Hari ini, tular di media sosial mengenai Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama abangnya, Syed Abdullah.

Sumber: mStar

Apa yang menjadi isu, abang kepada menteri berkenaan dilihat menerima layanan VIP dan duduk sebaris dengan tetamu kehormat menyebabkan timbul spekulasi bahawa dia menggantikan adiknya yang tidak dapat hadir pada majlis Grand Final sesi kelayakan e-sukan Sukan SEA peringkat kebangsaan di Central i-City, Shah Alam, Sabtu lalu.

Sehingga ke hari ini, kehadiran Syed Abdullah pada majlis tersebut masih lagi dipersoal netizen yang mana kehadiran Syed Abdullah itu seolah-olah menggunakan tiket sebagai abang kepada Menteri.

 

Mengapa Perlu Sunting?

Dalam isu ini, segalanya bermula apabila pihak penganjur memuat naik posting bergambar di laman Facebooknya, Esports Malaysia selepas majlis berlangsung, petang Sabtu.

Menerusi posting berkenaan, Syed Abdullah dilihat bergambar di sebelah Presiden ESM Datuk Ananth S. Nathan bersama barisan tetamu VIP yang lain.

Sumber: mStar

Berdasarkan komen netizen, posting asal yang menunjukkan Syed Abdullah hadir atas kapasiti ‘abang kepada Syed Saddiq’ itu telah disunting yang mana nama Syed Abdullah telah dikeluarkan dari senarai tetamu. Hanya gambar sahaja yang dikekalkan dalam posting itu.

Apa yang dilakukan pihak penganjur itu sama sekali telah menyebabkan netizen tertanya-tanya apakah ada perkara yang mahu diselindungi “Menteri” berkenaan sehingga menyebabkan nama abangnya itu disunting.

Mungkin, apa yang dilakukan pihak penganjur itu sekadar mahu menutup mulut orang ramai, tetapi sudah terlambat apabila ada netizen yang sempat “screenshot” posting asal tersebut.

 

Syed Abdullah Hadir Atas Dasar Minat

Menjawab isu ini, Syed Saddiq akhirnya tampil memberi penjelasan sebenar yang mana kehadiran abangnya itu sama sekali tidak dijemput dan adalah atas dasar minat.

Walaupun sudah dijelaskan, masih ada netizen yang mempertikai kenyataan itu dengan membandingkan pakaian suit yang dipakai abangnya yang seolah-olah menidakkan apa yang diperkatakan itu.

Jika difikir secara logik, apa yang dilakukan pihak penganjur itu sama sekali betul memandangkan sekiranya ada orang kenamaan yang hadir, maka mereka perlu memberi layanan yang baik.

Takkanlah pihak penganjur mahu membiarkan sahaja orang kenamaan itu hadir dan duduk di kawasan “biasa”.

Nanti ada pula yang kata pihak penganjur teruk kerana mengabaikan tetamu kehormat sebegitu sahaja.

 

Takkan Benar Ahli Keluarga Wakili Dirinya

Untuk mengukuhkan lagi dakwaan tersebut, Syed Saddiq sekali lagi menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak akan membenarkan mana-mana ahli keluarganya untuk mewakili dirinya pada mana-mana majlis rasmi yang mana tindakan tersebut adalah salah sama sekali.

Jika dilihat dari segi undang-undang, adalah menjadi satu kesalahan apabila seseorang Menteri itu mewakili orang yang selain daripada jawatan yang ada di dalam kementerian untuk menggantikan dirinya.

Sumber: mStar

Sekiranya tidak dapat hadir ke sesuatu majlis itu, sekurang-kurangnya gantikanlah dengan Timbalan Menteri yang dilihat lebih layak untuk hadir ke majlis-majlis sebegini.

Lainlah sekiranya, Syed Saddiq hadir dan membawa sama abangnya ke majlis seperti ini sekaligus menepis segala dakwaan yang tidak baik.

Apabila difikirkan semula, untuk mengelak sebarang dakwaan yang tidak baik, seeloknya elakkan penglibatan ahli keluarga dalam sesuatu majlis itu melainkan bersama individu yang sepatutnya hadir.

Nanti, lain pula yang dikata orang….

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah tindakan Syed Saddiq ini seolah-olah mahu menutup kesilapan atas apa yang berlaku?
20 votes · 20 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN