Anak-anak perantauan akan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga dan sanak saudara. Raya hanya setahun sekali dan inilah masanya untuk kita berkumpul.

Sumber:mStar

Dan pastinya mereka yang bekerja di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur sudah minta cuti awal untuk pulang beraya ke kampung. Kos perjalanan sudah diasingkan siap-siap termasuk duit untuk bayar tol.

Untuk itu, kerajaan telah mengumumkan untuk memberi diskaun bagi 23 konsesi tol diseluruh negara buat mereka yang mahu pulang beraya.

Tetapi malangnya, ramai rakyat Malaysia tidak bersetuju dan tidak puas hati dengan pengumuman kerajaan ini.

Diskaun Hanya Raya Pertama Sahaja

Menteri Kerja Raya, Baru Bian yang mengumumkan perkara itu berkata diskaun tol berkenaan akan berkuat kuasa selama 24 jam bermula 12 tengah malam hari pertama Aidilfitri hingga 11.59 malam hari sama.

Sumber:The Star

Katanya, pemberian diskaun tersebut dibuat sejajar dengan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat-syarikat konsesi lebuh raya bagi menghargai pengguna yang kerap menggunakan laluan berkenaan.

Malah pemberian diskaun tol kepada pengguna ini telah mula dilaksanakan oleh syarikat konsesi lebuh raya sejak tahun 2010 dengan kadar diskaun tol antara lima hingga 100 peratus.

Apa yang mengecewakan rakyat Malaysia adalah diskaun itu diberikan pada hari raya pertama sedangkan anak-anak perantauan sudah pun berada di kampung halaman masing-masing.

Mereka mahu kerajaan memberikan diskaun ini dua hari sebelum hari raya atau sehari sebelum perayaan itu disambut. Tindakan kerajaan ini dilihat sebagai tidak adil bagi mereka yang akan pulang ke kampung.

Hanya Untungkan Orang Lain Yang Tidak Beraya

Rata-rata rakyat menuduh tindakan kerajaan ini hanya memberi untung kepada mereka yang tidak merayakan perayaan tersebut.

Dakwa mereka, ini tindakan berat sebelah dan pihak kerajaan sepatutnya lebih prihatin kepada rakyat yang sekarang ini masih terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi dan lain-lain yang berkaitan.

Sumber:New Straits Times

Memang ada sesetengah orang yang akan pulang beraya pada hari raya pertama, namun jumlahnya tidak sebesar bagi mereka yang pulang awal ke kampung.

Tetapi agak pelik juga, bukankah tujuan diskaun tol diberi ialah untuk meringankan rakyat yang balik kampung menyambut hari raya? Tetapi untuk apa jika ia dilaksanakan ketika semua orang sudah berada di kampung halaman masing-masing?

Hapus Tol Hanya Janji Palsu

Apa nak jadi dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ini, banyak tindak tanduk kerajaan yang menyusahkan rakyat. Nampaknya kerajaan PH seperti ingin mentadbir negara hanya sepenggal sahaja.

Sumber:Utusan

Sudahlah janji mahu menghapuskan tol tidak juga menjadi kenyataan sehingga kini, diskaun tol sempena sambutan hari raya tahun ini pula terlihat benar-benar sangat mengecewekan rakyat.

Rakyat undi mereka kerana janji yang ditaburkan seolah-olah akan dilaksanakan jika diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu. Akhirnya ini yang rakyat dapat selepas setahun lebih memegang tampuk pemerintahan sebagai kerajaan yang baharu.

Lebih Teruk Pada Zaman BN

Kalau diimbas kembali zaman Barisan Nasional (BN) memerintah pada kali terakhir berkuasa iaitu tahun 2017, diskaun tol diberi selama enam hari sebelum dan juga selepas hari raya.

Sumber:myKMU

Pada 2018 pula, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan ketika kali pertama PH berkuasa, diskaun tol sebanyak 50 peratus diberikan selama dua hari sempena sambutan Aidilfitri.

Kenapa tahun ini hanya sehari di hari raya pertama sahaja? Macam mana agaknya kabinet berfikir sehingga mereka boleh bersetuju memberi diskaun tol hanya selama sehari sahaja?

Tidakkah mereka fikir berapa juta rakyat Malaysia yang akan pulang ke kampung? Sekurang-kurangnya dapat ringankan beban mereka.

Berikut Adalah Kadar Diskaun Tol Lebuhraya Yang Terlibat :

-Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) – 33%
-Lebuhraya Grand Saga (GSSB) – 30%
-Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) – 20%
-Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) – 20%
-Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) – 20%
-Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) – 20%
-Jambatan Pulau Pinang – 20% (kenderaan Kelas 2 sahaja)
-Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 – 20%
-Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) – 20%
-Lebuhraya Pantai Baru (NPE) – 20%
-Lebuhraya BESRAYA – 20%
-Lebuhraya MEX (Maju Expressway) – 15% (semua Kelas kenderaan)
-Lebuhraya Grand Sepadu – 15%
-Lebuhraya Shah Alam (Kesas) – 10%
-Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) – 10%
-Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) – 10%
-Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) – 10%
-Lebuhraya Kajang SILK (SILK) – 10%
-Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) – 10%
-Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 – 10%
-Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) – 10%
-Lebuhraya Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JKSB) – 10%
-Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (LATAR) – 10%

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN