada gigi kita.

Perkara itu dijelaskan oleh seorang doktor pergigian, Dr Ib Shah di laman Twitter bahawa konsep tidak berkumur selepas menggosok gigi itu diperkenalkan untuk menggalak ion fluoride daripada ubat gigi berada pada permukaan gigi dengan lebih lama.

Sumber: SA Health

Malah, konsep seperti itu bukanlah sesuatu yang pelik kerana ia sudah diamalkan semenjak dahulu lagi oleh kebanyakan angkawasan yang mempraktikkan cara ini.

Perkara ini dijelaskan dalam thread seterusnya kerana ion fluorida digunakan untuk proses pembentukan struktur gigi yang lebih kuat dan membantu menyekat bakteria daripada membiak dan seterusnya merosakkan gigi.

Jadi, tidak berkumur selepas menggosok gigi sebenarnya elok untuk diamalkan. Sekiranya masih hendak berkumur dengan air selepas memberus gigi, tindakan itu sama sekali boleh mengurangkan keberkesanan ion fluorida terhadap gigi. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah ada salah seorang yang selalu amalkan memberus gigi tanpa berkumur?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN