Kebiasaannya peragut akan memilih barang-barang berharga seperti barang kemas, telefon bimbit, beg tangan dan lain-lain sebagai sasaran utama.

Jarang sekali makanan menjadi pilihan peragut memandangkan barang tersebut bukanlah barang yang bernilai dan mampu diperolehi oleh semua orang.

Sumber: Beautifulnara

Burger Sudah Menjadi Entiti Bernilai Di Mata Peragut

Sekiranya diceritakan mungkin ia salah satu perkara yang tidak dijangka, tetapi perkara ini benar-benar berlaku. Terdapat peragut memilih burger sebagai barang untuk diragut. Bunyinya agak pelik bukan? Kejadian dilaporkan berlaku di dalam negara.

Memetik artikel Amazingnara.com, kejadian difahamkan berlaku pada jam 6.44 petang selepas seorang lelaki dan isterinya baru selesai membeli barang dari farmasi berdekatan.

Selepas selesai urusan, lelaki tersebut membeli burger yang dijual di tepi jalan kerana berasa lapar, sebelum meneruskan perjalanan.

Tengah Makan Beberapa Suap Kena Rembat

Tatkala mengharungi kesesakan jalan raya, burger yang sedang dijamah lelaki tersebut tiba-tiba diragut oleh peragut bermotor. Lebih menyedihkan apabila burger yang dibeli itu baru sahaja dimakan dua suap sebelum disambar oleh peragut.

Dengan keadaan jalan raya yang sesak ditambah dengan perut yang lapar, sudah pasti menjadi satu tamparan yang hebat buat lelaki tersebut.

Hendak di kejar tidak mampu memandangkan terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Terdesak Atau Salah Rembat?

Sekali dengar mungkin ramai yang akan menganggap peragut dalam keadaan terdesak. Burger yang berharga sekitar RM3 ke RM4 pun boleh dianggap sesuatu yang bernilai di mata peragut. Tetapi itu bukanlah sasaran utama peragut tersebut.

Berkemungkinan peragut tersalah sangka kerana mengingatkan barang yang dipegang oleh lelaki tersebut telefon bimbit. Apa pun, lelaki tersebut masih lagi bernasib baik memandangkan hanya kehilangan burger berbanding barang-barang bernilai yang lain.

Sumber: Nr-Sknh. blogspot

Kesimpulannya, jenayah boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Disebabkan itu pentingnya pemandu kereta dan penumpang lebih berhati-hati dalam memastikan barang-barang berharga disimpan di tempat yang selamat.

Dalam masa yang sama, kunci pintu kereta dan elakkan membuka cermin seluas-luasnya tatkala menempuh kesesakan lalu lintas, kerana kecuaian sebegini akan memudahkan peragut bermotor mengambil kesempatan untuk menyerang anda.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda tentang isu ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN